Petanda Bahawa PRU-13 Semakin Hampir!!!  

Posted by Alam Fana' in

Nampaknya BN/UMNO kini telah mula mencetuskan beberapa isu yang bersifat umum dengan bantuan media perdana yang dikuasai oleh para pemimpinnya. Isu demi isu terus dimainkan oleh media perdana secara tidak langsung menyerang negeri-negeri yang kini telah dikuasai oleh Pakatan Rakyat.

Bermula di negeri Perak yang telahpun berjaya dirampas oleh BN/UMNO secara tidak bermaruah dan memalukan. Seterusnya mereka cuba menggoyahkan kedudukan negeri Kedah yang diketui oleh Ust Azizan bersama-sama pemimpin Pakatan Rakyat yang lain. Kegagalan BN/UMNO dalam mencapai kemenangan dalam beberapa buah pilihanraya kecil baru baru ini dilihat semakin membuatkan UMNO/BN kepanasan dan terdesak untuk lalukan apa saja demi kemenangan bergaya yang di impikan oleh Najib sendiri pada PRU-13 nanti.

Tatkala gagal meneruskan agenda menjatuhkan negeri kedah. Kini senjata mereka terus ditujukan kepada negeri Selangor yang mana BN/UMNO secara terang terangan mangakui bahawa Selangor adalah negeri yang perlu dimiliki semula oleh BN/UMNO dalam PRU akan datang. Corak isu yang cuba dimainkan oleh BN/UMNO ini semakin hari agak keterlaluan sehingga mengapikan soal perkauman yang boleh mencetuskan rasa tidak puas hati dikalangan rakyat yang kini semakin celik maklumat melalui teknologi ICT.

Kebenciaan yang membuak-buak terhadap Anwar Ibrahim oleh UMNO/BN kini sudah tidak dapat dibendung lagi. Apakah kerana cemburu dengan kejayaan Anwar mewujudkan Pakatan Rakyat sehingga hampir menjatuhkan BN/UMNO dalam pilihanraya yang lalu, kelihatan seluruh jentera BN/UM berkerja keras bagi memastikan Anwar dapat dipadamkan dari buku politik tanah air.

Usaha-usaha ini tidak lain hanyalah UMNO/BN kini takut untuk jatuh dan tidak sanggup tewas. Inilah akibat jika terlalu lama memerintah sehingga terlalu takutkan kepada kejatuhan, maka apa saja senjata akan digunakan untuk memastikan survival politik mereka akan terus kekal hingga ke hari kiamat ?


Wallahua'lam.

This entry was posted on Selasa, 11 Ogos 2009 at 2:37 PG and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan