Isu Babi : Malaysia adalah negara yang berbilang kaum  

Posted by Alam Fana'

Tidak dapat dinafikan bahawa babi adalah haiwan yang amat keji dan jijik dari perspektif ISLAM itu sendiri. Sememangnya haiwan ini jelas haram disisi agama ISLAM samada dari sudut memeliharanya ataupun menyentuhnya. Apatah lagi memakannya, ia sama sekali haram kepada seluruh umat Islam berbuat demikian.
Dalam isu penternakkan babi di Selangor ini, sewajarnya kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum perlu melihat isu ini dari kedua-dua aspek yang berbeza. Ia tidak perlu dilihat dari aspek yang dituruti rasa benci dan iri hati setelah berlakunya perubahan pimpinan pada kerajaan negeri Selangor itu sendiri.
Jika kita lihat dari aspek positif atas nama rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini, sewajarnya kita menghalusi rasional dan sabab musabab kenapa kerajaan negeri kini ingin mewujudkan sistem penternakkan moden yang sedemikian. Apakah kita sanggup ladang-ladang babi terus wujud secara haram dan berleluasa di pelusuk kawasan negeri selangor tanpa ada satu sistem yang mampu mewujudkan keadaan dan pesekitaran penternakkan yang lebih "bijaksana". Justeru itu langkah kerajaan negeri kini perlu diterima pakai dan dinilai keberkesanannya dahulu sebelum terus menolak bulat-bulat konon atas alasan sensitiviti melayu. Apakah di sana kita terlupa seketika yang kaum lain juga menduduki di negara ini. Sudah tentu mereka juga ada sensitiviti.
Tidaklah salah kalau kita buka ruang untuk melihat sejauh mana natijahnya jika sistem penternakkan babi itu dilaksanakan secara moden. Tetapi jika ia benar-benar ingin dilaksanakan, adalah diharapkan agar semua ladang penternakkan yang ada di negeri Selangor ini akan ditutup sepenuhnya dan hanya tertumpu pada ladang baru yang bakal dibina dan dikendalikan dengan lebih meyakinkan dari pelbagai aspek pengawasan, kebersihan dan pengaliran bahan najisnya.
Dalam masa yang sama juga, kerajaan negeri perlu memikirkan implikasi yang bakal diterima oleh penduduk melayu di sekitarnya agar kelak projek ini tidak menjadi malapetaka dan punca kejatuhan kerajaan yang dinamakan Pakatan Rakyat ini.

This entry was posted on Jumaat, 11 April 2008 at 12:18 PG . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

2 ulasan

Sebagai seorang rakyat malaysia yang beragama islam dan berbangsa melayu saya tidak setuju ladang babi dilaksanakan di sepang sepertimana yang dicadangkan oleh kerajaan negeri selangor pada hari ini. tidak salah jika kita mempunyai ladang ternakan babi, tetapi cukup memadai untuk kaum yang memakan babi yg berada di negara kita. Buat pengetahuan saudari, kita adalah pengeksport terbesar ternakan babi di beberapa negara, mengapa kita perlu benarkan perkara ini terjadi?. sedangkan kita adalah sebuah negara islam. kita tidak menolak bangsa lain tetapi sebagai negara islam adalah baik jika kita tidak melaksanakannya tambahan pula menternak secara besar-besaran. Saya percaya, saudari juga memperjuangkan bangsa dan agama islam, lantaran itu tidak kira lah fahaman politik mana sekali pun, kita sebagai umat islam harus bersatu dan berpegang pada tali allah. salam hormat

19 April 2008 pada 8:12 PTG

Bagaimanakah pula sensitiviti anda terhadap penjualan arak secara berleluasa serta penglibatan rakyat berbangsa melayu beragama islam terhadap judi ataupun membeli nombor ekor ? tidakkah haramnya sama seperti seekor babi? Jika ladang Babi yang ingin diusahakan secara moden itu terus ditentang sedangkan di situ ada kewajaran dan pemantauannya, soal judi dan nombor ekor itu juga mesti ditentang habis-habisan !

Itulah sensitiviti kita yang tidak adil, sedangkan pekara lain juga perlu diperjuangkan agar ditentang demi kebaikan umat melayu Islam itu sendiri.

Wallahua'lam

6 Mei 2008 pada 8:14 PTG

Catat Ulasan