Tamparan Hebat Untuk UMNO Pahang  

Posted by Alam Fana'

Dato’ Alimudin Syawal, Ketua Cawangan UMNO Bukit Bendera Mentakab merangkap Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Temerloh telah mengisytiharkan dirinya keluar dari UMNO dan mengumumkan penyertaannya ke dalam Parti Keadilan Rakyat.


Pengumuman itu dibuat oleh beliau sendiri di hadapan Datuk Seri Anwar Ibrahim Sabtu lalu di Mentakab, Pahang.


PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

Utusan Yang Penuh Dengan Fitnah, Hasad Dengki !!  

Posted by Alam Fana'


Nampaknya petanda-petanda pilihanraya umum ke-13 semakin hampir. Akhbar milik UMNO ini semakin hari semakin banyak 'tembakan' yang ditujukan kepada Tok Guru Nik Aziz hanya disebabkan kenyataan beliau terhadap DAP yang menghina Islam. UMNO sememangnya gerun dan pening setiap kali melakukan serangan ke atas Tok Guru Nik Aziz. Mana tidaknya, apa saja yang keluar dari mulut tok guru, pasti akan diputar belit sehabis2nya oleh media perdana yang dimiliki oleh UMNO/BN demi menunjukan merekalah pejuang Islam yang tulen.
Wahai pemimpin UMNO, cerminlah diri ! renunglah diri ! bandingkanlah diri dengan tok guru! Bila Tok Guru ajak berdebat secara terbuka mengenai isu negara Islam, tiada siapapun pemimpin UMNO yang berani tampil. Ali Rustam sendiri pun berani cakap jauh sahaja. Sebab dia sendiri pun tahu bahawa keperibadian yang dia miliki telah tercemar akibat melakukan politik wang dalam pemilihan UMNO yang lalu.
catatan akan menyusul selepas ini....

Khairy Yang Mukanya Tak Malu !!!  

Posted by Alam Fana'

Khairy tidak sedar hujjahnya sudah terbatal
Oleh Ismail Hashim


SHAH ALAM, 15 Ogos: Walaupun sudah dipertikaikan kewajaran cadangannya agar PAS keluar dari kerajaan Pulau Pinang kerana tidak mendapat apa-apa jawatan dalam kerajaan negeri, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin terus menekannya cadangannya itu dalam majlis ceramahnya dekat sini malam tadi. Khairy seakan tidak serik dengan mengulangi kenyataannya agar PAS menarik diri dari Kerajaan Pulau Pinang kerana meskipun terdapat kerusi yang PAS menangi di Permatang Pasir tetapi tidak diberikan jawatan exco kerajaan negeri di bawah DAP.
Selanjutnya klik di bawah :

Satu Malaysia Dah Tahu BN/UMNO Kini Terdesak !!!  

Posted by Alam Fana' in

Isu 'pengkhianat', satu strategi untuk pilihan raya umum?
Mohd Khalil Abdullah Wed Aug 12, 09 11:03:39 am MYT

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Hrkh) - Serangan Umno-Barisan Nasional (BN) sejak akhir-akhir ini melalui media kawalan mereka seolah menampakkan satu strategi halus untuk memberikan imej buruk agar rakyat membenci dan menolak Pakatan Rakyat.

Dan segala perancangan buruk yang sedang dilakukan sekarang seolah menjurus kepada perancangan untuk mengadakan pilihan raya umum bagi menumbangkan Pakatan Rakyat serta merampas kembali negeri-negeri yang terlepas daripada tangan BN sebelum ini.

Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK),Shamsul Iskandar Mohd Akin,pihaknya memandang serius akan trend media-media arus perdana yang begitu serius memainkan isu 'Pengkhianat Melayu' mutakhir ini.

"Pandangan dan komentar pimpinan-pimpinan Umno khususnya disebar luas melalui media-media cetak dan elektronik yang jelas bertujuan untuk memberikan impak negatif ke atas imej Ketua Umum KEADILAN, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat secara umumnya.
Selanjutnya, klik di harakahdaily.net

Petanda Bahawa PRU-13 Semakin Hampir!!!  

Posted by Alam Fana' in

Nampaknya BN/UMNO kini telah mula mencetuskan beberapa isu yang bersifat umum dengan bantuan media perdana yang dikuasai oleh para pemimpinnya. Isu demi isu terus dimainkan oleh media perdana secara tidak langsung menyerang negeri-negeri yang kini telah dikuasai oleh Pakatan Rakyat.

