Konsert Avril : Mahasiswa UiTM Diam Sajakah ???  

Posted by Alam Fana' in

Masih teringat lagi aksi demonstrasi oleh mahasiswa UiTM kononnya membantah pandangan yang dikemukakan oleh Tan Sri Khalid, MB Selangor untuk membuka kuota 10% kepada bukan bumiputera di universiti tersebut. Maka seluruh pelusuk cawangan UiTM yang ada menunjukkan semangat bumiputeranya dan kemelayuannya dengan keluar berarak beramai-ramai hanya semata-mata cadangan tersebut sahaja.
Barisan MPP UiTM juga tidak ketinggalan menunjukkan jaguhnya dengan menyatakan bantahan terhadap Tan Sri Khalid akibat mengancam dan menggugat keistimewaan bangsa melayu di institusi pengajian tersebut.
Kini Isu Konsert Avril yang sepatutnya seluruh mahasiswa UiTM kembali melakukan demo untuk membantah penganjuran konsert tersebut yang jelas akan mencemarkan moral bangsa melayu serta lebih teruk lagi bakal merosakkan moral muda mudi yang menjadikan artis tersebut sebagai idola mereka. Penganjuran konsert yang menghampiri dengan kedatangan bulan ramadhan pula boleh mencemarkan kesucian jiwa muda mudi yang kini semakin tandus dan gersang dengan iman dan taqwa.
Di sinilah sepatutnya mahasiswa UiTM melakukan demo besar besaran kerana implikasi konsert tersebut akan mengundang keruntuhan moral dan akhlak khususnya golongan muda mudi berbangsa melayu beragama Islam. Tetapi agak-agaknya mahasiswa UiTM pun mengokong penganjuran konsert tersebut kerana mereka pun tidak mahu melepaskan peluang untuk mendekati artis pujaan di depan mata.
Inilah masalahnya, sensitiviti mahasiswa UiTM yang tidak tulen dalam memperjuangkan kecemerlangan bangsa dan kesucian agama.

This entry was posted on Jumaat, 29 Ogos 2008 at 1:02 PG and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan