Filem Maut : Mampukah menginsafkan masyarakat ?  

Posted by Alam Fana' in

" Maut!"....begitulah tajuk bagi sebuah filem terbaru yang kini sedang ditayangkan diseluruh pawagam tanahair.

Apepun, Tahniah buat individu yang merupakan pengarah bagi filem tersebut yang difahamkan telah memasukan elemen-elemen keagamaan yang mampu menginsafkan penonton.

Usaha bagi pengarah tersebut menerbitkan filem bermotifkan keinsafan ini seharusnya diberi pujian kerana berani mengetengahkan filem berunsur keagamaan walaupun difahamkan bahawa usaha untuk mendapatkan jumlah penonton yang ramai adalah amat sukar kerana penonton kini lebih berminat filem-filem bercorak mistik dan futuristik.

Tak kisah apapun, yang penting bukan sekadar mampu menginsafkan penonton sahaja, namun setidak-tidaknya boleh juga menginsafkan barisan para pelakon yang telah menjayakan filem tersebut. Jika para pelakon tersebut masih tidak mampu menghayati dan memahami mesej filem tersebut dengan benar-benar rasa insaf, apatah lagi para penonton yang hanya sekadar ingin menyaksikan lakonan oleh para pelakon sedangkan mesej sebenar filem tersebut tidak sampai kemana pun.

P36 Kuala Terengganu Kini Sah Milik PAS (Pakatan Rakyat)  

Posted by Alam Fana'


Keputusan Rasmi P36 Kuala Terengganu ( dipetik dari Utusan-online )

Pas menang Parlimen Kuala Terengganu
17/01/2009 9:34pm.

Calon Pas Mohd Abdul Wahid Endut memenangi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan memperolehi 32,883 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang meraih 30,252 undi selepas kesemua 144 peti undi dikira.
Calon Bebas Azharudin Mamat @ Adam memperolehi 193 undi. - Bernama.

Pas menang dengan majoriti bergaya iaitu 2,631 undi.

Kepala Babi di Surau APIUM : Siapa punya angkara ????  

Posted by Alam Fana' in


Kepala babi diletak di surau UM (Malaysiakini.com)

Abdul Rahim Sabri Jan 16, 09 10:28am

Pelajar Universiti Malaya (UM) gempar awal pagi ini apabila dua kepala babi yang dibelah dua, ditemui diletakkan di atas bendera parti politik pembangkang, di dalam surau Akademi Pengajian Islam, UM di ibu negara.Malaysiakini difahamkan bahawa kepala babi itu disedari oleh seorang pelajar yang tidur di dalam surau tersebut, ketika bangun hendak solat Subuh pada kira-kira jam 5 pagi tadi. Turut tidur di surau tersebut adalah beberapa aktivis pro-Mahasiswa tetapi mereka tidak menyedari kejadian itu.

Begitulah petikan akhbar yang sempat diambil dalam laman web Malaysiakini. Namun isu kepala babi di surau Akademik Pengajian Islam UM telah pun heboh sejak pagi tadi lagi apabila menerima MMS yang di'forward' mengandungi gambar kepala babi yang telah diletakkan atas bendera PAS dilaluan pintu masuk ke surau tersebut.

Adakah itu salah satu 'provok' pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk membangkitkan api kemarahan umat Islam? Apapun, kita serah kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan bagi mengenalpasti dalang disebalik angkara perbuatan jahat tersebut.

Isu Surat Anwar : Ezam terus tunjuk hero ?  

Posted by Alam Fana' in

Berdasarkan apa yang telah saya lihat melalui berita di salah sebuah televisyen swasta, Ezam penuh bangga dan megahnya mempamerkan surat rahsia Anwar yang kini menjadi modal terbaru untuk menyerang kreadibilit para pemimpin pakatan rakyat.

Dalam berita tersebut, Ezam turut mendedahkan isi kandungan surat sulit Anwar kepada Dr. Mahathir yang kononnya dikatakan "cakap tak serupa bikin" oleh Anwar ketika kes pemecatannya dulu. Ezam juga menyatakan bahawa surat Anwar tersebut adalah untuk perdamaian dengan Dr. Mahathir dan memohon agar tidak melibatkan ahli keluarga dan rakannya dalam konflik tersebut.

Apepun isu dan penjelasan Ezam dalam senjata terbaru untuk menyerang bekas bosnya dahulu adalah sia-sia sahaja. Salahkah jika Anwar mengutus surat ingin berdamai jika cara itu adalah yang terbaik untuk tidak meneruskan perbalahan terbuka ? Soal Anwar marah dan maki hamun Dr.Mahathir pada ketika pemecatan tersebut adalah satu perkara yang boleh dianggap biasa kerana waktu kita tengah ada masalahpun, kadang-kadang mahu jugak hilang kawalan untuk meluahkan perasaan. Tapi pokoknya, isu surat Anwar itu yang cuba didedahkan oleh Ezam hanyalah sekadar pistol mainan sahaja.

Untuk Ezam, sudah-sudahlah nak tunjuk hero. Dulu anda memang kami tabik dan respect sebagai pejuang kebenaran. Tetapi kini anda hanya merupakan boneka yang menjadi bahan jenaka oleh seluruh peminat politik tanah air. Integriti anda pun sudah tiada tatkala parti UMNO sendiri diakui mengalami pelbagai konflik dalaman dan masalah pemilihan pemimpin, politik wang yang agak kritikal dan terbuka.

Rakyat kini tidak sebodoh dan tidak lagi sejahil dahulu. Ezam dahulu adalah permata yang berharga, tetapi ntah mengapa kini permata itu sudah bertukar menjadi kaca yang tidak lagi bernilai di mata rakyat yang cintakan kebenaran, keadilan dan ketelusan.

Jika beliau ingin bermusuh dengan Anwar sekalipun, apalah salah PAS yang memperjuangkan Islam, turut sama diheret untuk merosakkan kemenangan calon Pas yang bertanding di PRK Parlimen Kuala Terengganu.

Adakah PAS juga tidak betul dimata Ezam ???? jawablah ezam....

DAP tu Karpal punya ker?  

Posted by Alam Fana' in



Pelik dan hairan kenapa seorang yang berkelulusan undang-undang boleh tak faham dengan penjelasan yang dibuat berkenaan dengan perlaksanaan Hudud.

Siapa yang tak kenal karpal ? semua orang kenal bahawa Karpal adalah seorang lawyer yang diakui hebat. Bijak berhujah dan berpegang teguh dengan prinsipnya.

Namun dalam isu Hudud ini, kenapakah beliau bersungguh-sungguh menentang perlaksanaan hukum tersebut sedangkan Tn. Guru Hj Hadi telah menjelaskan bahawa hukum Hudud adalah untuk orang Islam sahaja. Manakala orang bukan Islam boleh terus mengikut perundangan yang sedia ada dan bebas memilih sistem perundangan yang diinginkan.

PAS juga telah menjelaskan bahawa perlaksaan Hudud itu tidak sekali-kali akan menggangugugat corak kehidupan masyarakat bukan Islam di negara ini. Malah manfaatnya adalah kepada masyarakat Islam yang menginginkan keamanan dan kesejahteraan hidup.

Apakah begitu susah sangat Karpal untuk memahami tentang perlaksanaan Hudud ?. Adakah yang paling ditakuti oleh Karpal ialah sistem negera Islam yang ingin dibawa oleh PAS ? jika PAS berjaya menjadikan Islam sebuah negara Islam, apakah PAS akan berlaku kejam dan zalim pada karpal ? Jika PAS melalukan demikian, orang Islam pun tidak akan menyokong PAS sebab tidak ada manusia yang ada didunia ini yang sukakan kepada kezaliman dan penindasan.

Apatah lagi agama Islam itu adalah agama yang inginkan kepada keharmonian dan keamanan, jauh sekali untuk menzalimi dan menindas mereka yang bukan Islam.

Aapapun, jika Karpal bencikan kepada Hudud yang dibawa oleh PAS. Tak perlulah melibatkan seluruh parti DAP kerana kebencian karpal itu sebenarnya tidaklah menguntungkan DAP itu sendiri.

Mercedes T'ganu VS Camry Perak  

Posted by Alam Fana' in

Kereta Rasmi Kerajaan Negeri Terengganu : Mercedes C200 kompresor
Kereta Rasmi Kerajaan Negeri Perak dan Selangor : Toyota Camry N/Facelift

Isu kereta exco bagi kerajaan negeri Perak dan Selangor terus dimainkan oleh media masa semata-mata untuk memperbodohkan rakyat. Bagi yang mengharap sumber maklumat dari media yang dikawal oleh kerajaan BN,maka sudah pasti segala keburukan dan kelemahan sahaja yang akan disensasikan pengamal media yang jelas berat sebelah.

Apakah mereka sudah lupa bahawa kerajaan negeri Terengganu dibawah pemerintahan BN juga telah membeli beberapa buah kereta yang berjenama Mercedes C200 kompresor dengan nilai jutaan ringgit. Untuk pengetahuan semua, kereta berjenama Mercedes C200 kompresor ini adalah dikategorikan sebagai kenderaan mewah bertaraf tinggi. Apakah ini boleh dikatakan sebagai langkah berjimat ???? Kenapa isu tersebut di lenyapkan ???

Bagi kereta berjenama Toyota Camry pula, nilainya tidaklah sehebat dengan Mercedes C200 kompresor. Cuma pemilihan penggunaan Toyota Camry oleh kerajaan negeri Perak dan Selangor ini adalah atas dasar kualiti yang lebih baik berbanding dengan Proton Perdana V6 yang sememangnya terbukti banyak sangat kerenah dan masalah. Ini ditambah pula dengan kos penyelenggaraannya yang tinggi tetapi kerosakan yang diperbaiki tidak mampu bertahan lama.

Adalah amat wajar apabila kerajaan negeri Perak dan Selangor menggantikan kereta Proton Perdana V6 tersebut dengan Toyota Camry yang jelas terbukti lebih bagus dan berkuliti. Bukan nak merendah-rendahkan kereta buatan Malaysia tetapi itulah hakikat yang perlu diterima oleh Proton. Bayangkan, bila sebut sahaja Proton Perdana V6, pasti masalah yang biasa dihadapi kereta ini adalah berkaitan dengan 'gearbox'nya.

Apapun, pihak media yang dikuasi BN ini memang tidak ada modal untuk mencari salah dan lemah kerajaan yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Apalah yang kita nak banggakan sangat dengan penggunaan kereta Proton Perdana V6 sebagai kenderaan rasmi kerajaan Malaysia sedangkan ramai dikalangan menteri-menteri dan YB2 BN sendiri banyak menggunakan kereta import yang jauh lebih mahal daripada Toyota Camry sebagai kenderaan peribadi. Kenapa media tak mahu mensensasikan pulak isu tersebut ?

Parlimen Kuala Terengganu Bakal Menjadi Milik PAS ?  

Posted by Alam Fana'

Kini tinggal 2 hari sahaja lagi sembelum menjelang hari pembuangan undi bagi seluruh rakyat yang berada di parlimen Kuala Terengganu. Menurut sumber yang sahih, arus perubahan rakyat ke arah Pakatan Rakyat yang diwakili oleh PAS semakin jelas tatkala semakin banyak suara-suara dalaman dari BN yang mengakui bahawa calon mereka akan tewas di tangan PAS.
Menurut sumber dari kalangan ahli Umno Kuala Terengganu, kebarangkalian untuk PAS memenangi kerusi parlimen tersebut amat cerah sekali. Ini disebabkan kesilapan pemimpin BN yang meletakkan calon yang jelas majoriti secara senyap tidak sukakan akan personaliti Wan Ahmad Farid itu sendiri. Bahkan saya sendiri terkejut mendengar salah seorang saudara saya yang tinggal di kuala terengganu mengatakan bahawa UMNO telah melakukan kesilapan yang besar apabila meletakkan calon yang majoriti rakyat sudah kenal dengan perangai yang tidak enak didengar. Perangai apakah yang tidak enak itu ??? hanya rakyat Kuala Terengganu sahaja yang tahu dan mengerti ........
Walauapapun, kepada rakyat Kuala Terengganu.... Selamat Menunaikan Tanggungjawab anda untuk mengundi ! Pilihlah pemimpin yang cintakan Islam sebagai cara hidupnya...
Takbir !! Allahhu Akhbar !!

Ya Allah, Hancurkanlah Israel dan US !!  

Posted by Alam Fana'










Ya Allah, kurniakanlah kekuatan dalam diri rakyat palestin yang terus menerus dizalimi dan hancurkahlah jiwa dan jasad para musuh khususnya rejim israel dan rejim US !!! Amen!

Bumi Palestin : Menanti Lahirnya Seorang Panglima Islam  

Posted by Alam Fana' in

Palestin Ohh Palestin !!!!


Perang di bumi Palestin kini sudah hampir masuk ke minggu ke tiga. Namun Sehingga kini rejim Israel belum berminat untuk menghentikan keganasan mereka terhadap penduduk Gaza yang kini berhadapan dengan pelbagai krisis kesihatan, ekonomi dan taraf kehidupan yang semakin menyeksakan. Lihat saja lah gambar yang dipaparkan di dada dada utama akhbar dengan penuh tragis dan menyayat hati tatkala kanak-kanak palestin yang belum mengenal erti hidup, namun mereka dijadikan sasaran utama oleh puak rejim Israel yang berhati syaitan.


Cuma persoalan yang saya ingin utarakan, Siapakah pahlawan Islam yang bakal menyelamatkan bumi palestin ? Negara Islam manakah yang mampu menyekat kerakusan Israel ? Bilakah Umat Islam akan bangkit membantu membebaskan bumi Palestin ? Dalam persoalan ini, sukar untuk kita menjawabnya kerana umat Islam kini hanya sekadar gah pada nama tapi tidak mampu berbuat apa-apa...... yang ada hanya retorik kosong sahaja.