Lagaknya Sudah Macam Menteri Pertahana Daa...  

Posted by Alam Fana' in

Beginilah lagak Isa Samad bersalaman sesama para tentera dalam usaha meraih undi yang hanya akan merugikan negara dan bangsa sahaja. Jika Tun Mahathir pun tak sudi turun berkempen untuk Isa, nampaknya Isa terpaksa menggagahkan dirinya sendiri demi memastikan UMNO/BN tidak kalah lagi dalam pilihanraya kali ini.

Sepatutnya orang melayu dan ahli UMNO kena faham 'signal' yang Tun Mahathir nyatakan ketika pemilihan calon yang akan bertanding. Awal-awal lagi masalah peribadi Isa Samad yang boleh menjatuhkan UMNO jika terpilih sebagai calon akan pasti tidak menampakan kesungguhan UMNO untuk memerangi politik wang (rasuah).

Tapi bila Isa Samad dah terpilih, UMNO pun dah 'sangap' sangat nak menang kali ni, calon yang betul2 berpengaruh pun dah 'kering', maka ke hulu dan ke hilir lah UMNO menjaja Isa Samad konon nya dia sudah bersih dan suci. ( Rakyat pun reti baca politik mainan UMNO ).

Apapun, hanya ahli UMNO je yang masih memejamkan mata, memekakan telinga dan membutakan hati dengan menyokong secara membuta tuli tanpa mempedulikan teguran bekas bos UMNO sendiri yang kini dilihat semakin 'sedar diri' bahawa perasuah perlu ditolak dalam parti jika ingin terus berjaya dalam PRU-13 kelak.

Harakahdaily : Selamat Berpolitik Wang, UMNO !  

Posted by Alam Fana'


Selamat berpolitik wang, Umno!

Abdul Aziz Mustafa Mon Oct 05, 09 2:12:45 pm MYT


KUALA LUMPUR, 5 Okt: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, imej Umno akan terjejas jika Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dicalonkan oleh Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Ini kerana, langkah itu akan menyebabkan Umno dianggap tidak serius dalam memerangi politik kerana masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon.
"Isa sudah didapati bersalah, kalau Umno letak dia juga bermakna bahawa Umno tak ambil berat tentang kes-kes macam ini," kata beliau yang pernah menegaskan di dalam blognya bahawa "Umno sudah jadi parti perasuah".

Dr Mahathir juga menekankan supaya calon yang bebas politik wang dipilih dalam pilihan raya tersebut.
Isa digantung keahliannya di dalam Umno pada 24 Jun 2005 lalu. Akhbar melaporkan, beliau "didapati bersalah terlibat dalam politik wang".

Hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat menyanggah pandangan Dr Mahathir itu.
Kenyataan beliau dilihat menimpakan tamparan yang hebat kepada pendirian Dr Mahathir yang menekankan pemilihan calon yang bebas politik wang.

Dari Paris, Bernama melaporkan Najib menegaskan bahawa Isa hanya melakukan kesalahan teknikal parti dan bukan kesalahan daripada segi undang-undang negara.
"Ini bukan kesalahan dari segi undang-undang negara ini cuma kesalahan teknikal parti," katanya semalam dalam reaksi terhadap soalan dari salah seorang pelajar dalam pertemuan dengan pelajar-pelajar Malaysia di Perancis.

Pelajar berkenaan mempersoalkan pemilihan Isa sebagai BN calon di Bagan Pinang.
Whitewashing atau pembersihan yang dibuat sendiri oleh Najib ke atas Isa itu bukan sahaja menghantar kelegaan yang membelai keinginan dan cita-cita bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu untuk kembali berpencak di dalam arus perdana politik Umno dan BN, malah ia sekaligus menyimbah sinar harapan baru kepada semua penagih politik wang di dalam Umno.
Najib telah membersihkan Isa. Dengan tegas beliau mengisytiharkan bahawa apa Dr Mahathir dakwa sebagai "didapati bersalah" itu sebenarnya "bukan kesalahan daripada segi undang-undang negara".

Ia sekaligus bermakna, "didapati bersalah terlibat dalam politik wang" sebenarnya "bukan kesalahan daripada segi undang-undang negara" di sisi Najib.
Hari ini, penagih-penagih politik wang di dalam Umno boleh berpesta-pora menyambut 'whitewashing' Najib ke atas apa yang dilaporkan sebagai "didapati bersalah terlibat dalam politik wang". Maklumlah, "bukan kesalahan daripada segi undang-undang negara".
Pengiktirafan Najib bahawa politik wang "bukan kesalahan daripada segi undang-undang negara" dengan sendirinya bermakna tindakan ahli-ahli Umno mengadakan demonstrasi 30 Januari lalu membantah tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam soal membanteras gejala politik wang adalah tindakan yang betul.
Bukankah Perdana Menteri menegaskan bahawa kesalahan Isa yang dilaporkan sebagai "didapati bersalah terlibat dalam politik wang" sebenarnya "bukan kesalahan daripada segi undang-undang negara"?

Mengapa pula SPRM bertindak membanteras amalan yang Perdana Menteri sahkan sebagai "bukan kesalahan daripada segi undang-undang negara"?!
Ia juga dengan sendirinya bermakna bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Norza Zakaria boleh menempelak SPRM: "Dengar sini! Perdana Menteri menegaskan bahawa Isa tidak melakukan kesalahan 'daripada segi undang-undang negara'.
"Adakah berbeza apa yang saya lakukan dengan apa yang telah dilakukan oleh Isa?
"Jika tidak ada beza, maknanya saya tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang negara sebab Perdana Menteri sendiri menegaskan Isa tidak melakukan kesalahan 'daripada segi undang-undang negara'".

13 Mac lalu, Norza mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Temerloh atas dua tuduhan rasuah bagi memenangi jawatan dalam pemilihan Umno.
Halimi Kamaruzzaman juga boleh mengambil tindakan terhadap SPRM setelah beliau disiksa dengan kejam oleh pegawai-pegawai suruhanjaya itu.

Dalam siasatan ke atas Halimi yang disyaki terlibat dalam politik wang, beliau mendakwa telah dipukul di bahagian kepala, perut dan bahu bertubi-tubi oleh tiga pegawai SPRM, ditendang di bahagian rusuk dengan lutut, dipaksa telanjang dan berguling-guling di atas lantai dalam keadaan bogel, dicekik sehingga tidak bernafas, ditolak ke dinding, ditendang ketika dipaksa berguling-guling atas lantai, diketuk kepala dengan bakul sampah berkali-kali dan diugut akan diletakkan puntung rokok pada kemaluan.

Malah beliau mendakwa, mereka juga mengugut akan menangkap dan membogelkan isterinya.
"Mereka telah mengugut saya bahawa isteri saya akan ditangkap dan dibogelkan jika saya tidak membuat pengakuan bahawa Datuk Norza Zakarialah yang menyuruh saya untuk memberi duit kepada ahli-ahli Umno yang terbabit," dakwa beliau dalam satu aduan polis.

Dengan pengisytiharan Perdana Menteri bahawa apa yang telah dilakukan oleh Isa yang dilaporkan sebagai "didapati bersalah terlibat dalam politik wang" sebenarnya "bukan kesalahan dari segi undang-undang negara," Halimi boleh mempersoalkan, apa bezanya apa yang beliau lakukan dengan apa yang telah dilakukan oleh Isa?

Jika tidak ada beza dan Perdana Menteri pula mengisytiharkan ke seluruh dunia bahawa apa yang dilakukan Isa "bukan kesalahan dari segi undang-undang negara," maknanya Halimi juga tidak bersalah.

Jika tidak ada beza antara apa yang dilakukan oleh Isa dan Halimi, mengapa SPRM menyiksa orang yang tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang negara?

Kepada ahli-ahli Umno, selamat berpolitik wang kerana Perdana Menteri yang juga Presiden kamu sendiri menyatakan bahawa Isa yang dilaporkan sebagai "didapati bersalah terlibat dalam politik wang" hakikatnya melakukan sesuatu yang "bukan kesalahan dari segi undang-undang negara".

Rakyat Bagan Pinang Perlu Tolak Najib  

Posted by Alam Fana'

Isa Samad perlu diberi peluang - Najib


PARIS 5 Okt. - Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad merupakan calon popular yang mampu menggalas tanggungjawab Barisan Nasional (BN) untuk memenangi hati pengundi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang 11 Oktober ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, apa yang penting dalam mana-mana pilihan raya kecil adalah untuk memilih calon yang mampu memberi perkhidmatan berkesan untuk rakyat selain personaliti yang diterima ramai.


Justeru, kata beliau, Mohd. Isa wajar diberi peluang untuk membuktikan kewibawaannya setelah diambil tindakan oleh UMNO beberapa tahun lalu atas kesalahan melanggar tataetika parti.
''Dilihat dari bacaan kita, Isa paling popular di Bagan Pinang, kalau dilihat dari segi kesalahan, beliau telah diambil tindakan sehingga hilang jawatan menteri dan Naib Presiden (UMNO).


''Dari segi kesalahan, hukuman (yang dijalaninya) sudah berat, oleh itu Isa perlu diberi peluang. Dia tidak pernah menentang parti walaupun (ketika itu setelah diambil tindakan) tidak lagi berada dalam parti. Insya-Allah, Isa ada peluang yang baik (untuk menang)," katanya di sini, malam tadi.


Beliau berkata demikian pada sesi dialog dengan para pelajar Malaysia di Pavilion Dauphine Place du Marechal de Lattre Tassigny di sini yang antaranya menanyakan ura-ura kononnya pencalonan Isa di Bagan Pinang tidak direstui oleh pucuk pimpinan parti.

dipetik dari Utusan Online

[ Beginih sikap Najib yang terpaksa memilih Isa sebagai calon UMNO di Bagan Pinang hanya semata-mata untuk menang dalam pilihanraya kecil tersebut. Suara lantang sebelum ini untuk memilih pemimpin yang berintegriti dan bebas rasuah telah mula hilang dari pegangan hanya semata-mata kerana calon tersebut begitu berjasa kepada parti. Soal hukuman yang dikenakan oleh lembaga disiplin parti bukanlah menjadi ukuran kerana ianya hanya bersifat hukuman dalaman sahaja. Apapun bagaimana jika calon PAS itu memiliki masalah rekod peribadi seperti rasuah, penyelewengan, kaki perempuan atau yang tiada moral. Sudah tentu akan dimanipulasi sehabis2nya oleh pemimpin UMNO/BN konon rakyat perlu menolak pemimpin yang rekodnya tidak bersih. Jadi dalam hal ini, apapun alasan Najib dan UMNO, rakyat Bagan Pinang mesti berani mempertahankan maruah seluruh kawasan Bagan Pinang dengan memilih calon yang jelas terbukti bersih dari segala macam rekod peribadi yang pasti menguntungkan rakyat bagan Pinang.]

Bagan Pinang Perlukan Wakil Rakyat Bebas Rasuah  

Posted by Alam Fana'

Sememangnya diketahui umum bahawa rakyat Bagan Pinang bakal memilih calon yang bakal menjadi wakil rakyat mereka ke sidang dun setelah kematian wakil rakyatnya yang sebelum ini adalah merupakan dari parti UMNO.

Namun dalam pilihanraya kecil kali ini, rakyat Bagan Pinang bukanlah terdiri dari kalangan yang berada di kawasan jauh di pedalaman. Malah rata-rata rakyat di Bagan Pinang adalah terdiri daripada mereka yang terpelajar, terdidik, celik IT serta mengetahui arus perkembangan terkini dunia semasa mahupun dalam dan luar negara.

Ini sudah membuatkan seluruh rakyat di Bagan Pinang bijak dalam menilai sesuatu calon yang benar-benar bersih dan bebas daripada sebarang bentuk masalah moral mahupun masalah politik wang atapun dalam bahasa mudahnya ialah "kaki rasuah".

Walaupun ada pihak yang menyatakan bahawa calon mereka telahpun dibersihkan melalui tindakan disiplin yang diambil oleh parti, namun itu belum cukup memastikan calon tersebut benar-benar bersih kerana ia masih belum 'dicucikan' dengan sistem perundangan yang ada dalam negara kita. Jika benar kerajaan serius dan telus, kenapa tidak kesalahan yang disahkan melalui lembaga disiplin parti mereka tidak diserahkan kepada pihak Badan Pencegah Rasuah (nama dahulu) untuk tindakan lanjut sebagai menunjukan kepatuhan kepada kedaulatan undang-undang negara.

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa calon tersebut mempunyai banyak jasa terhadap seleuruh warga N9, namun soal masalah peribadi juga tidak harus dilupakan. Apakah sudah tidak ada calon lain untuk mempamerkan bahawa UMNO kini benar-benar ingin membina imej baru yang bersih daripada rasuah. Walau apapun alasan UMNO, hanya kerana populariti yang dimiliki oleh calonnya itu tidak boleh diterima oleh seluruh warga Bagan Pinang.

Jika warga Bagan Pinang ada maruah dan harga diri, sewajarnyalah anda perlu memilih calon yang 100% mempunyai rekod peribadi yang bersih demi menunjukan maruah rakyat Bagan Pinang begitu mahal di mata UMNO.

Isu Pemindahan Kuil : Politik UMNO Semakin Sempit ??  

Posted by Alam Fana' in

Sejak Pakatan Rakyat mengambil alih teraju pemerintahan kerajaan negeri Selangor, BN khususnya UMNO kini dilihat mula menggunakan 'politik perkauman' yang semakin sempit demi kepentingan dua tiga kerat pemimpin utamanya yang kini tidak senang dengan pemerintahan oleh Pakatan Rakyat yang kian diterima rakyat negeri termaju di Malaysia.

PM Sendiri selaku pengerusi badan perhubungan UMNO negeri Selangor mula menggerakkan langkah-langkah sulit dan terancang untuk merialisasikan 'hajatnya' bagi merampas negeri Selangor yang sememangnya mempunyai nilai yang amat tinggi dari aspek ekonomi. Walau apapun berlaku, usaha untuk menjatuhkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat telah berjalan seperti yang dirancang di mana antara penggerak utama yang berusaha mencetus beberapa isu panas sejak kebelakangan ini adalah terdiri daripada bekas MB Selangor sendiri.

Apa tidaknya, isu 'kepala lembu' yang dibawa oleh para penunjuk perasaan telah dihalalkan oleh para pemimpin UMNO sendiri kononnya sebagai simbol kebodohan yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat terhadap usaha pemindahan kuil tersebut.

Amat memalukan lagi apabila yang melalukan perbuatan tersebut adalah dikalangan orang Islam sendiri dikala masyarakat beragama lain sedang menghormati kedatangan ramadhan, namun mereka yang beragama Islam pula mencemarkannya. Apakah ini cara diplomasi bijaksana yang diajar oleh rasulullah SAW kepada umatnya jika ingin menangani sesuatu masalah yang melibatkan agama lain? Apakah para mufti yang merupakan 'warasatul anbia' ini hanya mendiamkan diri terhadap tindakan politik sempit oleh segelintir orang islam sendiri ?

Akibat daripada perbuatan tersebut, kini masyarakat dari bangsa dan agama lain sudah memandang islam itu sebagai sesuatu yang amat sempit. Langsung tiada tolenransi dan mementingkan kepentingan sendiri. Kesan ini adalah disebabkan penganut Islam itu sendiri yang dangkal ilmunya serta cetek akalnya berkaitan dengan diplomasi dan toleransi yang tulen.

Walaupun ramai yang tidak mengambil peduli terhadap isu ini, namun secara sedar atau tidak BN/UMNO Selangor sememangnya merencanakan usaha-usaha yang cukup terancanng bagi mamastikan Pakatan Rakyat tumbang dengan seberapa segera di Selangor.

Jika cara politik sempit mereka ini masih disokong oleh bangsa melayu, maka berjayalah mereka untuk mempermainkan sentimen perkauman yang ditegah sendiri oleh Islam sedangkan slogan "1 malaysia" tersebut hanyalah sekadar retorik kosong semata-mata demi tatkala meraih undi bagi masyarakat bukan melayu sahaja. Bila dah menang, tinggallah mereka dengan laungan kosong sahaja.

Apabila Muhyiddin Suruh Tok Guru Bertaubat  

Posted by Alam Fana' in


Muhyiddin kini semakin resah dan gelisah dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh Tok Guru Nik Aziz berhubung dengan dakwaan penyokong UMNO tidak akan masuk syurga akibat mengasingkan iman dan Islam dalam kehidupan. Maka seluruh media milik BN/UMNO dikerah saban hari menghentam habis-habisan terhadap Tok Guru Nik Aziz akibat kenyataan yang jelas tidak disenangi oleh seluruh pemimpin utama UMNO.

Jika diteliti secara murni & positif terhadap kenyataan Nik Aziz itu, memang ada kebenarannya. Nik Aziz bukan setahun dua kenal UMNO. Cuma pemimpin UMNO sahaja tidak pernah cuba kenal dan mendalami maksud yang tersirat disebalik kenyataan pedas dari Tok Guru tersebut. Jika melihat kepada pengetahuan agama secara asasnya memang soal syurga dan neraka itu adalah urusan Allah swt. Namun jika diteliti dengan mendalam dengan mengambil kira rujukan al-Quran dan hadith, maka Allah swt sendiri telah memberikan garis panduan terhadap para hambanya dalam memastikan syarat-syarat untuk memasuki syurga itu benar-benar menepati apa yang dikehendaki oleh Allah swt. Contohnya solat fardhu merupakan tuntutan yang wajib disempurnakan oleh setiap muslim bagi memastikan salah satu syarat untuk bercita-cita ke syurga akan terlaksana. Namun jika hanya sekadar solat sahaja tanpa mengambil kira soal kesempurnaa wuduknya, pakaian, kebersihan diri, makan atau minum yang halal, maka pahala solat itu belum lagi dikira sempurna.

Sememangnya jika sebagai muslim yang memisahkan iman dan islam itu dalam kehidupan sehariannya jelas sekali tidak menepati ciri-ciri muslim yang dijanjikan syurga oleh Allah swt. Ianya seolah-oleh boleh diumpamakan seorang yang bernama ahmad itu mengaku bahawa dirinya beragama Islam, sedangkan soal rasuah, judi, pergaulan bebas tetap dilakukan walaupun tahu itu perbuatan yang haram di sisi Islam. Keislamannya hanya diambil dari sudut solat semata-mata. Secara logikpun belum tentu Ahmad ini boleh masuk syurga kerana kriteria yang ditetapkan oleh Allah menerusi kitab Al-Quran itu masih belum dipenuhi.

Samalah juga dengan situasi umat Islam hari ini. Dunia mengakui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara umat Islam. Namun sedar atau tidak segelintir umat Islam di Malaysia kini hanya sekadar pada nama sahaja tatakala soal moral dan keruntuhan akhlak lebih kurang sama dengan mereka yang bukan beragama Islam.

Harus diingat, tujuan dan objektif Al-Quran diwahyukan adalah merupakan panduan penting kepada umat islam supaya tidak tergelincir dari landasan hidup di dunia yang sementara ini. Nabi Muhammad saw juga telah berpesan bahawa selagi umat islam berpegang teguh dengan al-Quran dan Hadith, maka sudah pasti cita-cita untuk menikmati syurga Allah swt itu akan tercapai.

Janganlah hanya sekadar mengambil yang wajib sahaja sedangkan banyak lagi soal-soal berkait rapat dengan syariat diketepikan begitu sahaja.

Wallahua'alam

SATU LAWAN SATU : UMNO MULA CEMAS ?  

Posted by Alam Fana' in

Pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir pada 25 Ogos ini akan menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon PAS, Salleh Man - yang mempertahankan kerusi tersebut - dengan calon BN, Rohaizat Othman.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima 15 bantahan tetapi menolaknya dan mengumumkan pencalonan Salleh dan Rohaizat diterima.

Rohaizat menyerahkan borang pencalonnya pada jam 9.03 pagi ini, diikuti oleh Salleh sejurus kemudiannya..
Rohaizat tiba pada kira-kira jam 8.55 pagi dengan diiringi oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ketua perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu; Ketua Wanita Umno, Datuk Shahrizat Jalil; Presiden Gerakan, Koh Tsu Koon dan Naib Presiden MCA, Datuk Liow Tiong Lai.

Manakala calon PAS, Salleh Man pula tiba kira-kira jam 8.35 pagi bersama para pemimpin parti tersebut dan Pakatan Rakyat.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba kira-kira jam 8.45 pagi. Turut kelihatan ialah setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan naib presiden, Salahuddin Ayub.

Turut hadir ialah menteri besar Perak dari Pakatan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin; Timbalan Presiden PAS, Nasaruddin Mat Isa dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Selanjutnya klik di bawah :

http://www.malaysiakini.com/news/110691