Nik Aziz gesa Nasharuddin keluar PAS
Jun 17, 09 1:29pm
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan."Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat. "Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok. "Apa buat sampah, menyusahkan," menteri besar Kelantan dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini. Nik Aziz diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam yang yakin terhadap keikhlasan PAS berhubung cadangan tersebut seperti yang dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, lapor Bernama.
[ Nampaknya Tn Guru Nik Aziz sudah terguris hatinya tatkala Tim. Presiden PAS,Ust Nasha terus menerus mengeluarkan kenyataan untuk merialisasikan agenda 'kerajaan perpaduan' bersama parti UMNO. Tindakan Tim. Presiden PAS ini seolah-olah untuk meminggirkan Tn Guru Nik Aziz walaupun sedia maklum dengan pendirian Mirsyidul AM PAS itu menolak sebarang bentuk usaha bekerjasama dengan UMNO khususnya 'kerajaan perpaduan'. Kedegilan Ust Nasha untuk meneruskan niat 'kerajaan perpaduan' tersebut telah menyebabkan perpaduan di dalam parti PAS sendiri juga kini telah goyah dan kepercayaan dikalangan rakan Pakatan Rakyat juga semakin dipertikaikan. Walaupun sebelum ini Yb Shah Alam, Khalid Samad telah memaklumkan bahawa pihak PAS akan mengeluarkan arahan supaya 'tutup mulut' berkenaan isu tersebut, namun Ust Nasha masih lagi mengeluarkan kenyataan yang kini telah menyebabkan Tn Guru Nik Aziz merasa amat kecewa. Benarlah kata Tok Guru Nik Aziz, kalau dia beria-ia sangat nak meneruskan agenda kerajaan perpaduan dengan UMNO, elok lah letak jawatan Tim. Presiden dan juga kerusi parlimen bachok dan sertailah UMNO !!! . Saya sendiri kecewa dengan tindakan Ust Nasha yang cuba menjadi 'wira' dalam soal perpaduan sehingga sanggup mengenepikan pandangan Mursyidul AM Pas.
16/06/2009 6:37pm
KUALA LUMPUR 16 Jun — Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa berkata parti itu berpendirian terbuka untuk perbincangan tentang perpaduan dan bukannya kerajaan perpaduan.
Beliau menerangkan kepada pemberita di Parlimen hari ini bahawa PAS melihat ada peluang untuk memberikan cadangan-cadangan baik kepada kerajaan bagi membantu menyelesaikan kemelut politik, ekonomi dan sebagainya.
“Pendirian kita sepertimana tuan-tuan sedia maklum, PAS sentiasa membuka ruang untuk berbincang dengan sesiapa sahaja. Ini adalah keputusan yang dibuat di Muktamar Ipoh pada tahun lepas dan perkara itu disebut sekali oleh Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasar beliau dan saya rasa isu PAS masuk Umno, masuk Barisan Nasional (BN) tidak berbangkit sama sekali.
“Ini pendirian yang kita ambil, sedia berbincang dengan sesiapa pun dan itu pun keputusan muktamar, sudah tentulah kalau kita tutup ruang untuk adakan perbincangan ini, sedangkan kita rasa kita ada peranan yang boleh mainkan untuk bantu bangunkan negara ini,” kata Nasharuddin, yang juga Anggota Parlimen Bachok.
Beliau berkata PAS menyambut baik kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga presiden BN, begitu terbuka untuk menerima perbincangan kerajaan perpaduan.
“Respon (kali ini) yang saya rasa pertama kali agak serius daripada Perdana Menteri, dan saya sendiri bawa balik ke Presiden parti sendiri. Saya tidak boleh cakap bagi konteks parti.
“Kita tidak boleh buat keputusan secara individu. Muktamar merupakan pihak berkuasa tertinggi,” katanya.
Link:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0607&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_18.htm
KOTA BHARU 7 Jun — Umno Kelantan akan menggunakan kaedah halus dan menghormati masyarakat setempat dalam mendekati serta memahami pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Manik Urai.
Malah, Umno Kelantan kini akan menggunakan kaedah pendekatan dari rumah ke rumah daripada melaksanakan majlis ceramah secara besar-besaran kerana tidak mahu menyusahkan pengundi untuk datang semata-mata mendengar ceramah politik.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata pendekatan dari rumah ke rumah dilihat lebih berkesan kerana jentera politik dan pemimpin yang datang kepada rakyat untuk memberikan penjelasan.
[ Setiap kali pilihanraya kecil ataupun besar berlaku, maka sememangnya UMNO akan ada pendekatannya yang tersendiri bagi memancing undi untuk calonnya. Tak kurang juga bagi parti-parti lain yang bertanding, pasti ada pendekatan yang akan diambil sebagai taktik untuk memenangi hati rakyat. Di Manik Urai nanti, pemimpin UMNO sudah mula mewar-warkan pendekatan yang ingin diambil ialah secara halus. Rasanya, rakyat diceruk kampung pun sudah masak dengan cara dan pendekatan halus yang dimaksudkan oleh UMNO itu. Pendekatan dengan membawa projek 'mee segera' serta berbungkus-bungkus kain batik dan tak kurang juga beberapa karung duit untuk diedarkan kepada kawasan yang ditandinginya konon atas dasar peruntukan khas dengan berselindung dibawah kementerian yang dipegang oleh para pemimpin UMNO sendiri. Kesimpulannya, pendekatan halus yang UMNO ingin bawa itu sememangnya 'diterima' dengan baik atas sebab 'rezki jangan ditolak', namun tangan yang bakal memangkah itu pasti untuk calon yang membawa pendekatan Membangun Bersama Islam & PAS untuk SEMUA]
KUALA TERENGGANU: Pergerakan Pemuda Umno berharap muzakarah di antara Umno dan Pas akan dapat diteruskan berikutan kejayaan Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, mengekalkan kedudukannya sebagai orang nombor dua dalam pemilihan parti itu, semalam. Ketuanya, Khairy Jamaluddin, berkata pemuda Umno bersikap terbuka untuk mengadakan kerjasama dengan Pas kerana sejak selepas pilihan raya umum lalu soal muzakarah atau perbincangan di antara kedua-dua parti itu sudah mula dibincangkan. "Dengan kemenangan Ustaz Nasharudin, agenda muzakarah ini dapat diteruskan," katanya selepas Majlis Progran Dana Bakti Remaja Terengganu 2009, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, malam tadi.
:: Pelawat ::
Harapan Rakyat
::: Protes :::
:: Pengikut ::
Categories
- Adun Lompat
- Analisis
- Analisis Isu
- Analisis politik
- Analisis Semasa
- Analisis Umum
- cakap tak serupa bikin
- Cara Haram
- Demo Siswa UiTM
- Gempar
- Isu Hudud
- Isu Kereta Rasmi
- Isu Semasa
- Keputusan Rasmi PRK
- meloya
- Panas
- PAU
- Permatang Pauh
- Permatang Pauh Kini
- Pmtg.Pasir
- Politik
- Renung-renungkan
- siasah
- Sudut Perspektif
- Surat Anwar
- Tanya Hati
- Tanya Tun M
- Terfikir sejenak
- Vote to Islam
- wasiat raja-raja melayu





