Bila Zamry Tak Berani Ikut Najib  

Posted by Alam Fana'

Demo 'Bubar Dun Perak' ikut saranan PM - Nizar


Azamin Amin Fri Aug 07, 09 9:31:29 am MYT
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Hrkh) - Siapa yang betul? Perdana Menteri bersedia membenarkan namun Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir pula berpendapat perhimpunan di stadium akan membuatkan rakyat hidup tidak tenteram. Malah tidak cukup dengan itu Zambry dipetik sebagai berkata bahawa permintaan Dewan Pemuda Pas Perak untuk menggunakan Stadium Perak di sini sebagai tempat perhimpunan bagi mendesak agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan adalah bagi memenuhi keseronokan mereka semata-mata.

Kenyataan ini diselar bekas Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar Jamaluddin yang menyatakan bahawa permohonan untuk berhimpun di stadium itu adalah sejajar dengan saranan Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan sedia membenarkan dan menyediakan tempat yang bersesuaian kepada mereka yang mahu berhimpun secara aman, seperti di stadium untuk mengelak daripada berhimpun di jalanan.

klik selanjutnya di bawah :
Kerajaan sedia beri tempat kepada mereka yang mahu berhimpun secara aman - Najib
02/08/2009 3:51pm

MUAR 2 Ogos — Kerajaan bersedia menyediakan tempat yang bersesuaian kepada mereka yang mahu berhimpun secara aman, seperti di stadium untuk mengelak daripada berhimpun di jalanan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini. “Kita boleh bagi mereka stadium, di mana mereka boleh bertempik sampai subuh, tapi janganlah buat kacau di jalanan,” kata Najib mengulas perhimpunan haram anjuran pakatan pembangkang di ibu negara semalam.

klik selanjutnya di bawah :

[Beginilah sikap Zamry yang semakin kalut dan pengecut akibat mengetuai kerajaan 'rampasan' yang jelas tidak disukai oleh majoriti rakyat Malaysia yang diajar tentang erti demokrasi tulen. Kini segalanya tidak kena apabila Najib secara terbuka membenarkan sebarang bentuk perhimpunan asalkan dibuat ditempat yang sesuai seperti di stadium. Dalam hal ini, nampaknya Zamry tidak sependapat dengan Najib. Malah mempersendakan usaha yang cuba dibuat oleh Pas Perak untuk menganjurkan demo 'bubar dun Perak' yang cuba memenuhi syarat & peraturan yang telah dikemukakan oleh PM sendiri. Zamry....Zamry.... apalah nak jadi hang ni]

This entry was posted on Jumaat, 7 Ogos 2009 at 10:39 PTG . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan