Mykmu adalah salah satu daripada laman yang dikendalikan oleh para penyokong UMNO dan begitu popular dikalangan mereka. Ini kerana laman tersebut menyediakan sudut forum khas untuk memperbahaskan isu-isu politik terkini samada yang melibatkan parti UMNO mahupun apa saja yang berlaku di negara ini. Namun jika dilihat segala hujjah dan idea yang dilontarkan dalam ruang forum tersebut,ianya lebih ke arah berbau hentam menghentam dan kutuk mengutuk secara melampau tanpa memikirkan dosa sepertimana yang telah ditegah oleh Baginda Rasulullah saw. Tidak dinafikan ada juga segelintir pandangan dan pendapat ahli forum tersebut agak bernas dan rasional. Namun yang menokok tambahnya juga tidak kurang hebatnya. Tidak diketahui samada memang ingin sengaja dihangat hangatkan sesuatu isu ataupun memang mereka benar-benar beremosi dalam meluahkan setiap pandangan yang diutarakan. Tidak ketinggalan juga Mykmu telah menggunakan beberapa lakaran yang agak kurang elok dilihat hanya kerana sentimen politik berunsur kebencian pada pihak yang mereka tidak sukai. Mungkin pada mereka ini adalah kaedah terbaik untuk mereka mempamerkan rasa muak dan menyampah pada pihak Pakatan Rakyat yang menerajui Selangor. Tetapi dari sudut akal yang waras dan terbuka, seharus dicadangkan agar Mykmu mengemukakan fakta-fakta yang lebih kukuh berkenaan salah laku Pakatan Rakyat agar ahli forum tidak terikut-ikut dengan gaya kritik para senior ahli forum tersebut selaku rakyat yang kononnya minda kelas pertama.
Lakaran di atas ini menunjukkan satu dialog yang kurang elok iaitu "Cak...Takbir" seolah-oleh ditujukan kepada lakaran khinzir berbentuk tabung itu. Apapun tujuan dan motif bagi pelakar tersebut, hanya dirinya dan Allah swt sahaja yang mengetahui...
Wallahua'alam
This entry was posted
on Khamis, 19 Jun 2008
at 10:32 PTG
. You can follow any responses to this entry through the
comments feed
.



