Negara dibawah PM-6  

Posted by Alam Fana'

Alhamdulilah, syukur kehadrat Allah swt diatas rahmat dan kasihnya kini bumi bertuah Malaysia telah sekali lagi beralih kuasa pimpinannya kepada PM yg terbaru iaitu Dato' Seri Najib Tun Razak. Peralihan ini berlaku dengan tenang dan harmoni walaupun ada ura-ura dan spekulasi yang cuba menggambarkan bahawa kemungkinan berlaku penolakan perkenan oleh DYMM Yang Dipertuan Agong terhadap perlantikan bagi PM yg keenam tersebut.

Apapun, perlantikan Dato' Seri Najib Tun Razak ini masih lagi terdapat suara-suara yang mempertikaikan kreadibiliti dan 'kesucian' keperibadian akibat tuduhan-tuduhan yang dasyat yang telah dilemparkan oleh pihak-pihak tertentu.

Segala tuduhan tersebut, pada hemat saya sewajarnya Dato' Seri Najib memberi perhatian yang serius iaitu bukan dengan menutup mulut mereka dengan memperkudakan ISA ataupun OSA, tetapi dengan mengambil tindakan mahkamah jika benar Dato' Seri Najib tidak terlibat dalam tuduhan tersebut. Jika mahkamah dapat memutuskan bahawa Dato' Seri Najib tidak terbabit dalam tuduhan tersebut, maka inilah jalan terbaik untuk membalas kembali serangan kepada pihak pembangkang supaya tidak sesuka hati menabur fitnah yang boleh mengundang keruntuhan personaliti PM sendiri.

Walauapapun, diharapkan agar bumi Malaysia yang tercinta ini terus dilimpahi rahmat dan barakah jika para pemimpinnya sentiasa mendekatkan diri kepada ALLAH SWT.

This entry was posted on Sabtu, 4 April 2009 at 6:36 PTG . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan