Nasha Terus Membisu...  

Posted by Alam Fana'

Kini Isu 'Kerajaan Perpaduan' yang diutarakan oleh Tn Guru Hj Hadi dan Ust Nasharuddin telah mengakibatkan PAS dilihat semakin bercelaru. Ditambah pula dengan media yang dikuasai oleh BN terus menerus memainkan isu tersebut dengan sengaja memaparkan pandangan dan tindakan beberapa pemimpin PAS yang seolah-oleh menggambar kini sudah wujud team Pro Hj Hadi dan Pro Nik Aziz.

Apapun, meluah atau mengutarakan sesuatu pandangan tidak salah asalkan ianya bertanggungjawab terhadap apa yang diperkatakan walaupun ia bersifat peribadi. Namun kini rakyat yang merupakan pengokong setia PAS sudah menjadi keliru akibat perbezaan pemimpin utama PAS yang jelas wujud ketegangan sehingga wujud suara-suara ingin menyingkirkan individu yang tidak bertanggungjawab diatas kenyataan yang diberikan. Malah individu yang merupakan orang no. 2 PAS itu kini terus sepi dan membisu sehingga tidak dapat dihubungi oleh beberapa pemimpin dikalangan PAS sendiri.

Yang menghairankan, kenapa beliau yang memikul amanah dan tanggungjawab yang diberikan oleh seluruh ahli PAS begitu berani meminggirkan pandangan Tok Guru Nik Aziz selaku Mursyidul AM PAS yang pasti mempunyai alasan yang tersendiri untuk menolak sebarang bentuk usaha untuk 'berbaik-baik' dengan UMNO. Tidak dipastikan apakah benar wujud perbezaan yang agak ketara secara 'diam-diam' dari aspek matlamat dan halatuju PAS oleh Tn Guru Hj hadi dan juga Tn Guru Nik Aziz. Akibat 'diam-diam' itulah, maka lahar gunung berapi tersebut mula memuntahkan laharnya yang sukar untuk dibendung lagi.

Sememangnya PAS dan Nik Aziz di ibaratkan bagai isi dengan kuku kerana majoriti rakyat yang menyokong perjuangan PAS adalah disebab karisma kepimpinan, keperibadian, ketokohan dan personaliti yang ditampilkan oleh Tn Guru Nik Aziz amat berbeza walaupun dibandingkan dengan Tn Guru Hj Hadi.

Bila isu ini meletus, maka sudah pasti ramai yang akan berdiri teguh bersama Tn Guru Nik Aziz yang sudah masak dengan pahit getir dan suka duka dunia politik sepak terajang oleh UMNO. setelah sekian lama memimpin kerajaan negeri Kelantan sejak diambil alih oleh PAS, Tok Guru Nik Aziz ada sebab yang kukuh kenapa beliau menolak usaha 'kerajaan perpaduan' dengan UMNO. Kenapa baru kini UMNO yang sedang ditolak oleh rakyat, baru beria-ia untuk menerima usaha 'kerajaan perpaduan' tersebut sedang selama berbelas tahun Tok Guru menjaga negri Kelantan, berbagai-bagai tekanan, halangan dan cubaan yang amat dasyat untuk cuba menjatuhkan kerajaan pimpinannya. Apakah Ust Nasharuddin sudah lupa ?????

Apapun, jika PAS berpecah dua itu menjadi realiti, maka dua tiga pemimpin PAS yang mementingkan pandangan peribadi untuk menjalinkan hubungan dengan UMNO, pasti akan dipulau oleh seluruh ahli-ahli yang tetap mengiktiraf Tn Guru nik Aziz sebagai relevan untuk meneruskan prinsip perjuangan Islam tanpa mengira fahaman sempit perkauman.

Kami tetap bersama Tok Guru Nik Aziz......

This entry was posted on Jumaat, 19 Jun 2009 at 9:14 PTG . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan