Apa rasionalnya mahasiswa UiTM berdemonstrasi?  

Posted by Alam Fana'


Sekali fikir, hebat jugak mahasiswa UiTM ni berdemonstrasi disebabkan isu kenyataan Tan Sri Khalid MB Selangor yang baru MENCADANGKAN untuk membuka kouta pelajar 10% kepada bukan bumiputera. Namun CADANGAN itu terus dipertikaikan tanpa hujah yang bernas dan rasional sehingga timbul isu-isu lain yang takde kena mengena dengan isu pokok tersebut.


Ada beberapa persoalan yang sepatutnya dijawab oleh Mahasiswa tersebut sebelum suka-suka pergi menyertai tunjuk perasaan seolah-oleh Tan Sri Khalid macam Perdana Menteri yang ada kuasa untuk melaksanakan cadangan tersebut.


1. Mahasiswa UiTM nak perjuangkan soal bangsa Melayu, kenapa tak dibangkitkan soal BAHASA MELAYU yang kini kerajaan dibawah pimpinan UMNO/BN telah menukar kepada BAHASA MELAYSIA?


2. Mahasiswa UiTM nak perjuangan soal bangsa Melayu, kenapa tak buat demo tentang masalah keruntuhan ahklak muda mudi bangsa Melayu yang kini semakin parah ?


3. Mahasiswa UiTM nak perjuangkan bangsa Melayu, kenapa tak sebut soal rasuah yang terlalu membarah dalam kerajaan yang dipimpin parti Melayu UMNO/BN ?


4. Mahasiswa UiTM nak perjuangkan bangsa Melayu, kenapa tak ungkit soal masalah ekonomi bangsa Melayu yang ketika ini ramai yang berada dibawah garis kemiskinan?


5. Mahasiswa UiTM nak perjuangkan bangsa Melayu, kenapa ramai dikalangan mahasiswa UiTM sendiri tiada lagi identiti dan personaliti kemelayuan dan hanyut dengan gaya hidup yang kebaratan? Yang kemelayuan ada tapi sedikit je.


6. Mahasiswa UiTM nak perjuangkan bangsa Melayu, kenapa soal Islam dicaci, dihina dan diperlekehkan tidak pula berani disuarakan sedangkan agama lebih mengatasi dari bangsa?


Banyak lagi perkara yang ingin ditanyakan, namun apa yang diutarakan pun sudah memadai buat para mahasiswa UiTM cuba fikir sejenak. Harus diingat bahawa Tan Sri Khalid bukannya Perdana Menteri, dia hanyalah seorang Menteri Besar dibawah negeri yang diperintah oleh pembangkang. Sepatutnya pandangan dan cadangan Tan Sri Khalid tersebut patut diperbahaskan secara ilmiah dan intelek oleh mahasiswa yang cintakan ilmu. Bukannya mengikut arahan dua tiga orang pihak atasan UiTM sendiri untuk mengambil kesempatan atas isu tersebut.


Apapun syabas dan tahniah konon2nya berani menunjuk perasaan mereka secara tergopoh gapah tanpa memperbahasakan dahulu apa jua isu. Di sinilah menunjukkan mentaliti mahasiswa UiTM yang cuba ingin menunjukkan rasa peka soal bangsa melayu tapi tak sedar bahawa prestasi akademik mahasiswa UiTM pun tidak sehebat mana.


Negera Kita Berbilang Kaum, Kekalkan Keharmonian dan Perpaduan Antara Kaum.



This entry was posted on Sabtu, 16 Ogos 2008 at 11:32 PG . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan