Peringatan Penting Buat Tim. Presiden PAS  

Posted by Alam Fana'



Nik Aziz gesa Nasharuddin keluar PAS
Jun 17, 09 1:29pm

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan."Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat. "Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok. "Apa buat sampah, menyusahkan," menteri besar Kelantan dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini. Nik Aziz diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam yang yakin terhadap keikhlasan PAS berhubung cadangan tersebut seperti yang dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, lapor Bernama.
Lanjut di Malaysiakini
klik Link di bawah :

[ Nampaknya Tn Guru Nik Aziz sudah terguris hatinya tatkala Tim. Presiden PAS,Ust Nasha terus menerus mengeluarkan kenyataan untuk merialisasikan agenda 'kerajaan perpaduan' bersama parti UMNO. Tindakan Tim. Presiden PAS ini seolah-olah untuk meminggirkan Tn Guru Nik Aziz walaupun sedia maklum dengan pendirian Mirsyidul AM PAS itu menolak sebarang bentuk usaha bekerjasama dengan UMNO khususnya 'kerajaan perpaduan'. Kedegilan Ust Nasha untuk meneruskan niat 'kerajaan perpaduan' tersebut telah menyebabkan perpaduan di dalam parti PAS sendiri juga kini telah goyah dan kepercayaan dikalangan rakan Pakatan Rakyat juga semakin dipertikaikan. Walaupun sebelum ini Yb Shah Alam, Khalid Samad telah memaklumkan bahawa pihak PAS akan mengeluarkan arahan supaya 'tutup mulut' berkenaan isu tersebut, namun Ust Nasha masih lagi mengeluarkan kenyataan yang kini telah menyebabkan Tn Guru Nik Aziz merasa amat kecewa. Benarlah kata Tok Guru Nik Aziz, kalau dia beria-ia sangat nak meneruskan agenda kerajaan perpaduan dengan UMNO, elok lah letak jawatan Tim. Presiden dan juga kerusi parlimen bachok dan sertailah UMNO !!! . Saya sendiri kecewa dengan tindakan Ust Nasha yang cuba menjadi 'wira' dalam soal perpaduan sehingga sanggup mengenepikan pandangan Mursyidul AM Pas.
Buat Ust Nasha, jangan terlalu ghairah mewujudkan kerajaan perpaduan sedangkan kini perpaduan dikalangan pemimpin dan ahli PAS sendiri pun semakin haru biru akibat tindakan dua tiga pemimpin utama parti yang semakin 'action' ]

This entry was posted on Rabu, 17 Jun 2009 at 2:23 PTG . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan