Isu Surat Anwar : Ezam terus tunjuk hero ?  

Posted by Alam Fana' in

Berdasarkan apa yang telah saya lihat melalui berita di salah sebuah televisyen swasta, Ezam penuh bangga dan megahnya mempamerkan surat rahsia Anwar yang kini menjadi modal terbaru untuk menyerang kreadibilit para pemimpin pakatan rakyat.

Dalam berita tersebut, Ezam turut mendedahkan isi kandungan surat sulit Anwar kepada Dr. Mahathir yang kononnya dikatakan "cakap tak serupa bikin" oleh Anwar ketika kes pemecatannya dulu. Ezam juga menyatakan bahawa surat Anwar tersebut adalah untuk perdamaian dengan Dr. Mahathir dan memohon agar tidak melibatkan ahli keluarga dan rakannya dalam konflik tersebut.

Apepun isu dan penjelasan Ezam dalam senjata terbaru untuk menyerang bekas bosnya dahulu adalah sia-sia sahaja. Salahkah jika Anwar mengutus surat ingin berdamai jika cara itu adalah yang terbaik untuk tidak meneruskan perbalahan terbuka ? Soal Anwar marah dan maki hamun Dr.Mahathir pada ketika pemecatan tersebut adalah satu perkara yang boleh dianggap biasa kerana waktu kita tengah ada masalahpun, kadang-kadang mahu jugak hilang kawalan untuk meluahkan perasaan. Tapi pokoknya, isu surat Anwar itu yang cuba didedahkan oleh Ezam hanyalah sekadar pistol mainan sahaja.

Untuk Ezam, sudah-sudahlah nak tunjuk hero. Dulu anda memang kami tabik dan respect sebagai pejuang kebenaran. Tetapi kini anda hanya merupakan boneka yang menjadi bahan jenaka oleh seluruh peminat politik tanah air. Integriti anda pun sudah tiada tatkala parti UMNO sendiri diakui mengalami pelbagai konflik dalaman dan masalah pemilihan pemimpin, politik wang yang agak kritikal dan terbuka.

Rakyat kini tidak sebodoh dan tidak lagi sejahil dahulu. Ezam dahulu adalah permata yang berharga, tetapi ntah mengapa kini permata itu sudah bertukar menjadi kaca yang tidak lagi bernilai di mata rakyat yang cintakan kebenaran, keadilan dan ketelusan.

Jika beliau ingin bermusuh dengan Anwar sekalipun, apalah salah PAS yang memperjuangkan Islam, turut sama diheret untuk merosakkan kemenangan calon Pas yang bertanding di PRK Parlimen Kuala Terengganu.

Adakah PAS juga tidak betul dimata Ezam ???? jawablah ezam....

This entry was posted on Khamis, 15 Januari 2009 at 8:47 PTG and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan