Desak Agar DS Anwar Bersumpah Atas Nama ALLAH SWT  

Posted by Alam Fana'

DSAI buatlah pengakuan bersumpah menurut konsep Islam demi membersihkan fitnah daripada mereka-mereka yang benci kepada kebangkitan Pakatan Rakyat. Bersumpahlah segera jika anda tidak melakukannya !
Merujuk kepada kenyataan Dato' Dr Asri selaku Mufti Perlis yang menginginkan agar DSAI dan juga Saiful bersumpah atas nama Allah swt adalah sememangnya amat dialu alukan. Apakah DSAI takut atau cuba melengah-lengahkan masa untuk mengalih perhatian rakyat kepada isu Najib dan Altantuya. Atau DSAI cuba mengolah isu liwat beliau agar dengan cara berceramah itu imejnya dapat dibersihkan.
Walau apapun, saya selaku pencinta kepada Pakatan Rakyat yang didokongi oleh DSAI sendiri, mendesak agar DSAI membuat pengakuan bersumpah dengan nama Allah SWT sepertimana yang dinyatakan oleh Dr Asri demi membersihkan imej dan diri beliau daripada skandal tersebut. Jika cara itu ditolak oleh DSAI, maka bagi saya rasa ketidakyakinan pada kreadibiliti DSAI akan pasti wujud jauh disudut hati.
Walaupun isu tersebut telah diserahkan kepada pihak polis dan mahkamah, namun dalam konteks Islam, DSAI boleh berani untuk bersumpah dengan nama Allah swt jika benar-benar beliau tidak melakukannya.
Lantaran itu, saya memberi tempoh TIGA hari bermula daripada hari ini agar DSAI melakukan pengakuan bersumpah sepertimana yang dicadangkan oleh mufti Perlis tersebut. Jika DSAI gagal melakukannya, maka saya akan istiharkan diri saya KELUAR daripada menyokong Pakatan Rakyat atas hilang kepercayaan dan keyakinan pada kreadibiliti DSAI !!!!

Ezam Terus Melalak Lagi Untuk Jadi Hero  

Posted by Alam Fana'

Ezam tidak terkejut dakwaan liwat kedua terhadap Anwar
(Berita Harian Online)
SHAH ALAM: Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamad Ezam Mohd Nor tidak terkejut dengan dakwaan liwat kali kedua yang dibuat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Katanya, beliau mempunyai sebab untuk berkata demikian dan akan menjelaskan perkara itu pada masa yang sesuai. “Bagaimanapun saya tetap berpendirian saya tidak mahu mengaibkan orang, sehinggalah maruah saya dicabar dan saya harus membela maruah saya, saya akan katakan perkara sebenar,” katanya pada sidang akhbar di pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) Selangor di sini hari ini.
Ditanya sejauh mana beliau mengenali akhlak Anwar, beliau berkata: “Ia akan buka aib orang jadi saya tak nak ulas. Saudara boleh tafsir sendiri.”


Begitulah kata-kata Ezam terhadap soalan yang di kemukakan oleh wartawan berkenaan isu liwat yang melibatkan DSAI. Dalam isu ini, Ezam seolah-olah ingin menyimpan sesuatu maklumat yang mungkin samada kebaikan atau keburukan peribadi DS Anwar Ibrahim. Jika Ezam ada maklumat yang boleh mensabitkan kes liwat tersebut, kenapa tidak perlu dikemukakan kepada pihak yang berkuasa untuk melancarkan lagi proses siasatan tersebut.

Dalam kenyataan Ezam yang menyerah kepada rakyat untuk mentafsir sendiri tentang sejauh aman kebaikan dan kemuliaan ahlak DSAI itu adalah satu usaha yang tidak bertanggungjawab.

Jika Ezam sudah tahu dan maklum perbuatan DSAI itu sejak dulu lagi, kenapa Ezam ini sanggup menjadi wira reformasi demi menegakkan keadilan terhadap DSAI pada ketika Anwar dizalimi dengan kejam. Ini sikap Ezam yang cuba mencari publisiti murahan selepas kemasukannya ke dalam UMNO yang jelas memberi buruk kepada imej dan kreadibiliti beliau sebagai seorang yang kononnya berprinsip dan bermaruah.

Sewajarnya beliau memperbetulkan masalah keruntuhan moral dan akhlak dikalangan pemimpin BN itu sendiri daripada cuba mengeksploitasi isu liwat yang cuba disensasikan oleh mereka yang cemburu dengan kemenangan besar Pakatan Rakyat dalam pilihanraya baru-baru ini. Sesiapapun tidak menduga bahawa kata-kata DS Anwar bahawa barisan PKR,DAP dan PAS akan mengurangkan 2/3 kerusi parlimen telah menjadi realiti dan hampir-hampir meruntuhkah kerajaan BN.

Persoalannya, kenapa BN ditolak bulat-bulat oleh rakyat?

Di sini sewajarnya Ezam yang patut mencari jawapan dan punca-punca kepada BN/UMNO telah ditolak oleh rakyat. Kerja Ezam sekarang adalah siasat segala masalah salah laku, penyelewengan, rasuah dan amalan kroni yang berlaku dalam BN/UMNO. Contohnya kes royalti petronas bagi negeri Terengganu ataupun kes kroni kroni dalam syarikat gergasi negara.

Lupakan dulu psal kes liwat DSAI....

Biarkanlah polis dan mahkamah yang memutuskan kes itu benar-benar realiti atau sekadar konspirasi.