Terpanggil saya untuk menyatakan beberapa perkara khususnya berkaitan dengan artikel yang dipaparkan melalui laman Malaysiakini bertajuk 16 Sept tonjolkan lagi keretakan PAS. Jika diteliti dan diperhalusi masalah politik suku sakat yang kononnya kini sedang melanda dalam parti PAS ini sebenarnya mempunyai permainan halus oleh puak-puak dalam PAS yang ingin memecah belah dan menhancurkan PAS dari dalam. Jika ada perbezaan pendapat dikalangan pemimpin sesuatu parti atau organisasi itu, maka tidaklah menjadi pelik kerana penbezaan pendapat itu adalah suatu yang fitrah bagi setiap manusia.
Namun sejak akhir-akhir ini, seolah-olah terdapat golongan-golongan yang kononnya mengaku sebagai pejuang bagi parti PAS ini cuba menimbulkan beberapa isu yang jelas secara halus cuba mengeksploitasi pendapat dan pandangan pimpinan PAS sebagai usaha untuk memastikan PAS akan bertelagah sesama sendiri.
Lihat sahaja istilah-istilah yang cuba ditonjolkan seperti 'kumpulan Erdogan', "kumpulan Pro Anwar' dan beberapa lagi istilah yang cuba menggambar atau melabelkan para pemimpin PAS jika wujud apa sahaja percanggahan pendapat dan tindakan. Begitu juga kewujudan blog-blog yang seolah-olah digambarkan sebagai kepuak-puakkan yang wujud dalam PAS sehingga tanpa rasa segan silu sanggup memburukkan pimpinan PAS atas dasar politik sempit yang dinaungi oleh individu yang tidak diketahui agenda politiknya.
Saya ingin bertanya kepada seluruh ahli dan pimpinan PAS ini, siapakah sebenarnya dalang disebalik tabir yang cuba mencetuskan isu perbalahan pendapat dikalangan pimpinan PAS ? Adakah individu tersebut benar-benar ahli PAS atau sekadar penyokong sahaja tetapi mempunyai niat dan agenda yang kotor untuk melaga-lagakan kepimpinan PAS ? Apakah sebenarnya matlamat individu tersebut dengan menaungi blog-blog seperti 'anti-husam' tersebut hanya untuk mempamerkan politik yang sempit?
Secara ikhlasnya, saya perhatikan bahawa wujudnya golongan-golongan di dalam mahupun diluar parti PAS ini untuk memecah belahkan keutuhan pimpinan PAS melalui gerakan secara halus dan sistematik demi melihat PAS tidak mampu bersaing dengan seteru politik utamanya iaitu UMNO. Golongan ini memang tidak nampak kerana mereka akan memanfaatkan keseluruhan ruang dan peluang yang ada khususnya segala kelemahan dan kelekaan pimpinan dan ahli PAS bagi meracuni pemikiran ahli PAS agar melihat kepimpinan PAS seolah-oleh wujud politik suku sakat seperti yang sering di war-warkan oleh beberapa kerat individu yang mempunyai agenda tersendiri.
Apakah perbezaan dan percanggahan pendapat atau pandangan dalam sesuatu perkara itu lambang kepada perpecahan? Itu hanyalah gambaran bagi mereka yang berfikiran negatif dan berfahaman politik sempit sahaja. Bagi mereka yang faham apa itu keterbukaan dalam memberi pendapat walaupun ada percanggahan wujud, namun itulah lambang kepelbagaian idea yang perlu diambil serius kerana berkemungkinan mampu menyuntik kekuatan parti walaupun setiap manusia itu rambut sama hitam, namun tiada siapapun yang boleh mempertikaikan bahawa soal hati itu jelas sama sekali berbeza. Yang paling utama pegangan dasar perjungan itu tetap dilandasan yang sama kerana ALLAH SWT.
Moga-moga individu-individu yang sedang bergerak untuk memecah belahkan PAS ini akan diberi balasan yang setimpal oleh ALLAH SWT kerana sifat cemburu dan hasad dengki mereka untuk melihat PAS mampu memerintah negara Malaysia yang tercinta ini.
Takbir !! Allahhu Akhbar..
This entry was posted
on Rabu, 17 September 2008
at 12:51 PG
and is filed under
Analisis Umum
. You can follow any responses to this entry through the
comments feed
.



