Kini suasana politik di negeri Perak semakin beransur pulih. Yang belum pulih lagi adalah kemarahan dan penentangan para pemimpin Pakatan Rakyat serta para penyokongnya yang benar-benar 'terbakar' dengan tindakan petualang sebenar yang cuba menghuru harakan kerajaan PR yang dipilih secara sah.
Agak sedikit terkilan bahawa institusi beraja di negeri itu turut sama terheret dalam kancah kehangatan politik yang sedang melanda. Namun dalam isu ini, rakyat tidak perlu sekali-kali terpadaya dengan helah politik najis yang cuba dimainkan oleh pemimpin kerajaan pusat. Ini kerana pokok kepada isu panas tersebut adalah cara rampasan yang dilakukan, bukan meleret leret sehingga melibatkan Sultan yang sepatutnya kita hormati.
Kini media dengan seronok dan gembiranya memutarkan belitkan isu tersebut seolah-oleh rakyat dan para pemimpin PR dilihat telah menentang Sultan sehingga ditafsirkan menderhaka. Ini secara tidak langsung akan mengabui mata rakyat jelata bahawa kesalahan dan punca berlaku krisis politik di negeri tersebut adalah diletakan atas bahu para pemimpin PR yang mungkin terlupa bahawa mereka sedang dieksploitasi sehabis-habisnya.
Sewajarnya para pemimpin PR dan penyokongnya kembali ke isu pokok yang asal iaitu bongkarkan siapa sebenar dalang dan petualang disebalik bermulanya khabar bahawa adun mereka akan melompat keluar. Jika benar ada unsur culik dan ugut, maka gunakan segala peruntukan perundangan yang ada bagi memastikan ketua perancangan kotor itu dibawa ke muka pengadilan. Jangan biarkan mereka yang tidak bermoral itu bersorak gembira tatkala PR kini digambarkan seolah-olah penderhaka kepada sultan. Sedangkan yang perlu ditentang dan 'ditelanjangkan' adalah mereka yang merancang melakukan rampasan dengan cara yang paling memalukan dalam sejarah politik tanah air.
Moralnya, kepada pemimpin PR yang telah diberi mandat oleh rakyat jelata, fikirkanlah soal maruah dan harga diri serta undi rakyat bahawa jika kalian seorang yang berjiwa pejuang tulen, jangan sekali-kali mudah tunduk dengan apa jua ancaman, ugutan dan habuan yang akhirnya boleh menghilangkan rasa hormat dikalangan rakyat. Contoh sudah ada, ambillah pengajaran dari apa yang sedang dan akan berlaku kelak.
Soalan untuk seluruh rakyat Perak, benarkah anda benar-benar gembira dengan pembentukan kerajaan baru BN melalui cara rampasan ini? atau sebaliknya?
This entry was posted
on Sabtu, 7 Februari 2009
at 12:04 PG
and is filed under
Tanya Hati
. You can follow any responses to this entry through the
comments feed
.



