Apabila Muhyiddin Suruh Tok Guru Bertaubat  

Posted by Alam Fana' in


Muhyiddin kini semakin resah dan gelisah dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh Tok Guru Nik Aziz berhubung dengan dakwaan penyokong UMNO tidak akan masuk syurga akibat mengasingkan iman dan Islam dalam kehidupan. Maka seluruh media milik BN/UMNO dikerah saban hari menghentam habis-habisan terhadap Tok Guru Nik Aziz akibat kenyataan yang jelas tidak disenangi oleh seluruh pemimpin utama UMNO.

Jika diteliti secara murni & positif terhadap kenyataan Nik Aziz itu, memang ada kebenarannya. Nik Aziz bukan setahun dua kenal UMNO. Cuma pemimpin UMNO sahaja tidak pernah cuba kenal dan mendalami maksud yang tersirat disebalik kenyataan pedas dari Tok Guru tersebut. Jika melihat kepada pengetahuan agama secara asasnya memang soal syurga dan neraka itu adalah urusan Allah swt. Namun jika diteliti dengan mendalam dengan mengambil kira rujukan al-Quran dan hadith, maka Allah swt sendiri telah memberikan garis panduan terhadap para hambanya dalam memastikan syarat-syarat untuk memasuki syurga itu benar-benar menepati apa yang dikehendaki oleh Allah swt. Contohnya solat fardhu merupakan tuntutan yang wajib disempurnakan oleh setiap muslim bagi memastikan salah satu syarat untuk bercita-cita ke syurga akan terlaksana. Namun jika hanya sekadar solat sahaja tanpa mengambil kira soal kesempurnaa wuduknya, pakaian, kebersihan diri, makan atau minum yang halal, maka pahala solat itu belum lagi dikira sempurna.

Sememangnya jika sebagai muslim yang memisahkan iman dan islam itu dalam kehidupan sehariannya jelas sekali tidak menepati ciri-ciri muslim yang dijanjikan syurga oleh Allah swt. Ianya seolah-oleh boleh diumpamakan seorang yang bernama ahmad itu mengaku bahawa dirinya beragama Islam, sedangkan soal rasuah, judi, pergaulan bebas tetap dilakukan walaupun tahu itu perbuatan yang haram di sisi Islam. Keislamannya hanya diambil dari sudut solat semata-mata. Secara logikpun belum tentu Ahmad ini boleh masuk syurga kerana kriteria yang ditetapkan oleh Allah menerusi kitab Al-Quran itu masih belum dipenuhi.

Samalah juga dengan situasi umat Islam hari ini. Dunia mengakui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara umat Islam. Namun sedar atau tidak segelintir umat Islam di Malaysia kini hanya sekadar pada nama sahaja tatakala soal moral dan keruntuhan akhlak lebih kurang sama dengan mereka yang bukan beragama Islam.

Harus diingat, tujuan dan objektif Al-Quran diwahyukan adalah merupakan panduan penting kepada umat islam supaya tidak tergelincir dari landasan hidup di dunia yang sementara ini. Nabi Muhammad saw juga telah berpesan bahawa selagi umat islam berpegang teguh dengan al-Quran dan Hadith, maka sudah pasti cita-cita untuk menikmati syurga Allah swt itu akan tercapai.

Janganlah hanya sekadar mengambil yang wajib sahaja sedangkan banyak lagi soal-soal berkait rapat dengan syariat diketepikan begitu sahaja.

Wallahua'alam

This entry was posted on Khamis, 20 Ogos 2009 at 5:06 PTG and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan