Bagan Pinang Perlukan Wakil Rakyat Bebas Rasuah  

Posted by Alam Fana'

Sememangnya diketahui umum bahawa rakyat Bagan Pinang bakal memilih calon yang bakal menjadi wakil rakyat mereka ke sidang dun setelah kematian wakil rakyatnya yang sebelum ini adalah merupakan dari parti UMNO.

Namun dalam pilihanraya kecil kali ini, rakyat Bagan Pinang bukanlah terdiri dari kalangan yang berada di kawasan jauh di pedalaman. Malah rata-rata rakyat di Bagan Pinang adalah terdiri daripada mereka yang terpelajar, terdidik, celik IT serta mengetahui arus perkembangan terkini dunia semasa mahupun dalam dan luar negara.

Ini sudah membuatkan seluruh rakyat di Bagan Pinang bijak dalam menilai sesuatu calon yang benar-benar bersih dan bebas daripada sebarang bentuk masalah moral mahupun masalah politik wang atapun dalam bahasa mudahnya ialah "kaki rasuah".

Walaupun ada pihak yang menyatakan bahawa calon mereka telahpun dibersihkan melalui tindakan disiplin yang diambil oleh parti, namun itu belum cukup memastikan calon tersebut benar-benar bersih kerana ia masih belum 'dicucikan' dengan sistem perundangan yang ada dalam negara kita. Jika benar kerajaan serius dan telus, kenapa tidak kesalahan yang disahkan melalui lembaga disiplin parti mereka tidak diserahkan kepada pihak Badan Pencegah Rasuah (nama dahulu) untuk tindakan lanjut sebagai menunjukan kepatuhan kepada kedaulatan undang-undang negara.

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa calon tersebut mempunyai banyak jasa terhadap seleuruh warga N9, namun soal masalah peribadi juga tidak harus dilupakan. Apakah sudah tidak ada calon lain untuk mempamerkan bahawa UMNO kini benar-benar ingin membina imej baru yang bersih daripada rasuah. Walau apapun alasan UMNO, hanya kerana populariti yang dimiliki oleh calonnya itu tidak boleh diterima oleh seluruh warga Bagan Pinang.

Jika warga Bagan Pinang ada maruah dan harga diri, sewajarnyalah anda perlu memilih calon yang 100% mempunyai rekod peribadi yang bersih demi menunjukan maruah rakyat Bagan Pinang begitu mahal di mata UMNO.

This entry was posted on Selasa, 6 Oktober 2009 at 3:42 PG . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan