Isu sumpah atau soal mubahalah ini sebenarnya sudahpun jelas tentang aspek dan prosedur yang dituntut dalam agama Islam. Cuma kekalutan isu sumpah pada hari ini adalah berpunca daripada mereka-mereka yang tidak faham tentang tatacara sumpah yang sebenar menurut lunas-lunas syariat Islam. Malah besar kemungkinan mereka faham tetapi terdapat unsur-unsur politik dalam memastikan pihak yang dituduh itu benar-benar disabitkan kesalahan hanya kerana tidak mengikuti jejak langkah pihak yang telahpun bersumpah.Soalnya sekarang, kita ada sistem perundangan dan kehakiman yang diakui serta diiktiraf oleh majoriti rakyat Malaysia dalam mengadili sesuatu kes. Kita juga ada sebuah badan khas yang boleh menyiasat apa saja kes yang dilapor ataupun diadukan iaitu pihak PDRM. Apabila sesuatu kes ataupun perkara telahpun diadukan, dilaporkan atau diserahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan mengadilinya, maka mengapa perlu terburu-buru untuk membuktikan bahawa kes liwat tersebut benar-benar berlaku seolah-olah pendakwaan yang dilakukan oleh mahkamah serta penyiasatan yang dilakukan oleh pihak polis tidak diterima dengan sabar menanti proses tersebut dijalankan.
Di sinilah menampakkan wujudkan unsur-unsur penghinaan terhadap mahkamah dan sistem perundangan negara dengan mendahului perbuatan sumpah yang kononnya sumpah 'tulen' menurut Islam sedangkan siasatan masih lagi berjalan dalam mendapatkan bukti-bukti berkaitan dakwaan liwat tersebut.
Keengganan bersumpah oleh Dato Seri Anwar Ibrahim ada wajarnya berdasarkan alasan bahawa kes tersebut telah diserahkan kepada pihak mahkamah dan biarlah mereka mengemukakan bukti-bukti yang kononnya jika benar beliau ada meliwat Saiful seperti yang didakwanya. Bukan tidak mahu bersumpah atau takut bersumpah, cuma Dato' Seri Anwar mengambil sikap menghormati pihak yang bertanggungjawab dalam mengadili kes tersebut. Jika sudah tiada lagi pilihan untuk membuktikan bahawa beliau tidak bersalah, pastinya sumpah itu akan dilakukan sebagai bukti penyerahan kepada ALLAH SWT selaku tuhan pentadbir sekelian alam yang Maha Mengetahui akan sesuatu perkara yang berlaku.
Kesimpulanya, jika penuduh tersebut telah menyerahkan siasatan dan pendakwaan kepada pihak yang berkenaan, biarlah sahaja mereka menyesaikan kes tersebut sehingga dibuktikan kebenaran adan sebaliknya kes tersebut. Hormatilah mahkamah walaupun tidak sabar-sabar untuk menegakkan kebenaran, namun proses perundangan negera mesti dihormati.
Untuk Dato' Seri Anwar, jika benar kamu tidak melakukannya, Insyallah....teruskan perjungan dan langkahmu dalam memastikan agenda ekonomi baru negara benar-benar dilaksanakan berlandaskan semangat perpaduan antara kaum yang erat disamping menghormati dasar perjuangan setiap parti dalam pakatan rakyat.
Buat seluruh musuh Dato' Seri Anwar, serahkanlah segala bukti-bukti kepada pihak polis ataupun mahkamah jika benar Dato' Seri Anwar melakukan apa saja perkara yang bertentangan dengan nilai moral dan penyelewengan demi memuaskan hati untuk menghalang beliau daripada mencapai cita-cita untuk menawan PUTRAJAYA.
Tanggal 26 Ogos 2008, sejarah akan terpahat di bumi permatang pauh akan sesiapa yang bakal berjaya menawan kerusi tersebut.....Mungkinkah calon BN ataupun calon PKR dengan majoriti yang lebih besar??? kita tunggu dan lihat....
This entry was posted
on Selasa, 26 Ogos 2008
at 2:44 PG
and is filed under
Permatang Pauh
. You can follow any responses to this entry through the
comments feed
.



