Isu Babi : Malaysia adalah negara yang berbilang kaum  

Posted by Alam Fana'

Tidak dapat dinafikan bahawa babi adalah haiwan yang amat keji dan jijik dari perspektif ISLAM itu sendiri. Sememangnya haiwan ini jelas haram disisi agama ISLAM samada dari sudut memeliharanya ataupun menyentuhnya. Apatah lagi memakannya, ia sama sekali haram kepada seluruh umat Islam berbuat demikian.
Dalam isu penternakkan babi di Selangor ini, sewajarnya kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum perlu melihat isu ini dari kedua-dua aspek yang berbeza. Ia tidak perlu dilihat dari aspek yang dituruti rasa benci dan iri hati setelah berlakunya perubahan pimpinan pada kerajaan negeri Selangor itu sendiri.
Jika kita lihat dari aspek positif atas nama rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini, sewajarnya kita menghalusi rasional dan sabab musabab kenapa kerajaan negeri kini ingin mewujudkan sistem penternakkan moden yang sedemikian. Apakah kita sanggup ladang-ladang babi terus wujud secara haram dan berleluasa di pelusuk kawasan negeri selangor tanpa ada satu sistem yang mampu mewujudkan keadaan dan pesekitaran penternakkan yang lebih "bijaksana". Justeru itu langkah kerajaan negeri kini perlu diterima pakai dan dinilai keberkesanannya dahulu sebelum terus menolak bulat-bulat konon atas alasan sensitiviti melayu. Apakah di sana kita terlupa seketika yang kaum lain juga menduduki di negara ini. Sudah tentu mereka juga ada sensitiviti.
Tidaklah salah kalau kita buka ruang untuk melihat sejauh mana natijahnya jika sistem penternakkan babi itu dilaksanakan secara moden. Tetapi jika ia benar-benar ingin dilaksanakan, adalah diharapkan agar semua ladang penternakkan yang ada di negeri Selangor ini akan ditutup sepenuhnya dan hanya tertumpu pada ladang baru yang bakal dibina dan dikendalikan dengan lebih meyakinkan dari pelbagai aspek pengawasan, kebersihan dan pengaliran bahan najisnya.
Dalam masa yang sama juga, kerajaan negeri perlu memikirkan implikasi yang bakal diterima oleh penduduk melayu di sekitarnya agar kelak projek ini tidak menjadi malapetaka dan punca kejatuhan kerajaan yang dinamakan Pakatan Rakyat ini.

 

Posted by Alam Fana'


Benarkah kita mencintai dan menjadikan Nabi s.a.w sebagai ikutan?

Ustaz Zainudin Hashim Fri Mar 21, 08 3:42:23 pm MYT
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=13427&Itemid=91

Pertama kali diucapkan selamat menyambut hari kelahiran baginda Rasulullah s.a.w kepada semua kaum muslimin dan muslimat, semoga sambutan kali ini memberi nafas baru kepada kita untuk menjadikan segenap ajaran baginda inspirasi menuju kecemerlangan hakiki. -->-->
Namun apa yang perlu diutarakan kepada sidang pembaca setia harakahdaily.net, ialah satu persoalan yang mungkin tidak terlintas dalam pemikiran kita semua, berhubung kebenaran kecintaan dan ikutan kita terhadap baginda Rasulullah s.a.w

Isu perarakan yang dilakukan pada awal pagi 12 Rabiulawal saban tahun seolah-olah menggambarkan bahawa rakyat Malaysia yang beragama Islam menunjukkan kesungguhan mereka untuk mencintai Rasulullah, tetapi apakah benar mereka mencintai Rasulullah setelah selesai melakukan perarakan?.

Sesungguhnya kecintaan terhadap Rasulullah tidak terhenti pada majlis perarakan, kalau itu yang berlaku, ia bermakna tidak ada perbezaan dengan tindakan Abu Lahab (Pak Cik Nabi) setelah mengetahui bahawa Rasulullah diputerakan, lantas beliau mendakap jasad baginda yang mulia dan membawanya mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali pusingan (serupa amalan tawaf mengelilingi Kaabah).

Tetapi apa yang terjadi kepada Abu Lahab setelah baginda meningkat dewasa dan dilantik pula menjadi Rasul terakhir, beliaulah orang yang paling keras menentang kebenaran yang dibawa oleh anak saudaranya sendiri.

Inilah yang terjadi kepada kebanyakan umat Islam dalam negara kita, pada waktu pagi berarak, dan di waktu petang hari melakukan tindakan yang menentang Islam dengan penganjuran program maksiat seperti membenarkan konsert Akademi Fantasia 6 disiarkan menerusi Astro dua hari selepas berarak (22 Mac 2008).

Tidakkah golongan seperti ini perlu memerhatikan ayat Allah menerusi surah Ali Imran ayat 31 yang bermaksud: Katakanlah Wahai Muhammad (kepada umatmu) Jika kamu cintakan Allah, maka ikutlah aku, pasti Allah cinta kepada kamu.

Dalam ayat 21 surah al-Ahzab, Allah menegaskan bahawa: Sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh teladan ikutan yang baik. Sementara dalam ayat 8 surah as-Soff maksudnya: Dialah (Allah) mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar dengannya dapat mengalahkan agama seluruhnya walaupun tindakan baginda itu tidak disukai oleh golongan orang-orang musyrikin.

Apabila kita merujuk kepada ketiga-tiga ayat di atas, yang menganjurkan kepada kita agar mencintai baginda, menjadikan baginda contoh teladan, membawa petunjuk ke jalan kebenaran, dan banyak lagi, tetapi adakah kita telah mengikut saranan ayat-ayat di atas.
Umat hari ini selepas berarak, mereka membenci sunnah-sunnah Nabi, sebagai contoh melantik para pemimpin yang tidak menjalankan hukum-hukum Allah sampai hari ini walaupun negara sudah merdeka lebih lima puluh tahun.

Mereka juga tidak menjadikan baginda Rasulullah s.a.w sebagai contoh dalam segenap aspek kehidupan sebagai muslim, ini termasuk dalam aspek pentadbiran negara, institusi kewangan, kemasyarakatan, persekitaran dan lain-lain, semuanya diikat dengan sistem Sekularisme, Kapitalisme dan lain-lain.

Malah mereka juga tidak yakin bahawa agama Islam adalah agama yang betul dengan prinsip rukunnya yang lima, hingga mencipta satu agama baru "Islam Hadhari" dengan prinsip yang sepuluh dengan pelbagai alasan.

Dalam Islam, perkataan Islam dan Iman tidak boleh dipisahkan bagaikan aur dengan tebing, jadi kalau ada Islam Hadhari, mestilah juga ada istilah Iman Hadhari, Islam Hadhari diterjemahkan dengan Islam yang bertamadun, ini menunjukkan ada lagi istilah Islam yang tidak bertamadun.
Inilah yang dikatakan bahawa kalau tidak mahu terima Islam sebenar, itu adalah haknya untuk menolak, tetapi jangan sampai mengajak orang ramai (rakyat) menentangnya juga.
Ingatlah apa yang pernah diungkapkan oleh Saidina Omar Bin al-Khattab: "Dulu kami adalah golongan yang hina kerana menolak Islam, kemudian Allah muliakan kami dengan Islam, tetapi apabila jika kami mencari kemuliaan selain daripada Islam, pasti Allah akan timpakan penghinaan atas diri kami". - mns
From : Harakahdaily.net

In The Name Of Allah  

Posted by Alam Fana'

Salam ukhuwwah buat warga blogger yang dihormati,
Dunia ini adalah jalan buat menuju ke penghujung nyawa yang pasti di sudahi dengan kematian. Tiada jalan yang terbaik untuk mendapat kebahagiaan di akhirat kelak kecuali dengan merempuh satu jalan yang diterangi dengan Nur Al-Quran dan Sunnah Rasulullah Saw...
Merempuh jalan itu bermakna terdapat 1001 cabaran, ujian dan halangan yang tersedia menanti dalam memastikan keimanan dan ketaqwaan itu benar-benar tulen tanpa disaluti kepalsuan dan kepura-puraan yang bertopengkan syaitan....
Lantaran itu marilah sama-sama kita lalui jalan yang satu ini iaitu "JALAN YANG TELAH ENGKAU(ALAH) REDHAI DAN BUKAN JALAN MEREKA YANG SESAT"-(al-Fatihah)..
Sumbanglah sebarang cadangan dan pendapat dalam memastikan kita tidak tergelincir dari jalan yang SATU ini.....sila kan....tafadhal...