Konsert Avril : Mahasiswa UiTM Diam Sajakah ???  

Posted by Alam Fana' in

Masih teringat lagi aksi demonstrasi oleh mahasiswa UiTM kononnya membantah pandangan yang dikemukakan oleh Tan Sri Khalid, MB Selangor untuk membuka kuota 10% kepada bukan bumiputera di universiti tersebut. Maka seluruh pelusuk cawangan UiTM yang ada menunjukkan semangat bumiputeranya dan kemelayuannya dengan keluar berarak beramai-ramai hanya semata-mata cadangan tersebut sahaja.
Barisan MPP UiTM juga tidak ketinggalan menunjukkan jaguhnya dengan menyatakan bantahan terhadap Tan Sri Khalid akibat mengancam dan menggugat keistimewaan bangsa melayu di institusi pengajian tersebut.
Kini Isu Konsert Avril yang sepatutnya seluruh mahasiswa UiTM kembali melakukan demo untuk membantah penganjuran konsert tersebut yang jelas akan mencemarkan moral bangsa melayu serta lebih teruk lagi bakal merosakkan moral muda mudi yang menjadikan artis tersebut sebagai idola mereka. Penganjuran konsert yang menghampiri dengan kedatangan bulan ramadhan pula boleh mencemarkan kesucian jiwa muda mudi yang kini semakin tandus dan gersang dengan iman dan taqwa.
Di sinilah sepatutnya mahasiswa UiTM melakukan demo besar besaran kerana implikasi konsert tersebut akan mengundang keruntuhan moral dan akhlak khususnya golongan muda mudi berbangsa melayu beragama Islam. Tetapi agak-agaknya mahasiswa UiTM pun mengokong penganjuran konsert tersebut kerana mereka pun tidak mahu melepaskan peluang untuk mendekati artis pujaan di depan mata.
Inilah masalahnya, sensitiviti mahasiswa UiTM yang tidak tulen dalam memperjuangkan kecemerlangan bangsa dan kesucian agama.

Benarkah BN tidak langsung terjejas ????  

Posted by Alam Fana' in



Oleh LUQMAN HAZIQ dan SAHBULAH DARWI


JOHOR BAHRU 27 Ogos - Kekuatan Barisan Nasional (BN) di semua peringkat tidak sekali-kali terjejas ekoran kemenangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh semalam, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Perdana Menteri menegaskan, walaupun kekalahan calon BN adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian, namun ia bukan sampai ke suatu tahap yang membimbangkan kerana kemenangan PKR tidak boleh diterjemahkan sebagai sesuatu yang akan berlaku di kawasan Parlimen lain.
“Ini adalah satu pilihan raya kecil yang tidak boleh diterjemahkan sebagai sesuatu yang akan berlaku di kawasan Parlimen lain.
“Sekarang BN ada 140 kerusi Parlimen dan ini adalah kerusi yang kita menang pada pilihan raya umum lalu. Maka, saya percaya kita masih boleh mempertahankan parti kita dan meneruskan kerajaan.
“Kemenangan (pembangkang) atas satu kerusi itu tidak memberi kesan, kerana BN hanya kekurangan lapan kerusi untuk mendapat dua pertiga majoriti di Parlimen,” katanya.


Dipetik dari Utusan Online


Kenyataan Pak Lah yang dipetik dari akhbar utusan online tersebut jelas tidak menggusarkan fikirannnya langsung walaupun BN khususnya UMNO tewas dengan majoriti yang memalukan dalam pilihanraya tersebut.Kenyataan tersebut jelas bercanggah dengan pandangan yang dikemukakan oleh Muhiydin, Naib Presiden UMNO yang mencadangkan kepada MT UMNO agar mengambil serius tentang punca kekalahan tersebut.

Begitu juga dengan kenyataan Tun Mahathir yang menampakkan kerisauan akibat kekelahan demi kekalahan yang dialami oleh BN/UMNO. Walaupun Tun Mahathir berpendapat kemenangan Anwar bukanlah disebabkan kawasan tersebut, namun sentimen kebencian rakyat terhadap kerajaan BN/UMNO kini telah tidak dapat dibendung lagi akibat tindakan orang No.1 BN/Umno yang tidak pernah mengambil serius dalam apajua isu yang berlaku samada melibatkan dalaman UMNO mahupun BN.

Kenyataan Pak Lah tersebut menampakkan bahawa beliau masih lagi tidak sedar dengan reaksi penolakan rakyat terhadap kerajaan yang dipimpinnya. Bak kata Tun Mahathir, Pak Lah ni jenis memekakan telinga dan memejamkan mata walaupun kepeutusan pilihanraya umum yang lalu telah menyebabkan BN/UMNO kecundang dengan keadaan yang memalukan.

Sebenarnya, kenyataan Pak Lah tersebut telah membuatkan para pemimpin UMNO makin pening kepala kerana sikap acuh tak acuh Pak Lah ini akan menyebabkan peluang Pakatan Rakyat untuk mengambil kerajaan menjelang pertengahan September ini semakin cerah walaupun ada usaha-usaha untuk menghalang Anwar dari mencapai sasaran tersebut.

Bila Pak Lah kata BN tak terjejas, rasanya eloklah para MP BN yang terdiri daripada UMNO,MIC,MCA,Gerakan,Sabah dan Sarawak memasang angan-angan untuk turut serta menyeberang ke Kapal Pakatan Rakyat bagi menunjukkan hakikatnya BN/UMNO kini kian diambang kemusnahan akibat daripada sikap ketuanya yang tidak cakna.

KEPUTUSAN RASMI PILIHANRAYA BAGI PARLIMEN PERMATANG PAUH  

Posted by Alam Fana'

Keputusan Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh
26/08/2008 10:28pm

KEPUTUSAN/RESULTS - PULAU PINANG P44:PERMATANG PAUH:PP:58,459

1.Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) 31,195 undi.

2.Hanafi Mamat (AKIM) 92 undi.

3.Datuk Arif Shah Omar Shah (BN)15,524 undi.

Jumlah mengundi/Votes cast 38,144Peratus/Percentage 65.25 peratus
Undi rosak/Spoilt votes 447 undi

Majoriti/Majority 15,671 undi.

Penyandang/Incumbent:Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail(PKR)Undi diperolehi/Votes Polled:2008:30,348Majoriti/Majority:13,398
— Bernama
Sumber dipetik daripada Utusan Online

Keputusan Setakat Ini !! Permatang Pauh Dalam Cengkaman Anwar!  

Posted by Alam Fana' in

Keputusan pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh setakat ini telah memihak kepada calon daripada PKR iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim dengan jumlah majoriti yang agak besar. Pencapaian ini boleh disifatkan sebagai satu kemenangan moral bergaya khusus buat Dato Seri Anwar yang selama ini dihamburkan dengan pelbagai fitnah yang dasyat dalam memastikan karier politik beliau akan hancur berkecai. Namun apa yang berlaku kini adalah sebaliknya dan sudah pasti satu berita yang menyedihkan buat BN/Umno terhadap keputusan yang telah diperolehi oleh PKR.

Berdasarkan sumber yang dipetik daripada Harakahdaily adalah seperti berikut :

Anwar Ibrahim menang besar, majoriti lebih 17,000
Intan, Nuha, Sabri, Nyza, Irwan & Nazru Foto Nasir Sudin2008-08-26 21:35:01

TERKINI! PERMATANG PAUH, 26 Ogos (Hrkh) - Keputusan tidak rasmi yang diterima adalah Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim menang sebanyak 31,949 undi
Sumber daripada Berita Harian Online :

Anwar dahului pilihan raya kecil Permatang Pauh

BUKIT MERTAJAM: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendahului calon Barisan Nasional (BN) dan calon Angkatan Keadilan Rakyat (Akim) ketika pengiraan undi bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh masih berlangsung malam ini. Pengiraan awal setakat 9 malam menunjukkan Anwar mendahului dengan kelebihan 12,912 undi setelah memperoleh 23,674 undi berbanding calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah 10,762 undi dan calon Akim Hanafi Mamat (72).

Sumber daripada Utusan Online :


26/08/2008 10:08pm

BUKIT MERTAJAM 26 Ogos — Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memperoleh kelebihan 15,671 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN) dan Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) setakat pukul 9.45 malam semasa pengiraan undi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh hari ini.
Anwar memperoleh sejumlah 31,195 undi berbanding calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah 15,524 undi dan calon Akim Hanafi Mamat (92).
Keputusan rasmi dijangka diumumkan selepas pukul 10 malam di Dewan Aminuddin Baki, Institut Perguruan Tuanku Bainun di sini.
Seramai 38,144 atau 65.45 peratus daripada 58,459 pemilih berdaftar bagi kawasan Parlimen Permatang Pauh keluar mengundi sehingga pusat mengundi tutup pada pukul 5 petang. - Bernama

Sumber daripada Malaysiakini :
9.47 malam: Keputusan rasmi, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat majoriti 15,671 undi.Sumber Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan, penasihat PKR mendapat 31,195 undi, manakala calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah meraih 15,524 undi.Sementara calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Hanafi Mamat memperolehi 92 undi sahaja dan hilang wang pertaruhan.

Berdasarkan sumber yang dipetik daripada beberapa akhbar online tersebut maka dengan ini SAH bahawa Parlimen Permatang Pauh milik Dato' Seri Anwar Ibrahim!!!

Apakah langkah yang seterusnya akan dilakukan oleh musuh-musuh politik DSAI bagi memastikan beliau akan terus dilanyak sehingga lunyai.......

Patah sayap, bertongkatkan paruh !!!

Reformasi ! Remormasi ! Remormasi !

Takbir ! Allahhu Akhbar !!!!

Sumpah : Apakah Mereka Tidak Menghormati Mahkamah Syariah  

Posted by Alam Fana' in

Isu sumpah atau soal mubahalah ini sebenarnya sudahpun jelas tentang aspek dan prosedur yang dituntut dalam agama Islam. Cuma kekalutan isu sumpah pada hari ini adalah berpunca daripada mereka-mereka yang tidak faham tentang tatacara sumpah yang sebenar menurut lunas-lunas syariat Islam. Malah besar kemungkinan mereka faham tetapi terdapat unsur-unsur politik dalam memastikan pihak yang dituduh itu benar-benar disabitkan kesalahan hanya kerana tidak mengikuti jejak langkah pihak yang telahpun bersumpah.

Soalnya sekarang, kita ada sistem perundangan dan kehakiman yang diakui serta diiktiraf oleh majoriti rakyat Malaysia dalam mengadili sesuatu kes. Kita juga ada sebuah badan khas yang boleh menyiasat apa saja kes yang dilapor ataupun diadukan iaitu pihak PDRM. Apabila sesuatu kes ataupun perkara telahpun diadukan, dilaporkan atau diserahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan mengadilinya, maka mengapa perlu terburu-buru untuk membuktikan bahawa kes liwat tersebut benar-benar berlaku seolah-olah pendakwaan yang dilakukan oleh mahkamah serta penyiasatan yang dilakukan oleh pihak polis tidak diterima dengan sabar menanti proses tersebut dijalankan.

Di sinilah menampakkan wujudkan unsur-unsur penghinaan terhadap mahkamah dan sistem perundangan negara dengan mendahului perbuatan sumpah yang kononnya sumpah 'tulen' menurut Islam sedangkan siasatan masih lagi berjalan dalam mendapatkan bukti-bukti berkaitan dakwaan liwat tersebut.

Keengganan bersumpah oleh Dato Seri Anwar Ibrahim ada wajarnya berdasarkan alasan bahawa kes tersebut telah diserahkan kepada pihak mahkamah dan biarlah mereka mengemukakan bukti-bukti yang kononnya jika benar beliau ada meliwat Saiful seperti yang didakwanya. Bukan tidak mahu bersumpah atau takut bersumpah, cuma Dato' Seri Anwar mengambil sikap menghormati pihak yang bertanggungjawab dalam mengadili kes tersebut. Jika sudah tiada lagi pilihan untuk membuktikan bahawa beliau tidak bersalah, pastinya sumpah itu akan dilakukan sebagai bukti penyerahan kepada ALLAH SWT selaku tuhan pentadbir sekelian alam yang Maha Mengetahui akan sesuatu perkara yang berlaku.
Kesimpulanya, jika penuduh tersebut telah menyerahkan siasatan dan pendakwaan kepada pihak yang berkenaan, biarlah sahaja mereka menyesaikan kes tersebut sehingga dibuktikan kebenaran adan sebaliknya kes tersebut. Hormatilah mahkamah walaupun tidak sabar-sabar untuk menegakkan kebenaran, namun proses perundangan negera mesti dihormati.

Untuk Dato' Seri Anwar, jika benar kamu tidak melakukannya, Insyallah....teruskan perjungan dan langkahmu dalam memastikan agenda ekonomi baru negara benar-benar dilaksanakan berlandaskan semangat perpaduan antara kaum yang erat disamping menghormati dasar perjuangan setiap parti dalam pakatan rakyat.

Buat seluruh musuh Dato' Seri Anwar, serahkanlah segala bukti-bukti kepada pihak polis ataupun mahkamah jika benar Dato' Seri Anwar melakukan apa saja perkara yang bertentangan dengan nilai moral dan penyelewengan demi memuaskan hati untuk menghalang beliau daripada mencapai cita-cita untuk menawan PUTRAJAYA.

Tanggal 26 Ogos 2008, sejarah akan terpahat di bumi permatang pauh akan sesiapa yang bakal berjaya menawan kerusi tersebut.....Mungkinkah calon BN ataupun calon PKR dengan majoriti yang lebih besar??? kita tunggu dan lihat....

Najib Tak Tengok Saiful Bersumpah Ke???  

Posted by Alam Fana'


NAJIB Tun Razak bersalaman dengan penduduk Kampung Permatang Rawa di Bukit Mertajam, semalam.

BUKIT MERTAJAM 17 Ogos - Pas kini mula curiga dan sangsi dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sehinggakan ada cakap-cakap adalah lebih baik Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi sendiri menjadi Perdana Menteri.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini menunjukkan belum ada jaminan bahawa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri seperti yang diuar-uarkannya sebelum ini.

"Pas telah mula sangsi dengan PKR. Jika dilihat di Permatang Pauh, mana ada bilik gerakan Pas.
"Malah dalam muktamar Pas, ada bunyi-bunyi (Abdul) Hadi lebih baik jadi Perdana Menteri, jadi belum ada jaminan Anwar akan jadi Perdana Menteri.

"Kalau 30 Ahli Parlimen BN lompat, baru Anwar jadi Perdana Menteri, itu pun kalau Pas setuju," kata Najib ketika berucap pada majlis mesra rakyat di bilik gerakan Barisan Nasional (BN) di Permatang Janggus di sini hari ini.

Pada sidang akhbar kemudian, Najib berkata, BN tidak mengeksploitasi kes liwat melibatkan Anwar dan bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan kerana ia adalah perkara peribadi di antara kedua-duanya.

"Tindakan (Mohd) Saiful bersumpah itu akan menimbulkan perdebatan terutama di kalangan ahli BN dan parti politik lain.
"Ia bergantung kepada parti politik mana yang disokong," katanya.
Sementara itu, malam ini, mengulas mengenai sumpah yang dilakukan oleh Mohd. Saiful, Timbalan Perdana Menteri berkata, semua pihak patut menghormatinya kerana langkah yang diambil itu adalah bertujuan untuk membela dirinya.

"Proses angkat sumpah itu ditentukan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan dilakukan selepas solat Asar, di sebelah mimbar sambil menjunjung al-Quran.

"Jadi siapa kata proses itu tidak betul? Sebenarnya ada orang yang menggelabah dan terdesak sehingga masuk ke kedutaan asing," katanya.
Komen:
Ni kenyataan Najib tentang proses angkat sumpah Saiful baru-baru ni, dia tak tengok tv ke waktu proses angkat sumpah tu? Kan jelas terang lagi bersuluh Saiful tu pegang je al-Quran tu dengan tangan kiri, bukan menjunjung al-Quran tu. Pening la najib ni...aduhh...tengokla gambar bawah ni....

Bersumpah dengan memegang al-Quran ditangan kiri?  

Posted by Alam Fana' in



Satu keberanian yang cuba dipamerkan oleh Saiful berhubung isu dakwaan Liwat yang dilakukan oleh DSAI ke atasnya. Apapun satu tepukan buat Saiful yang bersungguh-sungguh ingin membuktikan dakwaan tersebut walaupun siasat polis dan proses perundangan di mahkamah masih belum selesai.
Dari segi kehebatannya, sudah tentu ramai orang akan kagum dengan tindakan yang telah dilakukan oleh Saiful ini disaat Isu tersebut terus dipermain-mainkan oleh pihak media yang dibelakangi oleh kerajaan BN/UMNO. Namun apakah kita lupa bahawa kes dakwaan liwat tersebut telahpun diserahkan kepada pihak polis dan mahkamah serta turut dilaporkan ke mahkamah syariah.
Jika benarpun Saiful tidak merelakan dirinya diperlakukan perbuatan tersebut oleh DSAI, kenapa tidak sabar menanti proses perundangan yang membolehkan beliau mengemukakan bukti sehabis-habisnya untuk memastikan DSAI meringkuk dalam penjara buat selama-lamanya?
Akibat tindakan terburu-buru Saiful itu, telah wujud percanggahan tuduhan dimana sebelum ini beliau medakwa diliwat secara suka sama suka dan kini dakwaan terbaru beliau pula dilakukan tanpa kerelaan. Apapun perbuatan Saiful ini, seluruh rakyat Malaysia perlu tidak terburu-buru dengan menghukum DSAI tanpa keputusan daripada Mahkamah yang kita hormati.
Dalam isu bersumpah pula, TG Nik Aziz yang mempertikaikan cara sumpah Saiful tersebut ada wajarnya juga. Namun tidak kurang juga ada yang bersetuju dengan cara sumpah Saiful walaupun umu mengetahui pokok isunya adalah untuk memastikan DSAI tidak berada diarena politik tanah air.
Bagi rakyat Malaysia yang berfikiran rasional dan matang dalam isu-isu begini, sudah pasti dapat menilai dalam setiap tingkah perbuatan dan bicara antara dua insan iaitu DSAI mahupun Saiful. Tidak perlulah kita terlalu cepat menghukum tanpa usul periksa tanpa bukti-bukti yang konkrit.
Tentang cara bersumpah saiful, TG Nik Aziz telah mempertikai cara saiful bersumpah memegang al-Quran dan septutnya meletakan di atas kepala. Saya juga ingin bertanya, bolehkah pula bersumpah dengan memegang al-Quran di tangan KIRI ???
WALLAHUA'LAM

Apa rasionalnya mahasiswa UiTM berdemonstrasi?  

Posted by Alam Fana'


Sekali fikir, hebat jugak mahasiswa UiTM ni berdemonstrasi disebabkan isu kenyataan Tan Sri Khalid MB Selangor yang baru MENCADANGKAN untuk membuka kouta pelajar 10% kepada bukan bumiputera. Namun CADANGAN itu terus dipertikaikan tanpa hujah yang bernas dan rasional sehingga timbul isu-isu lain yang takde kena mengena dengan isu pokok tersebut.


Ada beberapa persoalan yang sepatutnya dijawab oleh Mahasiswa tersebut sebelum suka-suka pergi menyertai tunjuk perasaan seolah-oleh Tan Sri Khalid macam Perdana Menteri yang ada kuasa untuk melaksanakan cadangan tersebut.


1. Mahasiswa UiTM nak perjuangkan soal bangsa Melayu, kenapa tak dibangkitkan soal BAHASA MELAYU yang kini kerajaan dibawah pimpinan UMNO/BN telah menukar kepada BAHASA MELAYSIA?


2. Mahasiswa UiTM nak perjuangan soal bangsa Melayu, kenapa tak buat demo tentang masalah keruntuhan ahklak muda mudi bangsa Melayu yang kini semakin parah ?


3. Mahasiswa UiTM nak perjuangkan bangsa Melayu, kenapa tak sebut soal rasuah yang terlalu membarah dalam kerajaan yang dipimpin parti Melayu UMNO/BN ?


4. Mahasiswa UiTM nak perjuangkan bangsa Melayu, kenapa tak ungkit soal masalah ekonomi bangsa Melayu yang ketika ini ramai yang berada dibawah garis kemiskinan?


5. Mahasiswa UiTM nak perjuangkan bangsa Melayu, kenapa ramai dikalangan mahasiswa UiTM sendiri tiada lagi identiti dan personaliti kemelayuan dan hanyut dengan gaya hidup yang kebaratan? Yang kemelayuan ada tapi sedikit je.


6. Mahasiswa UiTM nak perjuangkan bangsa Melayu, kenapa soal Islam dicaci, dihina dan diperlekehkan tidak pula berani disuarakan sedangkan agama lebih mengatasi dari bangsa?


Banyak lagi perkara yang ingin ditanyakan, namun apa yang diutarakan pun sudah memadai buat para mahasiswa UiTM cuba fikir sejenak. Harus diingat bahawa Tan Sri Khalid bukannya Perdana Menteri, dia hanyalah seorang Menteri Besar dibawah negeri yang diperintah oleh pembangkang. Sepatutnya pandangan dan cadangan Tan Sri Khalid tersebut patut diperbahaskan secara ilmiah dan intelek oleh mahasiswa yang cintakan ilmu. Bukannya mengikut arahan dua tiga orang pihak atasan UiTM sendiri untuk mengambil kesempatan atas isu tersebut.


Apapun syabas dan tahniah konon2nya berani menunjuk perasaan mereka secara tergopoh gapah tanpa memperbahasakan dahulu apa jua isu. Di sinilah menunjukkan mentaliti mahasiswa UiTM yang cuba ingin menunjukkan rasa peka soal bangsa melayu tapi tak sedar bahawa prestasi akademik mahasiswa UiTM pun tidak sehebat mana.


Negera Kita Berbilang Kaum, Kekalkan Keharmonian dan Perpaduan Antara Kaum.