Rakyat Bagan Pinang Perlu Tolak Najib  

Posted by Alam Fana'

Isa Samad perlu diberi peluang - Najib


PARIS 5 Okt. - Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad merupakan calon popular yang mampu menggalas tanggungjawab Barisan Nasional (BN) untuk memenangi hati pengundi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang 11 Oktober ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, apa yang penting dalam mana-mana pilihan raya kecil adalah untuk memilih calon yang mampu memberi perkhidmatan berkesan untuk rakyat selain personaliti yang diterima ramai.


Justeru, kata beliau, Mohd. Isa wajar diberi peluang untuk membuktikan kewibawaannya setelah diambil tindakan oleh UMNO beberapa tahun lalu atas kesalahan melanggar tataetika parti.
''Dilihat dari bacaan kita, Isa paling popular di Bagan Pinang, kalau dilihat dari segi kesalahan, beliau telah diambil tindakan sehingga hilang jawatan menteri dan Naib Presiden (UMNO).


''Dari segi kesalahan, hukuman (yang dijalaninya) sudah berat, oleh itu Isa perlu diberi peluang. Dia tidak pernah menentang parti walaupun (ketika itu setelah diambil tindakan) tidak lagi berada dalam parti. Insya-Allah, Isa ada peluang yang baik (untuk menang)," katanya di sini, malam tadi.


Beliau berkata demikian pada sesi dialog dengan para pelajar Malaysia di Pavilion Dauphine Place du Marechal de Lattre Tassigny di sini yang antaranya menanyakan ura-ura kononnya pencalonan Isa di Bagan Pinang tidak direstui oleh pucuk pimpinan parti.

dipetik dari Utusan Online

[ Beginih sikap Najib yang terpaksa memilih Isa sebagai calon UMNO di Bagan Pinang hanya semata-mata untuk menang dalam pilihanraya kecil tersebut. Suara lantang sebelum ini untuk memilih pemimpin yang berintegriti dan bebas rasuah telah mula hilang dari pegangan hanya semata-mata kerana calon tersebut begitu berjasa kepada parti. Soal hukuman yang dikenakan oleh lembaga disiplin parti bukanlah menjadi ukuran kerana ianya hanya bersifat hukuman dalaman sahaja. Apapun bagaimana jika calon PAS itu memiliki masalah rekod peribadi seperti rasuah, penyelewengan, kaki perempuan atau yang tiada moral. Sudah tentu akan dimanipulasi sehabis2nya oleh pemimpin UMNO/BN konon rakyat perlu menolak pemimpin yang rekodnya tidak bersih. Jadi dalam hal ini, apapun alasan Najib dan UMNO, rakyat Bagan Pinang mesti berani mempertahankan maruah seluruh kawasan Bagan Pinang dengan memilih calon yang jelas terbukti bersih dari segala macam rekod peribadi yang pasti menguntungkan rakyat bagan Pinang.]

This entry was posted on Selasa, 6 Oktober 2009 at 4:22 PG . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan