Link:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0607&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_18.htm
KOTA BHARU 7 Jun — Umno Kelantan akan menggunakan kaedah halus dan menghormati masyarakat setempat dalam mendekati serta memahami pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Manik Urai.
Malah, Umno Kelantan kini akan menggunakan kaedah pendekatan dari rumah ke rumah daripada melaksanakan majlis ceramah secara besar-besaran kerana tidak mahu menyusahkan pengundi untuk datang semata-mata mendengar ceramah politik.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata pendekatan dari rumah ke rumah dilihat lebih berkesan kerana jentera politik dan pemimpin yang datang kepada rakyat untuk memberikan penjelasan.
[ Setiap kali pilihanraya kecil ataupun besar berlaku, maka sememangnya UMNO akan ada pendekatannya yang tersendiri bagi memancing undi untuk calonnya. Tak kurang juga bagi parti-parti lain yang bertanding, pasti ada pendekatan yang akan diambil sebagai taktik untuk memenangi hati rakyat. Di Manik Urai nanti, pemimpin UMNO sudah mula mewar-warkan pendekatan yang ingin diambil ialah secara halus. Rasanya, rakyat diceruk kampung pun sudah masak dengan cara dan pendekatan halus yang dimaksudkan oleh UMNO itu. Pendekatan dengan membawa projek 'mee segera' serta berbungkus-bungkus kain batik dan tak kurang juga beberapa karung duit untuk diedarkan kepada kawasan yang ditandinginya konon atas dasar peruntukan khas dengan berselindung dibawah kementerian yang dipegang oleh para pemimpin UMNO sendiri. Kesimpulannya, pendekatan halus yang UMNO ingin bawa itu sememangnya 'diterima' dengan baik atas sebab 'rezki jangan ditolak', namun tangan yang bakal memangkah itu pasti untuk calon yang membawa pendekatan Membangun Bersama Islam & PAS untuk SEMUA]