Bermula di negeri Perak yang telahpun berjaya dirampas oleh BN/UMNO secara tidak bermaruah dan memalukan. Seterusnya mereka cuba menggoyahkan kedudukan negeri Kedah yang diketui oleh Ust Azizan bersama-sama pemimpin Pakatan Rakyat yang lain. Kegagalan BN/UMNO dalam mencapai kemenangan dalam beberapa buah pilihanraya kecil baru baru ini dilihat semakin membuatkan UMNO/BN kepanasan dan terdesak untuk lalukan apa saja demi kemenangan bergaya yang di impikan oleh Najib sendiri pada PRU-13 nanti.

Tatkala gagal meneruskan agenda menjatuhkan negeri kedah. Kini senjata mereka terus ditujukan kepada negeri Selangor yang mana BN/UMNO secara terang terangan mangakui bahawa Selangor adalah negeri yang perlu dimiliki semula oleh BN/UMNO dalam PRU akan datang. Corak isu yang cuba dimainkan oleh BN/UMNO ini semakin hari agak keterlaluan sehingga mengapikan soal perkauman yang boleh mencetuskan rasa tidak puas hati dikalangan rakyat yang kini semakin celik maklumat melalui teknologi ICT.

Kebenciaan yang membuak-buak terhadap Anwar Ibrahim oleh UMNO/BN kini sudah tidak dapat dibendung lagi. Apakah kerana cemburu dengan kejayaan Anwar mewujudkan Pakatan Rakyat sehingga hampir menjatuhkan BN/UMNO dalam pilihanraya yang lalu, kelihatan seluruh jentera BN/UM berkerja keras bagi memastikan Anwar dapat dipadamkan dari buku politik tanah air.

Usaha-usaha ini tidak lain hanyalah UMNO/BN kini takut untuk jatuh dan tidak sanggup tewas. Inilah akibat jika terlalu lama memerintah sehingga terlalu takutkan kepada kejatuhan, maka apa saja senjata akan digunakan untuk memastikan survival politik mereka akan terus kekal hingga ke hari kiamat ?


Wallahua'lam.

Siapa pulak pengkhianat tanah melayu di Johor?  

Posted by Alam Fana'

'Tengoklah berapa ratus juta pula Anwar mahu saman'


PERTH 8 Ogos - UMNO Johor akan menganjurkan perhimpunan besar-besaran dalam waktu terdekat untuk melaungkan perkataan 'pengkhianat' ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim agar ketua pembangkang itu mengambil tindakan saman 'beratus-ratus juta ringgit' terhadap peserta perhimpunan.


Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Adam Hamid berkata, pihaknya percaya puluhan ribu ahli UMNO negeri akan menyertai perhimpunan yang dirancang diadakan di Padang Merdeka Batu Pahat.
''Di situ nanti, puluhan ribu orang akan menjerit melaung-laungkan perkataan pengkhianat terhadap Anwar.
''Dan tengoklah dia nak saman berapa ratus juta pula," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Adam berada di sini kerana menyertai lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selama lima hari ke Australia.
Beliau mengulas ketegasan Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO yang tidak akan memohon maaf atau menarik balik kenyataannya ke atas Anwar walaupun pemimpin pembangkang itu bakal mengambil tindakan saman RM100 juta ke atasnya dan Utusan Malaysia.

Ia berikutan tindakan Ketua UMNO Bahagian Pagoh itu menggelar Anwar sebagai pengkhianat perjuangan orang Melayu ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading, Ahad lalu.
Ketegasan Muhyiddin itu turut mendapat sokongan padu daripada badan bukan kerajaan Melayu.
Adam yang percaya tindakan saman oleh Anwar itu bertujuan untuk mengalih perhatian rakyat terhadap kes liwatnya turut mempersoalkan keikhlasan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bercakap mengenai kebebasan dan demokrasi.
''Dalam hal ini, saya yakin kalau pakatan pembangkang perintah, ia akan menjadi seperti PAP di Singapura.

''Di Singapura, PAP perintah, parti pembangkangnya tidak ada suara berbeza seperti yang BN (Barisan Nasional) amalkan di Malaysia," jelasnya.
Katanya, Anwar sebelum ini telah bertindak menyaman banyak pihak tetapi hakikatnya apa yang ditakuti beliau adalah kes liwat yang sedang dihadapinya.
''Justeru, UMNO mesti bangkit bukan sahaja untuk mempertahankan pemimpinnya tetapi maruah UMNO itu sendiri.

''Dan Anwar bukan seorang negarawan berikutan tindakannya membenarkan demonstrasi jalanan. Pada saya, tidak tergamak seseorang itu pergi berlindung di Kedutaan Turki semata-mata mahu menggambarkan keadaan di Malaysia tidak selamat. Kalau dia negarawan sejati, dia tidak akan berbuat demikian," katanya. - MinGguan

Link :

[ Beginilah budaya Umno yang tak habis-habis 'angguk2' 'ampu2' & 'geleng2' terhadap apa jua kenyataan yang keluar dari mulut pemimpinnya. Apapun sebelum ingin menuding jari kepada Anwar sebagai pengkhianat melayu, cuba tanya pada orang2 melayu di johor, berapa ramaikan yang memiliki rumah2 banglow di tanah johor? berapa ramaikah tanah milik melayu di bumi Johor? berapa ramaikah orang melayu yang memiliki lot2 bangunan yang berdiri megah di bandaraya johor bahru? Berapa ramaikah orang melayu memiliki aset2 bernilai di sekitar kawasan projek koridor selatan tanah air? Jika ianya semakin berkurangan di bawah pegangan melayu, maka bolehkah kita nyatakan bahawa UMNO sebenarnya pengkhianat bangsa melayu? rasanya rakyat johor sendiri dapat melihat sendiri realiti Melayu di bumi Johor Bahru. Apalah sangat nak dibanggakan jikalau hanya memiliki tanah yang merupakan harta pusaka turun temurun. Nak harapkan beli aset hartanah baru, kalau ada pun boleh dikira dengan jari aje la. Ada projek koridor selatan pun, UMNO yang kononnya dilihat anti-singapura tetapi dalam diam banyak kepentingan2 dalam pelaburan tersebut dimilki oleh orang luar. Contoh yang paling mudah, BERNAS pun UMNO boleh terlepas pandang terhadap penguasaan pihak asing yang mampu menggugat kesetabilan beras negara. UMNO2....renung2lah ke dalam diri dahulu sebelum menuding jari kepada orang lain. ]

Lencana Yang Patut Diberi Kepada UMNO  

Posted by Alam Fana' in

Berdemonstrasi untuk menyuarakan pandangan bukanlah kaedah yang wajar dan ia bertentangan dengan keputusan BN dan Perdana Menteri, kata pemangku presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon.

Dalam satu kenyataannya hari ini, Koh berkata demonstrasi anjuran pemimpin dan penyokong Umno di Komtar semalam tidak bersesuaian dalam masyarakat majmuk.

Kira-kira 1,000 penyokong Umno menghadiri perhimpunan tersebut, yang ketuai antaranya oleh setiausaha perhubungan Umno negeri Datuk Azhar Ibrahim, selama satu jam.
Turut berucap di demonstrasi itu: bekas timbalan ketua menteri Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah, wakil rakyat Sungai Dua - Datuk Jasmin Mohamed, dan ketua bahagian Bukit Mertajam - Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Mereka berkumpul di kaki bangunan Komtar sebagai membantah kenyataan ketua menteri baru Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang ingin memansuhkan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah membiakkan amalan rasuah dan pilih kasih.
Bersama beberapa sepanduk, kumpulan itu melaungkan slogan-slogan, antaranya “Jangan pinggirkan Melayu” dan “Jangan hapuskan DEB”.
Koh berkata, walaupun demonstrasi itu hak semua individu untuk meluahkan perasaan tetapi ia haruslah dimanfaatkan dengan baik agar tidak meningkatkan lagi ketegangan atau konflik antara kaum.

“Kebebasan berhimpun harus digunakan dengan matang dan berkesan,” katanya.“Selain demonstrasi jalanan, menganjurkan forum dan seminar, menghantar memorandum dengan cadangan konkrit, disokongan dengan fakta dan perangkaan, menjadi pendekatan yang lebih berhasil ke arah menyelesaikan sesuatu isu, termasuk langkah-langkah memperbaiki status sosio-ekonomi sesuatu kumpulan atau masyarakat yang terpinggir.”

[ Buat pengunjung2, kenapa murugiah tak buat pelancaran untuk mengedarkan lencana tu. kalau buat pelancaran, kan elok pakaikan dahulu pada Najib & Muhyidin. Lepas tu pakaikan kepada Khairy...baru MANTOP !! ]