Begitulah tenggelam timbulnya spekulasi yang telah dicetuskan oleh DSAI sendiri berkaitan dengan tarikh 16 September sebagai titik permulaan ke arah pembentukan kerajaan baru atas nama Pakatan Rakyat.Namun senario politik yang berlaku selepas DSAI dilaporkan terlibat dalam kes liwat Saiful tersebut, nasib dan kedudukan sebenar DSAI dalam arus politik negara yang sukar dijangka sebenarnya telah mengundang pelbagai reaksi negatif mahupun positif.
Dunia politik negara kini telah banyak tercemar akibat beberapa kerat konspirator yang bersikap mementingkan diri sehingga tidak mempedulikan dosa dan haram dalam tindak tanduk mereka. Akibat berhati syaitan dan bersifat hasad dengki yang tinggi, apa saja cara sanggup dilakukan demi memastikan agenda kotor itu tercapai walaupun melondehkan maruah seseorang itu dikhalayak umum.
DSAI sememangnya wajar diangkat sebagai individu yang berani bertarung di gelanggang yang penuh dengan racun, bom dan jerangkap samar. Ini kerana segala tindak tanduk DSAI yang berani berlawan arus bakal berhadapan dengan 1001 tindakan undang-undang telah meletakkan beliau sebagai seorang pejuang tulen di mata majoriti rakyat selepas pilihanraya yang lalu.
Dengan kehidupan beliau yang penuh dengan hinaan, kejian, umpatan, makian dan fitah tidak sedikitpun melemahkan semengat beliau untuk menunjukkan bahawa kesungguhan beliau dalam melawan kejahatan tersebut.
Jikalau lah DSAI inginkan kedudukan yang rileks dan bersenang lenang, sejak dulu lagi beliau boleh menjadi seorang yang "YES MAN" dengan mengangguk apa saja yang diputuskan oleh orang No.1 negara. Sudah tentu beliau kini boleh menjadi PM dengan jalan yang senang dan selesa tanpa perlu bermukim di penjara sehingga mendapat anugerah 'black eye' di matanya.
Tetapi inilah realiti politik DSAI yang berprinsip "LAWAN TETAP LAWAN" demi meletakkan harapan rakyat yang makmur dan sejahtera dalam agenda utama politik beliau. Jika ada apa-apa agenda lain yang tersembunyi dalam fikiran DSAI, itu antara beliau dengan ALLAH SWT sahaja walaupun mungkin ada suara-suara sumbang mengatakan agenda DSAI ingin memusnahkan kestabilan negara.
Apapun, perjalanan politik DSAI kini semakin berliku dan berduri. Setiap langkah yang dipijak, pasti akan menjerat hayat politik beliau kerana musuh yang ada disekelilingnya sememangnya mencemburui karisma dan perjuangan politik beliau.
Semoga perjalanan politik DSAI tidak tersungkur dipintu penjara buat kali yang ke-2.
This entry was posted
on Isnin, 8 September 2008
at 9:08 PTG
. You can follow any responses to this entry through the
comments feed
.



