Krisis Kerajaan di Perak : Anwar dipersalahkan ?  

Posted by Alam Fana'

Berikut adalah artikel yang dipetik dari Dragsuperstar.blogspot.com

Ketika keputusan pilihanraya pada 8 Mac 2008 diumumkan, semua rakyat bersorak kegembiraan. BN hilang 2/3 majoriti, BN hilang 5 negeri, Samy Vellu kalah, Sharizat kalah, KJ pada kiraan awal kalah lepas itu menang dengan penurunan majoriti dengan begitu mendadak. Semuanya disambut dengan penuh rasa kegembiraan, tangisan, dan sambutan terhadap kemenangan tersebut diraikan dengan penuh rasa syukur.

Namun apabila kerajaan Pakatan Rakyat di Perak goyah dan telah dirampas kekuasaannya dengan tidak mengikut undang - undang. Mula kedengaran suara - suara busuk mengeji Anwar Bin Ibrahim. Ada yang mengatakan beliau tidak pandai memilih calon. Ada yang mengatakan sebab beliau yang sibuk - sibuk cakap fasal 16 September maka inilah hasilnya. Perak hilang.

Bezanya Anwar dan Najib adalah Anwar mahu peralihan kuasa itu dilakukan dengan cara mengikuti undang - undang. Anwar telah meminta agar Pak Lah memanggil satu sidang khas parlimen dijalankan. Adakah Pak Lah akur dengan tuntutan beliau, sudah pasti tidak. Kenapa tidak akur kerana Pak Lah tahu pasti ada beberapa Ahli Parlimen BN yang akan memberi undi tidak percaya kepada beliau. Speaker Dewan Rakyat juga telah beberapa kali menolak usul undi tidak percaya yang diusulkan oleh Pakatan Rakyat. Anwar tidak gopoh seperti mana Najib. Anwar tidak menculik dua Adun KeADILan dan membawanya ke Pekan. Anwar tidak terus memaksa Agong memecat Pak Lah. Anwar tetap mahu melakukannya dengan mengikut perlembagaan negara. Kerana apa? Kerana beliau tidak mahu peralihan kuasa itu berlaku dengan kekacauan. Lihat di Perak. Apabila kekuasaan itu dilakukan tidak mengikut perlembagaan Sultan sendiri terasa bahananya. Itulah yang membezakan upacara LOMPAT ANWAR dengan NAJIB.

Selanjutnya klik dibawah:

Benarkah Rakyat Perak Gembira Dengan Kerajaan Baru?  

Posted by Alam Fana' in

Kini suasana politik di negeri Perak semakin beransur pulih. Yang belum pulih lagi adalah kemarahan dan penentangan para pemimpin Pakatan Rakyat serta para penyokongnya yang benar-benar 'terbakar' dengan tindakan petualang sebenar yang cuba menghuru harakan kerajaan PR yang dipilih secara sah.

Agak sedikit terkilan bahawa institusi beraja di negeri itu turut sama terheret dalam kancah kehangatan politik yang sedang melanda. Namun dalam isu ini, rakyat tidak perlu sekali-kali terpadaya dengan helah politik najis yang cuba dimainkan oleh pemimpin kerajaan pusat. Ini kerana pokok kepada isu panas tersebut adalah cara rampasan yang dilakukan, bukan meleret leret sehingga melibatkan Sultan yang sepatutnya kita hormati.

Kini media dengan seronok dan gembiranya memutarkan belitkan isu tersebut seolah-oleh rakyat dan para pemimpin PR dilihat telah menentang Sultan sehingga ditafsirkan menderhaka. Ini secara tidak langsung akan mengabui mata rakyat jelata bahawa kesalahan dan punca berlaku krisis politik di negeri tersebut adalah diletakan atas bahu para pemimpin PR yang mungkin terlupa bahawa mereka sedang dieksploitasi sehabis-habisnya.

Sewajarnya para pemimpin PR dan penyokongnya kembali ke isu pokok yang asal iaitu bongkarkan siapa sebenar dalang dan petualang disebalik bermulanya khabar bahawa adun mereka akan melompat keluar. Jika benar ada unsur culik dan ugut, maka gunakan segala peruntukan perundangan yang ada bagi memastikan ketua perancangan kotor itu dibawa ke muka pengadilan. Jangan biarkan mereka yang tidak bermoral itu bersorak gembira tatkala PR kini digambarkan seolah-olah penderhaka kepada sultan. Sedangkan yang perlu ditentang dan 'ditelanjangkan' adalah mereka yang merancang melakukan rampasan dengan cara yang paling memalukan dalam sejarah politik tanah air.

Moralnya, kepada pemimpin PR yang telah diberi mandat oleh rakyat jelata, fikirkanlah soal maruah dan harga diri serta undi rakyat bahawa jika kalian seorang yang berjiwa pejuang tulen, jangan sekali-kali mudah tunduk dengan apa jua ancaman, ugutan dan habuan yang akhirnya boleh menghilangkan rasa hormat dikalangan rakyat. Contoh sudah ada, ambillah pengajaran dari apa yang sedang dan akan berlaku kelak.

Soalan untuk seluruh rakyat Perak, benarkah anda benar-benar gembira dengan pembentukan kerajaan baru BN melalui cara rampasan ini? atau sebaliknya?

Halalkah kerajaan baru negeri Perak ?  

Posted by Alam Fana' in

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.

Dengan penuh rasa asa kecewa dan sayu tatkala melihat sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat jelata dengan sah berlandaskan sistem demokrasi, kini telah rebah dan hancur. Mereka rebah bukan kerana pemimpin utamanya, tapi rebah dan tersungkur disebabkan cara kotor pihak musuh yang jelas menghalalkan perbuatan menculik dan mengugut beberapa ahli dun dari kerajaan halal dan kini beberapa ahli dun tersebut telah bersekongkol tanpa merasa bersalah dan malu kepada rakyat yang mereka menjadi wira dalam merebahkan kerajaan halal tersebut.

Amat terguris hati bila mana salah seorang pemimpin utama kerajaan pusat dengan begitu angkuh dan berani mengambil peranan dalam menggerakan usaha bagi merebahkan kerajaan halal tersebut. Dengan sedikit pun tidak ada rasa malu apatah lagi rasa bersalah kepada rakyat jelata di negeri itu, mereka mengacau bilaukan pentadbiran kerajaan halal tersebut dengan menyekat kewangan sehingga melemahkan pembangunan yang cuba ingin dilaksanakan di negeri itu.

Bahkan kerajaan halal itu terpaksa berhadapan dengan media-media yang tidak beretika dan secara terang terangan menghentam sehabis-habis kerajaan halal itu dan digambarkan bahawa segala-galanya lemah dan buruk belaka.

Belum pun sempat kerajaan halal itu menangkis tohmahan dan serangan bertali arus oleh media-media kerajaan itu, datang pula serangan-serangan yang cuba digerakkan oleh ahli pembangkang dalam kerajaan itu yang ingin memastikan bahawa misi untuk merebah dan menumbangkan dengan apa cara sekalipun akan terlaksana.

Pendekatan "dapatkan dengan apa cara sekalipun" itu kini telah dizahirkan oleh pemimpin no.1 negara setelah tidak lagi kedengaran nada benci terhadap mereka-mereka yang telah terlibat dalam kes melompat parti. Malah nadanya telah berubah sama sekali dengan menyokong bahawa tindakan beberapa adun dari kerajaan halal tersebut menyertai barisan mereka adalah bijak dan bagus. Apakah jika berlaku perbuatan melompat parti kelak khususnya ke dalam parti yang diperjuangkan oleh kerajaan halal itu akan menukarkan pula nada pemimpin no.1 tersebut? "Ibarat meludah ke langit, akhirnya terkena ke muka sendiri.

Yang pasti kini, rakyat jelata amat benci sebenci bencinya perbuatan 'merampas' hak orang lain dengan cara yang tidak bertamadun dan tidak dapat diterima akal sama sekali. Malah mungkin ada dikalangan ahli parti kerajaan pusat merasa malu dengan tindakan pemimpin mereka.

Pada hemat saya, memang rakyat tidak kisah parti mana pun yang memerintah negerinya asalkan itu adalah pilihan majoriti rakyat yang turun membuang undi secara ikhlas dan jujur. Cara merampas itu adalah secara tidak langsung mereka telah menodai dan mengetepikan kuasa rakyat tersebut. Inilah yang amat menyedihkan.

Alangkah elok dan telusnya jika kerajaan baru perak itu dinaikkan melalui pilihanraya supaya rakyat sendiri dapat menentukan episod seterusnya parti mana yang berjaya menawan hati rakyat. Adalah terlalu tidak adil buat kerajaan halal yang telah ditumbangkan hanya dengan melalui cara lompatan adun dan apa-apa lagi muslihat sulit yang rakyat tidak ketahui, maka dengan mudah kerajaan baru dibentuk tanpa bersandarkan sentimen terkini rakyat terhadap situasi sebenar yang berlaku.

Kini sudah ada ura-ura bahawa ada perancangan tertentu untuk merebahkan beberapa lagi kerajaan halal rakyat dengan sewenang-wenang mencabul kuasa undi rakyat dalam pilihanraya yang lalu. Jika benar selepas ini akan ada lagi episod penculikan dan apa-apa sahaja yang boleh dikaitkan dengan tindakan yang tidak bermoral, maka tunggu sajalah dalam PRU ke 13 nanti bahawa gelombang kebencian rakyat pasti semakin memuncak dan mereka yang mencabul kuasa undi rakyat akan dihukum dengan seadil adilnya.

Kini kalian telah direbahkan, namun tak beerti kalah, ayuh maralah dengan 1001 misi merencanakan kejatuhan musuh mu dengan sokongan rakyat yang kini semakin kukuh dibelakang kalian wahai kerajaan halal rakyat.....

KEBENARAN DARI ALLAH PASTI AKAN MUNCUL ..... InsyaALLAH.

Terkini Perkembangan Politik di Perak !!  

Posted by Alam Fana' in

BN Umum pembentukan kerajaan baru pimpinan BN setelah mempunyai bilangan adun yang lebih daripada cukup bagi mengambil alih kerajaan dari Pakatan Rakyat.

Sumber daripada,
Astro Awani & Bernama.
-----------------------------------------------------

Terkini daripada Malaysiakini.com


BN bentuk k'jaan baru Perak
Feb 4, 09 3:51pm

5:06pm BN mempunyai cukup jumlah Adun untuk membentuk kerajaan baru Perak selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) melompat kepadanya secara terbuka dan rasmi hari ini.Tiga bekas wakil rakyat Pakatan termasuk Adun Jelapang dan juga bekas Timbalan Speaker DUN Perak, Hee Yit Foong akan kekal wakil rakyat bebas tetapi bersama kerajaan BN, kata timbalan perdana menteri.Datuk Seri Najib Razak berkata beliau akan menghadap Sultan Perak secepat mungkin.Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim - yang mengumumkan melompat kepada PKR selama 10 hari - kembali semula kepada Umno.

Sikap Kamu Yang Memalukan !!  

Posted by Alam Fana' in

Apalah nasib kerajaan negeri perak di bawah Pakatan Rakyat apabila mempunyai ahli dewan yang kini telah berpaling tadah demi kepentingan peribadi dan nafsu sendiri.
Mungkin ada yang mengatakan bahawa isu mereka ini adalah kesamaan dengan kes Adun Bota yang baru-baru ini telah berhijrah ke dalam Pakatan Rakyat.

Namun kedua-dua kes ini banyak perbezaannya walaupun secara asasnya adalah isu lompat.

Walau apapun alasannya, sikap dua orang adun dari Pakatan Rakyat yang telah mengisytiharkan menjadi adun bebas amatlah mengecewakan seluruh rakyat yang kini semakin faham erti keadilan dan perjuangan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat !

Sudahlah kerajaan PR dihentam saban hari oleh media milik BN, ada saja yang buruk dan serba tak kena yang dibuat oleh kerajaan negeri PR, namun segala keburukan dan najis yang dibuat oleh para pemimpin BN, terus disorok dan disembunyikan dari pengetahuan rakyat...

Kini dua adun tersebut juga disembunyikan demi mencapai cita-cita kotor mereka dengan cara yang paling tidak bermaruah !!