Mercedes T'ganu VS Camry Perak  

Posted by Alam Fana' in

Kereta Rasmi Kerajaan Negeri Terengganu : Mercedes C200 kompresor
Kereta Rasmi Kerajaan Negeri Perak dan Selangor : Toyota Camry N/Facelift

Isu kereta exco bagi kerajaan negeri Perak dan Selangor terus dimainkan oleh media masa semata-mata untuk memperbodohkan rakyat. Bagi yang mengharap sumber maklumat dari media yang dikawal oleh kerajaan BN,maka sudah pasti segala keburukan dan kelemahan sahaja yang akan disensasikan pengamal media yang jelas berat sebelah.

Apakah mereka sudah lupa bahawa kerajaan negeri Terengganu dibawah pemerintahan BN juga telah membeli beberapa buah kereta yang berjenama Mercedes C200 kompresor dengan nilai jutaan ringgit. Untuk pengetahuan semua, kereta berjenama Mercedes C200 kompresor ini adalah dikategorikan sebagai kenderaan mewah bertaraf tinggi. Apakah ini boleh dikatakan sebagai langkah berjimat ???? Kenapa isu tersebut di lenyapkan ???

Bagi kereta berjenama Toyota Camry pula, nilainya tidaklah sehebat dengan Mercedes C200 kompresor. Cuma pemilihan penggunaan Toyota Camry oleh kerajaan negeri Perak dan Selangor ini adalah atas dasar kualiti yang lebih baik berbanding dengan Proton Perdana V6 yang sememangnya terbukti banyak sangat kerenah dan masalah. Ini ditambah pula dengan kos penyelenggaraannya yang tinggi tetapi kerosakan yang diperbaiki tidak mampu bertahan lama.

Adalah amat wajar apabila kerajaan negeri Perak dan Selangor menggantikan kereta Proton Perdana V6 tersebut dengan Toyota Camry yang jelas terbukti lebih bagus dan berkuliti. Bukan nak merendah-rendahkan kereta buatan Malaysia tetapi itulah hakikat yang perlu diterima oleh Proton. Bayangkan, bila sebut sahaja Proton Perdana V6, pasti masalah yang biasa dihadapi kereta ini adalah berkaitan dengan 'gearbox'nya.

Apapun, pihak media yang dikuasi BN ini memang tidak ada modal untuk mencari salah dan lemah kerajaan yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Apalah yang kita nak banggakan sangat dengan penggunaan kereta Proton Perdana V6 sebagai kenderaan rasmi kerajaan Malaysia sedangkan ramai dikalangan menteri-menteri dan YB2 BN sendiri banyak menggunakan kereta import yang jauh lebih mahal daripada Toyota Camry sebagai kenderaan peribadi. Kenapa media tak mahu mensensasikan pulak isu tersebut ?

This entry was posted on Rabu, 14 Januari 2009 at 11:27 PTG and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan