Ah! Sudahlah Ezam!  

Posted by Alam Fana'

( Keratan Akhbar Sinar Harian Edisi Selangor-30 Jun 2008/ms: 2)


Bila terbaca berita yang bertajuk "jangan ada unsur politik dalam Ops Bersih" oleh si Ezam ni, nak tergelak pun ada.
Sejak bila Ezam ni ambik berat pulak pada kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat ni?
Tak payahlah Ezam nak buang masa untuk nak tunjuk hebat konon pejuang demokrasi bila dah ada dalam kandang UMNO tu. Perjuangan yang dilaung-laungkan dulu untuk melihat negara yang tiada nepotisme dan kronisme itu sudah tiada lagi bila Ezam berada dalam kandang yang dipenuhi najis kronisme dan nepotisme.
Bukankah Ezam buta bahawa penyakit 'kroni' dalam pimpinan BN dan UMNO begitu membarah dan bernanah busuk. Apatah lagi kanser 'politik wang' yang berlaku begitu menggambarkan bahawa BN adalah parti telah rosak dan menanti tenggelam sahaja. Kenapakah Ezam tidak membangkitkan soal kroni Pak Lah dalam Scomi dan beberapa lagi syarikat yang lain.
Dalam soal pentadbiran, kerajaan BN sejak dulu lagi memang mengamalkan dasar politik dalam pentadbiran. Mungkin Ezam hanya nampak 'kuman diseberang laut' sahaja, sedangkan'gajah di depan' mata sendiri pun tak boleh dilihatnya. Mereka yang tidak sehaluan dengan BN juga pasti akan dipecat, ditukar dengan serta merta. Itulah realiti yang perlu Ezam renung sebelum merenung dalam pentadbiran Pakatan Rakyat.
Apapun perjuangan Ezam sekarang, ianya sudah TIDAK RELEVAN lagi....
Dahulu Kau lah Pejuang, Kini Kau Hanya Pandai Temberang.
Vote For Pakatan Rakyat!

Kenapa Perlu Jaminan Kerajaan ?  

Posted by Alam Fana'




Apakah kita lupa bahawa DSAI pernah diperlakukan dengan kejam sehingga hampir menyebabkan kematian?


Apakah kita buat buat lupa bahawa sejurus DSAI ditangkap dan di siasat, keesokannya mata DSAI lebam akibat kekejajaman mereka yang berhati syaitan?


Apakah kita sengaja melupakan peristiwa di mana DSAI terlibat dalam kes Arsenik serta kecederaan tulang belakang yang serius?


Apakah kita tak ingat bahawa malam sebelum DSAI ditangkap, pihak yang berhati syaitan telah memecahkan pintu dan menggeledahkan rumahnya seolah-olah DSAI penjenayah dunia yg merbahaya?


Itulah sebabnya dalam kes terbaru ini, beliau menyatakan bahawa perlunya jaminan daripada pihak kerajaan kerana dikhutiri peristiwa yang sama berulang kembali.


Sesiapa yang pernah mengalami tragedi hitam dalam hidup pun pasti akan fobia untuk berhadapan dalam situasi yang sama. Walaupun saya rasa kes terbaru DSAI ini perlu dibawa ke mahkamah bagi memastikan kesahihannya, namun DSAI patut diberi jaminan terhadap keselamatan diri dan ahli keluarganya.


Apapun selagi kita bergelar manusia, buatlah apa saja selagi nyawa dikandung badan, selagi ada kemampuan, selagi ada kuasa, selagi ada segala-galanya, buat lah....


Yang Maha Mengetahui akan segala sesuatu itu adalah ALLAH SWT jua....


"Wamakaru wamakarallah, Wallahhu khairul makirin"

Kepada Insan Bergelar PEJUANG.....  

Posted by Alam Fana'

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menungkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah menagih bina
Namun jiwa tetap mara memburu cinta
Membara demi allah dan rasulnya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa airmata
Siangnya bagaikan sinar dirimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Sudah sunnah
Berjuang ke jalan allah

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yg perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yg ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yang fana atau syurga

Oleh :
( Sunnah Orang Berjuang-Hijjaz )

Teruskan PERJUANGAN selagi anda dipihak yang BENAR!!!

Apakah Realiti Atau Konspirasi Yang Berulang Kembali  

Posted by Alam Fana'

Begitulah terkejutnya menatap sumber-sumber akhbar online yang memaparkah tentang isu liwat yang kononnya dilakukan semula oleh DSAI. Siasatan belum pun lagi bermula, tetapi pelbagai spekulasi telah mula menjengah ke kedai-kedai kopi sehinggalah ke seluruh ceruk pelusuk tanah air tercinta ini.

Kisah ini jika difilemkan, pasti mampu mencatat keuntungan box office kerana kelicikkan pihak-pihak yang ingin memastikan filem tersebut mencapai tahap ending yang benar-benar klimaks. Samada hero filem tersebut terselamat mahupun terbunuh. Filem sebegini cukup sinonim bagi penggiat filem di eropah tanpa meninggalkan unsur-unsur tragis dan konspirasi serta aksi-aksi yang pasti memukau penonton.

Namun dalam kes DSAI terbaru ini,nampaknya ia baru bermula dengan episod yang pertama. Untuk mengetahui episod yang seterusnya, kita sama-samalah nantikan apakah aksi yang seterusnya. Biarlah polis dan mahkamah yang memutuskan tentang kesahihan kes terbaru ini.


"Moga Allah SWT memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka yang telah difitnah dan dizalimi"
Amin....

Ezam Patut Muhasabah Diri  

Posted by Alam Fana'






Reformasi! Reformasi! Reformasi!




Laungan itu dahulunya sering diungkap ketika tercetusnya satu peristiwa besar dalam persada politik tanah air. Tragedi pemecatan DS Anwar Ibrahim telah membuka satu lembaran baru dalam rentak politik negara. Apabila berita pemecatan DSAI terus tersebar luas ke seluru pelusuk tanah air, pada ketika itu beberapa orang yang boleh dianggap "orang kuat" kepada DSAI terus merangka dengan mencetuskan ombak reformasi yang begitu bergelora sehingga memaksa pihak kerajaan di bawah pimpinan Tun M bertindak menyumbat DSAI ke penjara.

Dalam menghitung hari untuk membela individu yang telah dipecat dan diperlakukan dengan zalim. Nama Ezam ini bukan lah asing bagi pejuang-pejuang reformasi yang menuntut keadilan yang sewajarnya terhadap DSAI pada ketika itu. Dalam usaha memantapkan perjuangn reformasi tersebut, tiba waktu untuk mewujudkan satu platfom yang lebih kemas agar agenda perjuangan tersebut dalam digerakkan dalam keadaan yang lebih sistematik dan berkesan.


Usaha ini akhirnya tercetuslah sebuah parti politik baru di arena politik negara iaitu Parti Keadilan di mana penggerak serta pencetus utama adalah Sdr Ezam dan beberapa lagi orang kuat kepada DSAI. Bagitupun perjuangan parti ini lebih luas skop dan agenda yang lebih umum khususnya dalam memastikan Malaysia bebas daripada gejala rasuah dan amalan kronisme.

Sehinggalah pemerintahan kerajaan BN bertukar pemimpin utamanya iaitu DS Abdullah Hj Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri yang baru. Maka kes DSAI yang sebelum ini disahkan bersalah oleh pihak mahkamah terhadap beberapa kes yang dianggap sebagai satu konspirasi terancang telahpun disemak semula sehingga membawa kepada natijah pembebasan DSAI daripada tahanan penjara.

Dalam hal ini, DSAI dan pimpinan gerakan reformasi amat berterima kasih kepada pihak mahkamah dan kerajaan di atas keadilan yang diberikan kepada DSAI terhadap penghakiman kes-kes tersebut.
Di ringkaskan cerita, kini Keadilan telah diberi nama baru iaitu Parti Keadilan Rakyat setelah Parti Rakyat Malaysia bergabung demi memantapkan lagi gerakan politik untuk survival rakyat Malaysia. Setelah DSAI kembali aktif dalam arus politik negara, maka Ezam telah mengambil satu tindakan di luar jangka oleh seluruh rakyat pencinta reformasi.
Apakah Ezam sedar bahawa prinsip perjuangannya yang inginkan kepada ketelusan dan kebersihan dalam sesebuah pentadbiran kerajaan itu mampu dilaksanakan atas landasan PKR. Ezam boleh menggerakkan konsep itu dengan berganding bahu bersama-sama Pakatan Rakyat yang menggabungkan tiga buah parti politik pembangkang utama di negara ini.
Namun yang mengejutkan, Ezam mengambil langkah mudah dengan menyertai semula parti UMNO yang dulunya pernah dicaci,dimaki,dikeji dan dikutuk sehabis habisnya kerana bertindak zalim terhadap DSAI. Seluruh rakyat pencinta refirmasi terkejut dan hairan apakah motif Ezam kembali kepangkuan UMNO sedangkan selepas PRU 12 yang lalu, BN dan UMNO telah ditolak hampir separuh rakyat M'sia. Rakyat yang jahil politik pun boleh nampak akan permasalahan dalaman BN dan UMNO yang kian parah. Masalah kronisme dan rasuah juga terus menerus membarah dikalangan pemimpin BN dan juga UMNO. Tidak ketinggalan juga masalah keruntuhan moral dan akhlak dalam pimpinan BN telah mengundang rasa benci dan meluat rakyat. Di tambah pula dengan tindakan kerajaan yang menaikan harga petrol dengan nilai yang agak tinggi dan diluar keupayaan budget rakyat yang masih ramai lagi hidup cukup makan sahaja.
Ezam sewajarnya merenung jauh ke dalam diri dan hati sanubari dalam memilih landasan yang benar-benar mampu menzahirkan perjuangannya. Kenapa tidak memilih parti PAS yang lebih murni perjungannya. Apakah yang sebenarnya agenda pejuangan Ezam setelah berada dalam lubuk UMNO yang kini dilihat semakin suram dan tenggelam setelah Tun M bertindak keluar daripada parti keramat tersebut.
Moga-moga jalan yang Ezam pilih ini mampu membuahkan kepuasan dalam dirinya sendiri walaupun kini telah berlawan arus dengan DSAI yang dahulunya ia amat sanjungi. Bagi saya, persepsi rakyat terhadap Ezam telah teruk terjejas akibat tindakannya yang sanggup menjilat kembali ludah dan muntahnya dengan menyertai UMNO.
Teruskanlah bersilat wahai ezam, jangan tersungkur ke bumi...sudah laa...
Apakah yang akan berlaku selepas ini, hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahui.
Wallahua'lam
Sekian,
Pencinta Reformasi Berdiri Teguh Bersama DSAI.

Kecelaruan PKR Selangor Bakal Mengundang Bala Kepada Pakatan Rakyat.  

Posted by Alam Fana'


Entah apa yang tidak kena dengan kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Pakatan Rakyat yang diketui oleh PKR. Satu demi satu kecelaruan yang timbul akibat daripada sikap mementingkan diri masing-masing pasti akan menggoyahkan kepimpinan Pakatan Rakyat di hati rakyat.

Bermula dengan isu projek mega ladang babi,di ikuti pula dengan kenyataan berdolak dalih berkaitan isu pemberian air percuma. Kini timbul pula isu penyelewengan yang dilakukan oleh pegawai kanan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim. Tidak sempat sejuk lagi isu tersebut, timbul pula cerita bahawa duit sumbangan daripada syarikat-syarikat swasta untuk majlis Sambutan 100 Hari Pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor telah dimasukkan ke dalam akaun Parti Keadilan Rakyat (PKR). Itu belum lagi dikira isu-isu yang melibatkan pengagihan jawatan ahli majlis bandaraya seperti yang bergolak di MBPJ. Yang terbaru pula adalah perletakan jawatan Setiausaha PKR Selangor,Mohd Yahya Mat Sahri yang didakwa tidak sehaluan dengan Tan Sri Abdul Khalid. Siapa yang untung dalam isu-isu ini?

Baru 100 hari memerintah, sudah banyak isu-isu yang mampu membuatkan pihak pembangkang tersenyum riang dan menguntungkan mereka. Apa tidaknya, setiap manifesto yang diperjuangkan oleh PAS sendiri dalam Pakatan Rakyat Negeri Selangor pun belum mampu tertunai akibat wujud perbezaan agenda dan misi yang di bawa oleh PKR dan juga DAP.

Apakah PAS mampu menuntut agar kilang Carlsberg Mega yang tersergam indah di Shah Alam itu ditutup operasinya? Apakah PAS mampu menutup kedai-kedai yang menjual nombor ekor? Apakah PAS mampu menegah sebarang konsert melampau yang jelas bertentangan dengan perjuangan PAS sendiri? Sesungguhnya pekara ini sentiasa dinantikan oleh seluruh ahli PAS bagi merialisasikan sebuah negeri yang bebas daripada arak, judi dan kemungkaran.

Secara peribadi, agak sukar PAS untuk merialisasikan hasrat tersebut kerana PKR dan DAP jelas tidak sependapat dalam perkara tersebut. Yang hanya mampu dilihat, PAS hanya mengangguk sahaja demi ingin menjaga hati rakan dalam pakatan. Apakah satu ketika nanti PAS akan bertindak keluar dari Pakatan Rakyat jika semua perkara tersebut mendapat tentangan hebat khususnya dari rakan Pakatan Rakyat sendiri? jika benar PAS bertindak sedemikian, maka imej dan kreadibiliti PAS pada ketika itu sudah pasti akan tercemar di mata rakyat.

Oleh yang demikian, saya menyeru kepada parti PAS, PKR dan DAP agar bertindak telus dan bijaksana dalam memelihara Pakatan Rakyat agar tidak menjadi bahan jenaka dan gelak tawa dikalangan parti lawan yang kini cuba mengeksploitasi habis habisan sebarang bentuk isu. PKR perlu dirawat melalui program muhasabah diri dikalangan ahli dan pemimpin mereka. Ingatan dan nasihat dalam melaksanakan amanat yang diberikan oleh rakyat ini perlu sentiasa diberikan oleh Ketua Umum PKR agar kecelaruan yang ada kini mampu ditangani dengan bijak dan bukan merugikan Pakatan Rakyat sendiri.

Kini saya ingin tunggu dan lihat apakah episod seterusnya isu yang bakal menerjah samada kepada PKR, DAP mahupun PAS khususnya di negeri Selangor ini. Buat Dato' Seri Anwar, lakukanlah sesuatu untuk memperkukuhkan PKR dan Pakatan Rakyat umunya.
Sekian,
Pakatan Kampung.

Sikap Azizan Bakal Merugikan PAS Kedah.  

Posted by Alam Fana'



Sejak akhir-akhir ini, MB kedah sering membuat kenyataan berhubung dengan usaha penebangan balak di kawasan yang telah di isytiharkan kawasan tadahan air. Azizan dengan nada lantang tetap berkeras mahu meneruskan usaha penebangan tersebut walaupun kerajaan pusat membayar pampasan sebanyak RM 100juta kepada kerajaan negeri.

Sikap Azizan ini boleh mengundang kemarahan rakyat yang bencikan kepada kemusnahan hutan dan menggugat ekosistem alam semulajadi kawasan perhutanan di negeri tersebut. Apakah Azizan lupa bahawa mandat yang telah diberikan oleh rakyat negeri Kedah itu bukanlah untuk menunjukkan sikap berkuasa Azizan terhadap apa saja yang ingin beliau lakukan.

Contohnya di Negeri Kelantan sendiri, peristiwa penggondolan Lojing sedikit sebanyak telah memberi impak negatif kepada kerajaan di bawah pimpinan TG Nik Aziz. Namun penggondolan itu bukanlah disebabkan daripada kehendak ataupun arahan TG Nik Aziz sendiri. Itupun pihak UMNO telah menjadikan isu tersebut sebagai serangan yang bertubi-tubi sehingga sana sini orang mula memperkatakan sikap kerajaan negeri Kelantan yang kononnya atas imej Islam tapi tidak peka tehadap kemusnahan hutan dan alam flora/fauna.

Dalam kes di atas, kerajaan pimpinan Nik Aziz jelas terselamat dalam PRU 12 kerana peristiwa itu dapat ditangani dengan baik. Bayangkan jika TG Nik Aziz sendiri yang mengarahkan bukit tersebut digondolkan,apa akan jadi pada kepimpinan PAS kelantan kini, mungkin tumbang hanya kerana satu isu tersebut sahaja.

Isu penebangan hutan bukan satu perkara yang kecil. Azizan perlu peka dengan kehendak rakyat yang telah memberi mandat kepada pimpinan PAS/PR. Azizan patut membuat keputusan bersama dengan mlibatkan perbincangan dan pandangan daripada pimpinan PAS pusat serta pimpinan pusat Pakatan Rakyat. Bukan bertindak mengikut naluri dan kehendak hati sendiri. Kajian dengan teliti harus dibuat oleh Azizan apakah kesan yang bakal dihadapi jika penebangan pokok itu diterus. Harus di ingat bahawa di situ juga ada makhluk Allah swt yang menghuni. Apa akan jadi jika habitat mereka dimusnahkan.

Saya tertarik dengan sebab yang dikemukakan oleh Azizan bahawa jika pokok-pokok itu ditebang, ia pasti akan memberi ruang kepada pokok-pokok kecil yang lain untuk terus membesar. Apakah Azizan masih sehat lagi untuk menanti hutan ang telah dimusnahkan itu kembali hijau seperti sedia kala?

Justeru itu,Azizan perlu memikirkan semasak-masaknya akibat dan kesan yang bakal diterima oleh kerajaan negeri pimpinan PAS. Apa saja tindakan dan perbuatan Azizan, impaknya akan diterima oleh PAS/PR juga. Buatlah perkara yang lebih selamat dan bermanfaat untuk rakyat Kedah tanpa menimbulkan kontrovesi yang pasti mengundang kesempatan buat puak UMNO untuk mengeksploitasi sehabis-habisnya isu tersebut.

Lantaran itu, rasanya sekadar melontar pandangan, elokla Azizan menyerahkan jawatan Menteri Besar tersebut kepada mereka yang lebih berdaya kreatif dan inovatif dalam mencetus corak kepimpinan yang lebih ideal dan bertenaga.Rasanya YB. TUAN HAJI IR. AMIRUDDIN BIN HAMZAH mampu memikul tanggungjawab tersebut demi parti PAS dan negeri Kedah yang dicintai.

Sebagai renungan,

"“Permudahkanlah semua urusan dan jangan menyusahkannya, berilah khabar gembira dan janganlah membuat sesuatu yang menyebabkan orang lain lari.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim) -portal kerajaan negeri kedah-


Sekian,

Teropong Utara.

Berbasikal ke Parlimen : Signal yang perlu difahami oleh MP BN  

Posted by Alam Fana'

Jom kita berbasikal !!!!



Salahkah berbasikal ke Parlimen?

Ahmad Tajdid Tue Jun 24, 08 3:12:28 am MYT
Selepas puas memujuk rakyat mengubah cara hidup ekoran kenaikan mendadak harga minyak, nada seorang menteri kabinet kerajaan pimpinan Abdullah Ahmad Badawi tiba-tiba berubah. -->
Semuanya angkara empat Ahli Parlimen KeADILan berbasikal ke Parlimen pada Isnin, 23 Jun lalu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menyifatkan tindakan empat wakil rakyat KeADILan itu sebagai kebudak-budakan yang langsung tidak mencerminkan tahap keupayaan pemikiran anggota Parlimen.

Read More from Harakahdaily.net




BERBASIKAL TANDA PROTES...

Empat anggota Parlimen dari Pakatan Rakyat mengayuh basikal dari Bank Negara ke Bangunan Parlimen hari ini bagi melahirkan protes mereka terhadap kenaikan harga minyak baru-baru ini. Dari kanan adalah N. Gobalakrishnan (Padang Serai), Zulkifli Nordin (Kulim Bandar Baru), Hee Loy Siang (Petaling Jaya Selatan) dan Chua Tian Chan (Batu). Gambar dari Malaysiainsider.com.

Dipetik daripada Siasah.blogspot.com


4 Ahli Parlimem pembangkang berbasikal ke Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Empat Ahli Parlimen pembangkang hari ini berbasikal ke bangunan Parlimen sebagai tanda protes kepada kerajaan terhadap kenaikan harga bahan api. Mereka ialah Ahli Parlimen Baru, Tian Chua, N Gobalakrisnan (Padang Serai); Zulkifli Noordin (Kulim Bandar Baru); dan Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan). Mereka berbasikal dari Bank Negara mulai jam 9.30 pagi dan tiba di Parlimen, 10 minit kemudian.


Dipetik daripada Berita Harian Online


Kesimpulannya,


Gaya hidup berbasikal yang cuba ditunjukkan oleh 4 orang ahli parlimen tersebut sebenarnya mempunya erti dan mesej yang mendalam khususnya kepada ahli2 YB dari BN terutamanya kepada Pak Lah.

Kritikan Nazri yang tidak memikirkan mesej tersebut hanya mengundang kemarahan rakyat yang amat-amat merasai keperitan hidup semenjak kenaikan petrol baru-baru ini. Cuba la membuat ulasan yang 'neutral' dengan mengajak wakil2 dari YB BN cuba bersama-sama menaiki basikal ke Parlimen. Ini dah syok layan kereta besar,semua nak senanggggggggggg jer..


Apapun saya tabik la kepada 4 orang YB dari Pakatan Rakyat ini yang cuba membawa mesej kesusahan rakyat dengan mengayuh basikal ke bangunan Parlimen. Biarla apa orang kata, hasil perjungan kalian kelak mereka jugak yang dapat rasa.

Pengajaran buat yang masih bernyawa.  

Posted by Alam Fana'


KISAH RUH DENGAN MALAIKAT MAUT

Tersebut dalam sebuah hadis bahawa apabila Allah SWT mengkehendaki seseorang mukmin itu dicabut nyawanya, maka akan datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut ruh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: “Tidak ada jalan bagimu mencabut ruh orang ini melalui jalan ini, kerana orang mukmin ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah SWT.”

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah SWT dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai malaikat mau, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain”

Sebaik sahaja malaikat maut mendapat perintah Allah SWT, maka malaikat maut pun cuba mencabut ruh orang mukmin itu dari arah tangan, tetapi keluarlah sedekah dari tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluarlah penulisan ilmu maka berkata tangan : “Tidaklah ada jalan bagimu untuk mencabut ruh orang mukmin ini dari arah in, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini juga menulis ilmu pengetahuan.

Oleh kerana malaikat maut gagal lagi untuk mencabut ruh orang mukmin itu dari arah tangan, maka malaikat maut mencuba pula dari arah kaki, malangnya malaikat maut juga gagal melakukannya sebab kaki berkata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu.”

Apabila malaikat maut gagal mencabut dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga, sebaik sahaja malaikat maut menghampiri telinga, maka telinga pun berkata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini, kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Qur’an dan Zikir”.

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut ruh orang mukmin itu dari arah mata, tetapi baru sahaja beliau hendak menghampiri mata, maka mata pun berkata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini, sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitb-kitab”

Apabila malaikat maut gagal menjalankan perintahnya, maka dia pun kembali kepada Allah SWT dan memberitahu masalah yang dihadapinya walaupun semua cara telah dilakukan.

Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud : “Wahai malaikatKu, tulislah AsmaKu1 di telapak tanganmu dan tunjukkanlah kepada ruh orang yang beriman itu.”

Sebaik sahaja mendapat perintah Allah SWT, maka malaikat maut pun pergi menghampiri ruh orang itu dan menunjukkan Asma Allah SWT, sebaik sahaja ruh melihat Asma Allah, (terbitlah rasa) kecintaannya kepada Allah SWT, maka keluarlah ruh tersebut dari arah mulut dengan tenang dan damai.

Daulat Tuanku ! Daulat Tuanku ! Daulat Tuanku !  

Posted by Alam Fana'




SULTAN JOHOR AKAN IKHTIAR KEMBALIKAN KEDAULATAN BATU PUTIH

( Link from Berita Harian Online )
JOHOR BAHARU: Sultan Johor Sultan Iskandar bertitah baginda akan berikhtiar mencari jalan bagi mendapatkan semula hak kedaulatan Pulau Batu Puteh yang kini dimiliki Singapura.
Ketika merasmikan pembukaan persidangan Dewan Undangan Negeri Johor di sini hari ini, baginda bertitah bahawa pulau berkenaan bukan milik republik itu sebaliknya hak milik kerajaan Johor.
“Suka beta ingatkan bahawa beta tidak lupa pada Pulau Batu Puteh. Pulau Batu Puteh bukan hak Singapura tetapi hak milik Johor. Sampai bila pun beta akan cari ikhtiar untuk mendapatkan semula pulau milik Johor itu,” titah baginda.

Kijang Care lancar misi bantu 'OKU tertipu' di Pakistan  

Posted by Alam Fana'



Selepas berjaya dalam misi menyelamat dan membawa pulang seorang anak gadis Malaysia yang dilarikan ke Lombok Timur, Indonesia, kini Kijang Care menyusun misi membantu seorang warga Malaysia yang kurang upaya (OKU) yang ditahan di Pusat Tahanan Wanita, Karachi, Pakistan.

Jurucakap misi bantuan ke Pakistan, Badrul Hisham Shaharin semasa mengadakan sidang media di Pejabat PAS, Jalan Raja Laut berkata, Siti Aishah Abdul Hamid didakwa telah ditipu oleh satu sindiket yang akhirnya menyebabkan wanita OKU itu ditahan di Paksitan 24 Mei lalu. Turut hadir ialah, suami Siti Aishah, Jaffar; wakil Kijang Care, Alex Ong dan Anissofian Amran; wakil NIEI, Amin Iskandar selain barisan peguam Kijang Care yang diketuai, Mohd Khairuddin Othman (MK Othman&co).

Kijang Care adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang dipengerusikan oleh Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa. Untuk rekod, Kijang Care telah berjaya membawa pulang seorang pelajar Malaysia, Che Siti Nor Azreen Che Ishak (penduduk Rantau, Negeri Sembilan) selepas dilarikan warga Indonesia ke Lombok Timur baru-baru ini. Mengulas lanjut kes Siti Aishah, Badrul Hisham berkata, wanita OKU itu ditahan atas dakwaan membawa dadah seberat 950 gram di Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah Karachi, ketika mahu berlepas dari Pakistan ke Malaysia. Siti Aishah sebenarnya diperdaya oleh satu sindiket antarabangsa yang kini beroperasi di Malaysia dengan pelbagai taktik untuk menjadikan wanita di negara ini agen mengedar dadah ke beberapa negara, katanya. Siti Aishah dikatakan telah ditawarkan hadiah berupa percutian ke Pakistan oleh sindiket tersebut yang seterusnya memperdaya wanita keturunan Melayu Pulau Pinang itu untuk membawa dadah.

Kini, Siti Aishah yang mengalami masalah kesihatan antaranya darah tinggi dan masalah tulang reput ditahan bersama lima lagi wanita lain atas dakwaan mengedar dadah, kata Badrul Hisham. Justeru, kata Badrul Hisham Kijang Care hari ini menghulurkan bantuan bagi menyelamatkan wanita OKU tersebut yang menjadi mangsa penipuan sindiket antarabangsa. Dalam sidang media tersebut, Badrul Hisham yang juga Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) mengumumkan pelancaran tabung misi bantuan ke Karachi. Badrul Hisham menyeru dan merayu rakyat Malaysia yang berkemampuan untuk menghulurkan bantuan bagi mengantar pasukan peguam dan Kijang Care untuk menyelamatkan Siti Aishah di sana. Beliau juga memaklumkan, pihak Kijang Care terus-menerus berurusan dengan Konsulat Malaysia di Karachi, bagi mendapatkan perkembangan berhubung keadaan Siti Aishah di sana. "Kita mahu ke Pakistan dalam masa terdekat bagi mendapatkan maklumat sebenar dan memberi khidmat nasihat guaman kepada Siti Aishah," ujarnya.

Ujar Badrul, bagi individu yang mahu menghulurkan derma bolehlah menghulur bantuan kepada akaun Kijang Care (Maybank) (nombor akaun : 512240600597) atau menghubungi Anissofian Amran (019-2357231). Sementara itu, Peguam yang mewakili Kijang Care, Khairuddin Othman menyatakan, kes Siti Aishah ini sama seperti kes-kes wanita Malaysia yang ditahan di China dan beberapa negara lain berikutan terpedaya dengan sindiket antarabangsa. Ujar beliau, perkara ini terjadi antaranya akibat kelemahan pasukan risikan dan pihak berkuasa dalam mencegah sindiket ini dari terus beroperasi di negara ini.

Namun, beliau turut menasihatkan warga Malaysia supaya berhati-hati dengan pelbagai taktik sindiket asing yang kini mensasarkan wanita Malaysia sebagai 'agen dadah' mereka ke negara-negara lain. Sementara itu suami Siti Aishah, Jaffar pula merayu rakyat Malaysia yang prihatin kepada masalah isterinya itu sedaya mungkin membantu dari sudut kewangan bagi melicinkan misi ke Karachi dalam masa terdekat. Beliau melahirkan kebimbang jika Siti Aishah lewat di temui di Karachi dan lewat mendapatkan khidmat guaman, isterinya itu akan menjadi antara wanita yang senasib dengan wanita Malaysia yang tertipu di China dan beberapa negara lain yang akhirnya menerima hukuman berat di negara terbabit.

Katanya lagi, sejak laporan mengenai Siti Aishah ditahan di Karachi tersiar, beliau menghadapi masalah dengan keluarga mertuanya yang menganggap beliau tidak pandai menjaga isterinya itu. Beliau juga berharap semua pihak memahami situasi yang dilalui kini tanpa sebarang prejudis.

Apakah motif Mykmu mempamerkan lakaran tersebut ?  

Posted by Alam Fana'

Mykmu adalah salah satu daripada laman yang dikendalikan oleh para penyokong UMNO dan begitu popular dikalangan mereka. Ini kerana laman tersebut menyediakan sudut forum khas untuk memperbahaskan isu-isu politik terkini samada yang melibatkan parti UMNO mahupun apa saja yang berlaku di negara ini. Namun jika dilihat segala hujjah dan idea yang dilontarkan dalam ruang forum tersebut,ianya lebih ke arah berbau hentam menghentam dan kutuk mengutuk secara melampau tanpa memikirkan dosa sepertimana yang telah ditegah oleh Baginda Rasulullah saw. Tidak dinafikan ada juga segelintir pandangan dan pendapat ahli forum tersebut agak bernas dan rasional. Namun yang menokok tambahnya juga tidak kurang hebatnya. Tidak diketahui samada memang ingin sengaja dihangat hangatkan sesuatu isu ataupun memang mereka benar-benar beremosi dalam meluahkan setiap pandangan yang diutarakan.
Tidak ketinggalan juga Mykmu telah menggunakan beberapa lakaran yang agak kurang elok dilihat hanya kerana sentimen politik berunsur kebencian pada pihak yang mereka tidak sukai. Mungkin pada mereka ini adalah kaedah terbaik untuk mereka mempamerkan rasa muak dan menyampah pada pihak Pakatan Rakyat yang menerajui Selangor. Tetapi dari sudut akal yang waras dan terbuka, seharus dicadangkan agar Mykmu mengemukakan fakta-fakta yang lebih kukuh berkenaan salah laku Pakatan Rakyat agar ahli forum tidak terikut-ikut dengan gaya kritik para senior ahli forum tersebut selaku rakyat yang kononnya minda kelas pertama.
Lakaran di atas ini menunjukkan satu dialog yang kurang elok iaitu "Cak...Takbir" seolah-oleh ditujukan kepada lakaran khinzir berbentuk tabung itu. Apapun tujuan dan motif bagi pelakar tersebut, hanya dirinya dan Allah swt sahaja yang mengetahui...

Wallahua'alam

Jika pemimpin bersatu fikrah dan hati ...  

Posted by Alam Fana'



Sememangnya tidak mustahil jika tokoh-tokoh pemimpin di atas duduk semeja berbincang mengenai isu-isu yang melibatkan kepentingan negara, agama dan bangsa. Betapa hebat dan mantapnya jika mereka bersatu di bawah satu gagasan yang pasti digeruni oleh dicemburui oleh setiap parti politik tanah air. Idea yang keistimewaan yang dimiliki oleh setiap pemimpin ini, jika digarap dengan bijaksana, pasti negara dan bangsa serta agama Islam yang tercinta akan terus di segani dan dihormati oleh seantero dunia.
Namun yang agak mustahil dalam penyatuan mereka ini adalah wujudnya perbezaan ketara dari aspek ideologi siasah yang tidak sekata. Jika tidak ditangani dengan bijaksana, sudah pasti bangsa dan tanah air akan menjadi bahan jenaka kerana pecah belah yang sudah pasti menguntungkan pihak-pihak yang cuba menangguk di air yang keroh.
Alangkah comel dan indahnya jika mereka semua bersatu atas nama ISLAM dan mencorak agenda memajukan negara dengan bersepakat dan berpadu minda. Jika ada perselisihan, kembalilah kepada al_Quran dan Hadis demi sayang dan cintakan kepada ALLAH selaku pentadbir sekelian alam yang maha luas ini.
PAS dan UMNO memang berbeza, namun penyatuan yang baik perlu di cari tanpa mempunyai muslihat ataupun unsur-unsur lakonan kononnya untuk berbaik-baik. Saya mungkin berangan-angan dalam melihat mereka bersatu, namun perkara ini pasti ada pro dan kontranya...

Gubahan Hantaran Yang Melampau !  

Posted by Alam Fana'

Baru-baru ini saya berhenti di sebuah restoran sambil berehat melayan secawan teh tarik. Ketika menanti secawan teh tarik, saya sempat membelek sebuah majalah gubahan dan hiasan perkahwinan yang agak popular di negara kita. Lantas saya tersentak dengan salah satu gubahan perkahwinan yang agak keterlaluan.( gambar di atas )
Mungkin perkara ini tidak di sedari oleh sebilangan besar para pembaca majalah tersebut ataupun mereka menganggap remeh tentang pekara begitu. Namun bagi saya yang melihat gubahan yan dibentuk jelas kepada "Ka'abah" itu tidak sepatutnya berlaku kerana ianya adalah adalah merupakan kiblat dan tempat suci bagi seluruh umat Islam di dunia. Sudah lah di dalam gubahan tersebut diletakkan pula duit seolah-olah dalam Ka'abah itu ada tersimpannya duit. Ini boleh menimbulkan tanggapan negatif bagi mereka yang bukan beragama Islam. Saya amat hairan dan pelik bahawa trend gubahan hantaran kini lebih menjuruskan kepada gubahan berbentuk masjid dan ada juga berbentuk kitab al-Quran.
Pada hemat saya, gubahan seperti Ka'abah, Masjid dan gubahan berbentuk al-Quran ini tidak sewajarnya dijadikan hantaran kerana perkara-perkara sedemikian adalah merupkan lambang kesuciaan agama Islam. Jika ingin mempamerkan nilai-nilai keislaman sekalipin dalam gubahan hantaran, tidak salah jika cukup sekadar kitab al-Quran ataupun CD al-Quran mahupun buku-buku kerohanian. Yang penting erti perkahwinan itu dapat dihayati dan difahami oleh pasangan pengantin dengan sempurna. Bukanlah sekadar gubahan hantaran yang 'gempak gempak' itu hanya menjadi hiasan selepas selesai berkahwin.
Saya juga berpendapatan bahawa, Mufti ataupun jabatan-jabatan yang bertanggungjawab terhadap hal-hal agama Islam ini dapat mengeluarkan garis panduan bagi gubahan hantaran agar ianya tidak melampaui batas.
Kreativiti itu memang bagus, namun biarlah dengan cara yang bijaksana.

Kenapa keadaan ini masih berlaku ?  

Posted by Alam Fana'

( Fenomena ini berlaku di pedalaman Sabah )


Malaysia telahpun mencapai kemerdekaan lebih daripada 50 tahun tempohnya. Segala-galanya dibina dan dibangunkan dengan segala bentuk kemudahan yang canggih lagi moden khususnya untuk keselesaan dan kesejahteraan rakyat. Namun senario yang dipaparkan pada rajah tersebut amatlah mengejutkan khususnya ketika negara sedang melangkah ke arah mencapai status negara maju. Apakah pihak yang bertangjawab terlepas pandangan terhadap permasalahan kekurangan prasarana khususnya bagi penduduk yang berada diluar bandar.

Bagi saya 'luar bandar' ini terdapat dua kategori yang boleh dipecahkan. Pertama, 'luar bandar' yang moden seiring dengan pembangunan dibandar, manakala yang kedua 'luar bandar' yang jauh ketinggalan dalam segala aspek samada kemudahan dan perkara yang berkaitan dengan kesejahteraan rakyat yang bergelar warganegara Malaysia.


Amat menyedihkan kerana masih ada lagi kawasan luar bandar yang mundur dan jauh ketinggalan pembangunannya. Lihat sahajalah gambar di atas, murid-murid menggadai nyawa dan keselamatan mereka dengan melintasi sungai hanya dengan jambatan gantung yang hampir usang dan buruk. Benarlah bahawa sewajarnya pihak kerajaan pusat patut memberi lebih selebihnya perhatian terhadap pembangunan prasarana di seluruh kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak. Keadaan ini perlu dilihat secara serius kerana Sabah dan Sarawak juga adalah sebahagian daripada Negara Malaysia yang kita cintai.


Seteruk teruk dan dhaif kawasan pedalaman yang berada di semenanjung, lebih teruk dan dhaif lagi kawasan pedalaman yang berada di seberang sana. Saya menyarankan agar pihak kerajaan bertindak segera terhadap pembangunan prasarana di pedalaman Sabah dan Sarawak tanpa perlu berlengah dan bertangguh lagi. Tak perlulah untuk bermesyuarat berminggu-minggu, berbulan-bulan untuk mengambil sesuatu keputusan jika ianya penting untuk keselamatan dan kesejahteraan rakyat, maka segerakanlah pembinaannya.


Sesiapa yang melihat gambar di atas, pasti akan terkejut dan merasa sedih dengan anak bangsa yang cekal dan berani walaupun nyawa mereka umpama "telur dihujung tanduk".

Renung-renungkanla....

PAS perlu berhati-hati dalam Pakatan Rakyat  

Posted by Alam Fana'


Di sini saya sekadar ingin melontarkan pandangan dan pendapat terhadap arah tuju gerakan parti PAS yang mana agendanya adalah untuk menegakkan daulah islamiyah dalam bumi M;sia tercinta ini.

Jika dilihat Pas dari sudut sejarah jatuh bangunnya, Pas sememangnya banyak pengalaman dalam arus politik tanah air khususnya dalam beradapan berbagai-bagai rintangan dan cabaran.

Pas juga pernah masuk kandang BN dan keluar semula setelah mendapati BN yang sudah berkuasa dengan terang terangan cuba meminggirkan agenda perjungan Pas yang ingin menyerapkan elemen islam dalam pemerintahannya dahulu.

Kini Pas perlu berhati-hati dalam menyertai gabungan pakatan rakyat yang dilihat mampu menggugat kestabilan BN. Saya juga cuba berfikir sejenak tentang agenda yang diperjuangkan oleh DAP dan PKR yang amat jelas berbeza dengan matlamat dan arah tuju agenda yang di bawa oleh PAS ini.

Walaupun dalam Pakatan Rakyat ini, mereka cuba mencari titik persamaan bagi menunjukkan kesatuan dan kekuatan selaku pembangkang , namun tidak banyak persamaan yg boleh dicapai diantara ketiga-tiga parti utama ini. Mungkin waktu dan ketika ini PAS mampu bersepakat dengan DAP dan PKR demi perjuangkan hak rakyat tetapi untuk jangka masa yang panjang, amat mustahil PKR dan DAP ingin menerima segala agenda perjuangan PAS untuk dimasukkan dalam matlamat menubuhkan kerajaan diperingkat pusat jika benar Pakatan Rakyat akan mengambil alih tampuk pemerintahan BN pada september ini.

DAP dan PAS bagai langit dan buma, manakala PKR ini majoritinya adalah mereka yang datang dari puak UMNO dan agenda perjungannya agak kabur dan kurang jelas.

Apakah jika pakatan rakyat memerintah negara nanti, PAS akan diberi ruang untuk membawa agendanya atau nasib PAS akan jadi seperti apa yang pernah diperlakukan oleh BN dahulu. bagi saya PAS bukanlah sebuah parti yang lemah dan ketandusan pemimpin. Resipi yang digarap dalam kepimpinan PAS ini dengan menggabungkan golongan profesional dan ulama jelas berjaya mengubah persepsi rakyat yang dulunya PAS dianggap parti tok lebai dan bersifat kekampungan sahaja.

Hari ini PAS sudah berjaya keluar dari kepompong tersebut dan telah melakukan perubahan yang ketara dari sudut pendekatan dalam menyerlahkan perjuangan islam yang boleh dibanggakan. Sebenarnya saya secara peribadi agak kurang bersetuju jka PAS terus berada dalam Pakatan Rakyat tersebut. Ini tidak memberi apa-apa kelebihan pun pada PAS kerana DAP dan PKR ini sudah tentu ada agenda yang tersendiri dan terselindung di mana semua sedia maklum bahawa kedua-dua parti tersebut lebih suka PAS tidak menonjolkan agenda negara islam.

Pada hemat saya, nasib PAS agak teumbang ambing jka kebergantungannya pada Pakatan Rakyat yang belum tentu memberi jaminan ruang untuk PAS menerapkan agenda perjuangannya.

PAS perlu fikirkan hal ini demi survival parti yang kini sudah mula diterima oleh golongan bukan Islam.

Apabila Mufti Perlis Bersuara ....  

Posted by Alam Fana'

Agama bukan mengkhayalkan orang miskin

Saya tertarik apabila membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.


Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga. Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki tali pinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitulmal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabi-Nya S.A.W (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al- Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).


Saya suka dengan jawapan al-Imam al-Nawawi ini. Saya tahu, selepas ini banyak forum-forum perdana, ceramah-ceramah di radio dan televesyen akan memperkatakan tentang kewajipan berjimat cermat. Maka ustaz, ustazah dan penceramah pun atas permintaan penaja yang membayar harga ceramah akan bersungguh-sungguh menyuruh orang-orang bawahan untuk berjimat cermat. Dalil-dalil pun akan dibaca. Mungkin akan ada ustazah yang mencari cerita-cerita ajaib yang baru untuk dikaitkan dengan bab jimat cermat dan jangan membazir. Mungkin akan ada penceramah yang cuba menangis seperti seorang pelakon berjaya yang menerima anugerah, bercerita kepada makcik-makcik yang khusyuk menonton tentang azab seorang yang membazir ‘nasi lemaknya’. Datanglah orang-orang kampung mendengar forum perdana dengan basikal atau motosikal sebagai menyahut seruan agar tidak membazir petrol.


Adapun penceramah, datuk-datuk penganjur, YB-YB hanya menggunakan kenderaan mewah yang berkapasiti atas daripada 2000cc. Tujuannya untuk mengelakkan pembaziran wang kerajaan yang terpaksa dibayar kepada empunya kenderaan 2000cc ke bawah, lebih tinggi daripada 2000 ke atas. Maka insaflah makcik dan pakcik yang barangkali teringatkan tulang ikan yang pernah dibuangnya padahal masih ada sedikit sisa isinya yang melekat. Itulah membazir namanya. Maka, atas keinsafan dan taubat itu, mungkin ada yang akan mula mengurangkan makan nasi lemak daripada sebungkus seorang kepada sebungkus yang dikongsi bersama. Air kopinya yang memang sudah ‘ceroi’ akan ditukar kepada yang warna hitamnya antara kelihatan dan tidak. Maka selamat negara kita ini, disebabkan pakcik dan makcik, pak long dan mak long, pak lang dan mak lang di kampung sudah mengubah gaya hidup mereka. Jika saya hadir ke forum yang seperti itu, saya ingin bertanya soalan, tapi soalan yang belum ‘dijakimkan’, “Apakah agama ini dihantar oleh Allah untuk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan?” Sebelum harga minyak naik, telah sekian lama mereka yang berada di teratak usang itu menjimat makan dan pakai. Saban hari mereka mengira belanja untuk memboleh mereka terus hidup pada kala negara dunia belum menghadapi krisis harga minyak.


Pembaziran


Saya tidak mahu membicarakan tentang kenaikan harga minyak dari sudut perjalanan ekonomi antarabangsa. Telah banyak pakar-pakarnya bicarakan. Tapi saya ingin bincangkan tentang soal pembaziran dan jimat-cermat. Ya, memang Islam memusuhi pembaziran. Bahkan al-Quran tidak pernah mempersaudarakan antara mana-mana pembuat dosa dengan syaitan, melainkan mereka yang membazirkan. Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya): “Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27). Demikianlah Allah persaudarakan pembazir dengan syaitan.


Kesan pembaziran sangat besar. Lihat negara kita yang kaya dengan berbagai hasil. Sepatutnya kita akan tetap kukuh dan setiap rakyat akan menikmati kekayaan ini dengan adilnya. Namun, disebabkan pembaziran, harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan tahun, tetapi surut mendadak dalam masa beberapa tahun. Maka, yang patut mendapat bantuan dan hak, tidak cukup untuk sampai kepadanya. Barang keperluan pula bertukar menjadi mahal. Pembaziran memusnahkan kehidupan rakyat bawahan dan menghalang hak yang sepatutnya sampai kepada mereka. Maka betapa wajar untuk para pembazir itu dipersaudarakan dengan syaitan. Apatah lagi dalam banyak keadaan, pembaziran itu lahir dari keangkuhan dan kesombongan. Sifat-sifat itulah jua yang menjadi asas kepada kekufuran syaitan.


Soalannya, mengapakah apabila kita membicarakan tentang pembaziran, kita hanya terbayang orang-orang bawahan di kampung ataupun bandar. Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas. Bukan sekadar untuk mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi. Mengapa kita hanya terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wang poketnya yang sudah lelah? Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri? Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan.


Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh ‘orang biasa’. Apakah patut pada saat yang sebegini, ada istana atau kediaman rasmi menteri yang hendak ditambahmewahkan? Apakah patut orang-orang besar ini diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka? Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat. Apakah dalam masa yang sebegini mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai, bermain golf dan ‘berhiburan’ dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka? Pembaziran sebegini lebih rapat menjadi saudara syaitan dibanding wang persendirian yang dibelanjakan. Meminjam falsafah al-Imam al-Nawawi yang saya sebutkan tadi, jika orang atasan telah benar-benar berjimat, maka wajarlah untuk dikurangkan subsidi rakyat. Al-Nawawi telah dibuang negeri kerana enggan bersekongkol dengan perkara yang seperti ini. Namun, jika itu tidak dilakukan, ulama bukan burung kakak tua. Saya mengambil risiko menulis hal ini. Tanggungjawab di hadapan Allah lebih besar daripada segala- galanya. Para ulama dahulu jauh lebih mulia, tidak dibandingkan kedaifan saya ini. Pun mereka telah menunaikan tanggungjawab al-Amr bil Ma‘ruf dan al-An- Nahy ‘an al-Munkar ini. Semoga Allah menimbang tinta para ulama dengan darah para syuhada.


Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab. Dikenali dengan ‘Am al- Ramadah kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan. Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa ‘Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar. Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. ‘Umar enggan makan bahkan berkata: “Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan kedua-duanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?” (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr). Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu dicedok masakan itu untuk dihidangkan juga buat ‘Umar. Tiba-tiba yang dicedok itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu ‘Umar bertanya: “Dari mana diperoleh ini?”. Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata ‘Umar: “Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa” (Ibn Sa‘d, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir). Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini. Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa.


Saya kadang- kala begitu hairan apabila seseorang dianggap ‘berjiwa rakyat’, hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat? Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai. Orang seperti ‘Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya. Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan Rasu-lNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. Beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah.


Tanggungjawab


Kenaikan harga minyak menaikkan harga barang. Orang berpendapatan rendah menjadi mangsa. Agama berperanan untuk menyedarkan semua pihak tentang tanggungjawab terhadap rakyat. Dalam keadaan begini, antara perkara pertama yang patut dibentang kepada rakyat adalah pengurusan kemasukan dan pengagihan zakat. Zakat yang mungkin sampai kepada peringkat bilion ringgit di seluruh negara mesti diagihkan secara telus dan bijaksana. Mengapa masih ada fakir miskin yang bagaikan meminta sedekah kepada pihak yang menguruskan zakat? Mengapa program televisyen lebih menjumpai si miskin dibanding pihak yang menguruskan zakat? Mengapa zakat masih berbaki dengan begitu banyak setiap tahun sedangkan kemiskinan masih banyak? Mengapa pihak yang menguruskan zakat kelihatan bertambah mewah, sementara yang patut menerima hak kelihatannya bertambah letih dengan keadaan sekarang? Pada masa inilah peranan zakat bagi memastikan setiap yang memerlukan memperolehinya tanpa kerenah birokrasi yang bukan-bukan. Jangan sampai untuk mendapat RM150 si miskin berulang alik berkali-kali dengan tambang sendiri, sementara yang mendakwa amil zakat mengisi minyak kereta dengan wang zakat atas nama amil! Ramai kata kita berjaya menguruskan zakat sebab kutipan yang tinggi. Saya katakan, pengurusan yang berjaya itu bukan sahaja kutipan semata, tetapi juga pengagihan secara telus, bijaksana dan bertanggungjawab.


Dalam usaha kerajaan menangani kemelut ekonomi hari ini, perkara-perkara yang disebutkan ini mestilah dipandang serius. Kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dan disokong. Jika orang atas mengubah cara hidup, kita akan berkempen untuk semua agar mengubah cara hidup. Jika orang agama disuruh berkempen orang bawahan agar mengubah cara hidup, sementara melupai yang di atas, mereka sebenarnya cuba menjadikan agama sebagai candu agar seseorang melupai masalah yang sebenar.

Oleh :
Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin
Mufti Kerajaan Negeri Perlis.


TAHNIAH DIATAS CETUSAN YANG AMAT BERNAS INI !