Nasha & Hadi punca perpaduan PAS goyah?  

Posted by Alam Fana'

Pas sedia berbincang tentang perpaduan
16/06/2009 6:37pm

KUALA LUMPUR 16 Jun — Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa berkata parti itu berpendirian terbuka untuk perbincangan tentang perpaduan dan bukannya kerajaan perpaduan.
Beliau menerangkan kepada pemberita di Parlimen hari ini bahawa PAS melihat ada peluang untuk memberikan cadangan-cadangan baik kepada kerajaan bagi membantu menyelesaikan kemelut politik, ekonomi dan sebagainya.

“Pendirian kita sepertimana tuan-tuan sedia maklum, PAS sentiasa membuka ruang untuk berbincang dengan sesiapa sahaja. Ini adalah keputusan yang dibuat di Muktamar Ipoh pada tahun lepas dan perkara itu disebut sekali oleh Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasar beliau dan saya rasa isu PAS masuk Umno, masuk Barisan Nasional (BN) tidak berbangkit sama sekali.

“Ini pendirian yang kita ambil, sedia berbincang dengan sesiapa pun dan itu pun keputusan muktamar, sudah tentulah kalau kita tutup ruang untuk adakan perbincangan ini, sedangkan kita rasa kita ada peranan yang boleh mainkan untuk bantu bangunkan negara ini,” kata Nasharuddin, yang juga Anggota Parlimen Bachok.

Beliau berkata PAS menyambut baik kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga presiden BN, begitu terbuka untuk menerima perbincangan kerajaan perpaduan.
“Respon (kali ini) yang saya rasa pertama kali agak serius daripada Perdana Menteri, dan saya sendiri bawa balik ke Presiden parti sendiri. Saya tidak boleh cakap bagi konteks parti.
“Kita tidak boleh buat keputusan secara individu. Muktamar merupakan pihak berkuasa tertinggi,” katanya.
Berita lanjut, klik link di bawah:
[ PAS sememangnya kini dilihat sebuah parti yang mampu mencabar kedudukan kuasa politik UMNO yang semakin terhakis sokongan rakyat khusunya dalam pilihanraya umum baru-baru ini. Namun isu 'kerajaan perpaduan' yang dicetuskan oleh Tn Guru Hj Hadi dan Ust Nasha telah memberi ruang yang luas kepada UMNO dan konco-konco medianya untuk mengeksploitasi sehabis-habisnya demi keuntungan parti mereka yang semakin tenggelam punca selepas mengalami kekalahan teruk dalam beberapa pilihanraya kecil baru2 ini. Mungkinkah juga bahawa Tn Guru Hj Hadi dan Ust Nasha terlalu syok sendiri memandangkan baru memenangi jatawan utama dalam parti PAS, maka terus seronok mendendangkan lagu 'kerajaan perpaduan' tanpa melihat sendiri kesan dan akibat terhadap perpaduan dikalangan ahli dan pepimpin PAS sendiri. Turut sama tergugat ialah perpaduan dikalangan parti dalam Pakatan Rakyat yang kini sudah pasti menghakiskan kepercayaan keikhlasan PAS untuk bersama dalam pakatan tersebut. Sepatutnya saranan dan pandangan Tn Guru Nik Aziz selaku Mursyidul Am Pas perlu diberi perhatian oleh Tn Guru Hj Hadi dan Ust Nasha demi perpaduan didalam Pas sendiri. Ini tidak.... masih lagi nak berdendang dengan lagu 'kerajaan perpaduaan' sedangkan UMNO tidak pernah ikhlas untuk mewujudkan apajua usaha dengan pakatan pembangkang. Lihat sahajalah Tn Guru Nik Aziz memimpin kerajaan negeri Kelantan dengan penuh pahit getir akibat tekanan dan asakan hebat oleh puak2 UMNO yang pada ketika itu terlalu bermaharajalela. Aapa Yang Tn Guru Nik Aziz kata berkenaan kerajaan perpaduan perlu dihentikan adalah rasional. Jika Ust Nasha dan Tn Guru Hj Hadi terus menerus memperkatakan isu tersebut, maka tunggulah perpecahan perpaduan PAS yang pasti membuatkan para pemimpin UMNO bergembira dan tertawa riang.... ]

This entry was posted on Selasa, 16 Jun 2009 at 10:52 PTG . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan