Benarkah BN tidak langsung terjejas ????  

Posted by Alam Fana' in



Oleh LUQMAN HAZIQ dan SAHBULAH DARWI


JOHOR BAHRU 27 Ogos - Kekuatan Barisan Nasional (BN) di semua peringkat tidak sekali-kali terjejas ekoran kemenangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh semalam, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Perdana Menteri menegaskan, walaupun kekalahan calon BN adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian, namun ia bukan sampai ke suatu tahap yang membimbangkan kerana kemenangan PKR tidak boleh diterjemahkan sebagai sesuatu yang akan berlaku di kawasan Parlimen lain.
“Ini adalah satu pilihan raya kecil yang tidak boleh diterjemahkan sebagai sesuatu yang akan berlaku di kawasan Parlimen lain.
“Sekarang BN ada 140 kerusi Parlimen dan ini adalah kerusi yang kita menang pada pilihan raya umum lalu. Maka, saya percaya kita masih boleh mempertahankan parti kita dan meneruskan kerajaan.
“Kemenangan (pembangkang) atas satu kerusi itu tidak memberi kesan, kerana BN hanya kekurangan lapan kerusi untuk mendapat dua pertiga majoriti di Parlimen,” katanya.


Dipetik dari Utusan Online


Kenyataan Pak Lah yang dipetik dari akhbar utusan online tersebut jelas tidak menggusarkan fikirannnya langsung walaupun BN khususnya UMNO tewas dengan majoriti yang memalukan dalam pilihanraya tersebut.Kenyataan tersebut jelas bercanggah dengan pandangan yang dikemukakan oleh Muhiydin, Naib Presiden UMNO yang mencadangkan kepada MT UMNO agar mengambil serius tentang punca kekalahan tersebut.

Begitu juga dengan kenyataan Tun Mahathir yang menampakkan kerisauan akibat kekelahan demi kekalahan yang dialami oleh BN/UMNO. Walaupun Tun Mahathir berpendapat kemenangan Anwar bukanlah disebabkan kawasan tersebut, namun sentimen kebencian rakyat terhadap kerajaan BN/UMNO kini telah tidak dapat dibendung lagi akibat tindakan orang No.1 BN/Umno yang tidak pernah mengambil serius dalam apajua isu yang berlaku samada melibatkan dalaman UMNO mahupun BN.

Kenyataan Pak Lah tersebut menampakkan bahawa beliau masih lagi tidak sedar dengan reaksi penolakan rakyat terhadap kerajaan yang dipimpinnya. Bak kata Tun Mahathir, Pak Lah ni jenis memekakan telinga dan memejamkan mata walaupun kepeutusan pilihanraya umum yang lalu telah menyebabkan BN/UMNO kecundang dengan keadaan yang memalukan.

Sebenarnya, kenyataan Pak Lah tersebut telah membuatkan para pemimpin UMNO makin pening kepala kerana sikap acuh tak acuh Pak Lah ini akan menyebabkan peluang Pakatan Rakyat untuk mengambil kerajaan menjelang pertengahan September ini semakin cerah walaupun ada usaha-usaha untuk menghalang Anwar dari mencapai sasaran tersebut.

Bila Pak Lah kata BN tak terjejas, rasanya eloklah para MP BN yang terdiri daripada UMNO,MIC,MCA,Gerakan,Sabah dan Sarawak memasang angan-angan untuk turut serta menyeberang ke Kapal Pakatan Rakyat bagi menunjukkan hakikatnya BN/UMNO kini kian diambang kemusnahan akibat daripada sikap ketuanya yang tidak cakna.

This entry was posted on Jumaat, 29 Ogos 2008 at 12:43 PG and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan