Blog Chedet : Umno Yang Bukan Lagi Umno Sebenar  

Posted by Alam Fana'

Tun Mahathir Menulis,


Saya ucap terima kasih kepada beberapa ahli UMNO yang mahu saya kembali menjadi ahli.Sebenarnya sejak saya melantik Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri dan dianya mengisi jawatan itu, UMNO tidak pernah layan saya sebagai ahli UMNO, jauh sekali sebagai bekas Presiden UMNO.Dari awal lagi Menteri-Menteri UMNO, pemimpin-pemimpin UMNO dilarang daripada berjumpa dengan saya atau menghadiri apa-apa majlis di mana saya mungkin berucap.
Menteri yang saya lantik dahulu, sekarang mengecam dan mengeluar kata-kata kesat kepada saya.UMNO tidak dibenar menjemput saya dan jika sesiapa cuba jemput juga, mereka dipanggil oleh Menteri Besar dan juga polis supaya tarik balik jemputan. Selepas 14 jemputan dipaksa tarik balik tiada siapa yang berani jemput saya lagi.
Ahli-ahli UMNO tidak dibenar hadir apa-apa majlis di mana saya akan berucap, dan mereka pun patuh akan arahan ini.Ahli Bahagian Kubang Pasu yang saya menjadi ketuanya selama 22 tahun diarah dan disogok dengan wang supaya tidak mengundi saya sebagai wakil Bahagian ke Perhimpunan Agong UMNO 2006. Dan saya pun kalah.Timbalan Perdana Menteri pun tidak dibenarkan berjumpa saya sehinggalah saya dedah perkara ini. Kemudian barulah beliau dibenar berjumpa saya.
Ada juga pemimpin UMNO yang mencadangkan saya disingkirkan daripada parti.Sikap dan layanan terhadap diri saya selepas saya letak jawatan jelas menunjuk bahawa sebenarnya saya bukan sahaja bukan ahli UMNO tetapi saya adalah musuh UMNO.Justeru itu keluarnya saya daripada UMNO hanya “merasmikan” kedudukan saya sebagai bukan ahli UMNO.Ini semua tidak menjadi sebab saya keluar daripada UMNO.
Sebab saya keluar ialah kerana kepimpinan UMNO sudah membawa parti keramat ini dan Kerajaan pimpinan UMNO keluar dari landasan asal perjuangan UMNO dan Barisan Nasional. Parti UMNO tunduk kepada negara-negara asing terutama Singapura. UMNO juga tunduk kepada tuntutan puak ekstremis kaum dalam negeri.Barisan Nasional dan UMNO kehilangan pengaruh di kalangan pengundi, termasuk ahli dan penyokong kuat UMNO sehingga kalah dalam Pilihanraya Umum ke-12.
Pemimpin UMNO membiarkan negeri-negeri yang tidak pernah dikuasai oleh parti lawan jatuh ke tangan parti lawan – termasuk Kedah negeri saya sendiri. UMNO dan BN tidak menang 2/3 daripada kerusi Dewan Rakyat, UMNO tidak lagi dihormati oleh Raja-Raja Melayu dan bermacam-macam lagi.
Saya sedih kerana terpaksa keluar daripada parti yang dikenali sebagai UMNO tetapi sebenarnya sudah tidak lagi UMNO.Arah tuju UMNO ditentukan oleh pemimpin tertingginya. Apa yang berlaku kepada UMNO mesti dipertanggung-jawabkan kepadanya.Kerana saya percaya bahawa Dato Seri Abdullah bukan sahaja sudah rosakkan UMNO yang sebenar tetapi akan terus menghancurkannya, dan saya percaya ahli dan pemimpin UMNO yang lain tidak berani membetulkan UMNO maka saya terpaksa keluar daripada parti ini.
Saya sedih bukan sahaja kerana meninggalkan parti tetapi kerana ahli-ahli UMNO rela terima segala perbuatan Dato Seri Abdullah yang menjadikan Malaysia dihina oleh negara-negara lain termasuk negara-negara OIC (Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam – Organisation of Islamic Conference) dan NAM (Pergerakan Negara-Negara Berkecuali – Non Aligned Movement). Daripada negara yang menjadi contoh kepada negara membangun lain kita sudah dianggap sebagai negara sekutu Amerika Syarikat.
Kita tidak lagi berani menegur kejahatan Barat, sebaliknya kita membisu.Saya percaya selagi Dato Seri Abdullah memimpin UMNO, pengundi-pengundi UMNO dan penyokong UMNO tidak akan kembali menyokongnya walaupun mereka tidak akan mengaku secara terbuka pendirian mereka dan undi mereka pada parti lawan seperti yang berlaku dalam Pilihanraya Umum 2008.
Posted by Dr. Mahathir Mohamad at 8:57 AM

Siapa Yang Bakal Menyahut Seruan Tun M ?  

Posted by Alam Fana'

Sanggupkah Najib menyahut seruan Tun M ?

atau Muhyiddin ?

atau juga Hisham ?


Berdasarkan kenyatan Tun Mahathir setelah mengumumkan bahawa beliau keluar daripada UMNO, seruan kepada para pemimpin Umno samada diperingkat menteri mahupun ahli untuk turut sama keluar daripada Umno akan sama-sama kita nantikan siapakah dikalangan mereka ini akan menyahut seruan Tun M tersebut sebagai tanda cintakan terhadap Parti UMNO yang kini semakin suram dan lesu di bawah kepimpinan Pak Lah.

Siapakah pemimpin UMNO yang mampu menyahut seruan Tun M ini ?






Mahathir Keluar UMNO sekejap ?  

Posted by Alam Fana'


Terkini !

Tun Mahathir hari ini mengumumkan bahawa beliau telah keluar daripada UMNO atas sebab desakan kepada Pak Lah supaya berundur lah dari jawtan PM dan juga jawatan Presiden UMNO tersebut. Desakkan ini demi menyelamatkan UMNO dari terus musnah dan hancur serta dipinggirkan dari kalangan orang melayu umumnya.


Lompat Parti Hanya Gertak Anwar Sahaja  

Posted by Alam Fana'


Bermacam-macam berita telah tersebar bahawa akan berlaku lompat melompat dikalangan MP Sabah dan Sarawak khususnya dari kalangan BN. Ia bermula apabila DSAI mengumumkan pada perhimpunan "Black14" tersebut kononnya jumlah MP daripada dua negeri tersebut telah cukup untuk Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan bagi kerajaan pusat yang sehingga kini masih lagi dikuasai oleh BN.


Apapun khabar dan info terkini berkenaan isu lompat tersebut hanyalah sekadar spekulasi yang sesiapapun boleh membuat telahan tentang sesuatu perkara. Mungkin untuk mencari publisiti? atau mungkin untuk mengganggu pemerintahan BN sendiri ? atau juga mungkin ianya adalah khabar yang benar-benar akan berlaku ? Cuma bak kata orang tua-tua, jangan gelojoh sangat... peralihan itu biarlah dengan cara bijaksana, bersopan dan mengikut kesesuaian keadaan dari pelbagai sudut agar kesannya peralihan tersebut tidak akan mengundang bencana pada ekonomi negara kelak.


Bagi rakyat, isu ini masih lagi menjadi perhatiannya kerana masing-masing sedang menantikan saat-saat yang telah diperkatakan oleh DSAI itu. Jika ia tidak berlaku, maka imej DSAI pasti akan tercalar akibat padah bermain dengan kata-kata yang palsu. Namun jika ianya berlaku, maka DSAI akan menjadi "HERO" kepada seluruh warga barisan PR yang kini berpaut pada kekuatan DSAI sahaja.


Apapun tempoh yang perlu kita tunggu setidak-tidaknya sehingga bulan september ini sahaja. Jika ia tidak berlaku, maka Pak Lah tidak perlu lagi melayan khabar-khabar yang hanya mengganggu tumpuan beliau untuk memperbaiki prestasi dan reputasi kerajaan dibawah parti BN ini.


Wait and see.......

KHAS UNTUK SELURUH INSAN YANG BERGELAR GURU...  

Posted by Alam Fana'


Tiada kata secantik bahasa, untuk ku tutur tanda syukur...

Alhamdulillah, TERIMA KASIH CIKGU...TERIMA KASIH GURU...

tanpa didik dan ajar dari mu, aku pastu tidak kenal apa itu A B dan Yaa....



"BERBURU ke padang datar,

Dapat rusa belang kaki,

Berguru kepala ajar,

Ibarat bunga kembang tak jadi,



Dialah pemberi paling setia,

Tiap akar ilmu miliknya,

Pelita dan lampu segala,

Untuk manusia sebelum jadi dewasa.



Dialah ibu dialah bapa juga sahabat,

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat,

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat,

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.



Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa..

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta..

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara..

Jika hari ini seorang ulama yang mulia..

Jika hari ini seorang peguam menang bicara..

Jika hari ini seorang penulis terkemuka..

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa....



Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.



Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya,

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota,

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu,

Dia adalah guru mewakili seribu buku;



Semakin terpencil duduknya di ceruk desa

Semakin bererti tugasnya kepada negara.



Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku...

Budi yang diapungkan di dulangi ilmu,

Panggilan keramat "cikgu"...... kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat."



Catatan Oleh

USMAN AWANG1979

Angin Peralihan Tampuk Pemerintahan Semakin Kencang ?  

Posted by Alam Fana'


Sejak akhir-akhir ini, media sering mewar-warkan tentang beberapa ahli parlimen daripada Sabah dan Sarawak meluahkan isi hati tentang "perpindahan dari banglo ke rumah teres" jika tuntutan mereka tidak diendahkan oleh pimpinan utama BN. Luahan dan kata-kata itu sedikit sebanyak mengesahkan bahawa akan ada berlaku Tsunami Politik Ke-2 dalam arus perubahan politik tanah air"Tsunami politik landa Sabah jika"....


Jika mereka yang arif lagi bijak menilai kata-kata yang diucapkan oleh pemimpin dari Sabah dan Sarawak tersebut, sudah pasti ianya bukan satu omongan kosong yang diperkatakan sebelum ini oleh DSAI bahawa Malaysia bakal diambil alih oleh pimpinan dari Pakatan Rakyat. Keadaan ini dikukuhkan lagi dengan kenyataan DSAI menerusi Malaysiakini yang bertajuk "Anwar berteka-teki isu lompat parti".


Apakah para pemimpin utama BN khususnya dikalangan pimpinan utama UMNO masih lagi boleh memandang remeh terhadap perkara ini ataupun mereka sudah ada strategi yang bakal dilaksanakan jika perpindahan dikalangan ahli parlimen BN benar-benar berlaku dalam tempoh terdekat ini.

Apapun, perkara ini ada benarnya jika diamati secara halus pendapat yang pernah diuatarakan sendiri oleh Mantan PM Tun Mahathir baru-baru ini bahawa hasrat DSAI itu jangan dipandang remeh kerana ia boleh berlaku pada bila-bila masa.


Walau apapun pandangan,pendapat dan jangkaan yang kita lihat dan dengar namun perubahan angin politik di negara Malaysia tercinta ini kian dirasai oleh rakyat jelata yang ingin melihat segala apa yang ditawarkan dalam manifesto PR itu akan terlaksana. Ia akan terlaksana jika PR berkuasa diperingkat pusat sahaja.


Justeru itu, situasi dan keadaan ini pasti mencemaskan para pemerhati politik yang menanti episod apakah bakal melanda arus politik perdana dalam tempoh dua tiga bulan dari sekarang.

Sama-sama kita tunggu dan lihat....Buat UMNO, lakukanlah apa yang perlu dilakukan sebelum hanya sekadar mampu melihat apa yang telah berlaku kelak....


Wallahhua'lam...
Lagi Berita Terkini :

Khairy sudah mula celupar di Parlimen  

Posted by Alam Fana'


Dewan Parlimen yang sepatutnya dihormati dan disegani telahpun dicemari dengan kata-kata yang kurang enak didengar oleh seluruh rakyat yang sentiasa mengikuti perkembangan perbahasan oleh wakil-wakil rakyat yang telah dipilih dalam PRU yang lalu.
Yang mengejutkan, KJ yang cepat panas dengan usikan dan cucukkan isu-isu semasa terus menerus mencetuskan kehangatan dewan rakyat dengan keceluparannya yang menimbulkan istilah PKR dengan mengaitkan projek penternakan babi secara mega tersebut. Apakah kebijaksanaan si KJ ini dalam menarik perhatian ahli dewan untuk menunjukkan bahawa beliau perlu menunjukkan intelektualnya sebagai seorang ahli parlimen yang berwibawa dengan mengungkapkan istilah yang tidak cerdik hanya semata-mata kerana hasad dengki dan iri hati dengan kemenangan besar yang dicapai oleh PR baru-baru ini.
KJ sepatutnya lebih merasa MALU dengan apa yang telah menimpa UMNO dan BN atas sebab yang berpunca dari beliau sendiri sehingga menyebabkan BN hampir-hampir tersungkur dalam PRU baru-baru ini. Tak perlulah untuk mencari publisiti murahan untuk menunjukkan si KJ sebagai HERO dalam isu babi ini sedangkan isu tersebut sudah lama berlalu.Kenapa nak dihangatkan semula?
KJ patut lebih sedar dan cuba menonjolkan hujjah-hujjah yang bernas dan berhemah supaya sesuai dengan taraf pendidikan yang diperolehi. Bukan cara membabi buta dalam berhujjah dan akhirnya terperangkap dengan jerat sendiri. Kerana keceluparan KJ terhadap PKR itulah maka serangan pantas oleh pihak PR juga telah memalukan BN sendiri dengan istilah yang lebih pedas....
Berfikirlah sebelum berkata kerana dewan rakyat bukannya kedai kopi.

Perodua Nautica hanya pada nama sahaja...  

Posted by Alam Fana'


Semua peminat auto di negara ini sedia maklum bahawa pelancaran terbaru Perodua Nautica ini adalah hanya sekadar untuk menjelmakan penjenamaan baru bari Perodua Kembara yang sebelum ini telah lama berada dipasaran.
Namun penjelmaan bagi Nautica ini hanya sekadar tukar kulit sahaja sedangkan hampir keseluruhan kenderaan ini adalah daripada keluaran Toyota yang kita boleh lihat melalui wajah Toyota RUSH tersebut. Harganya pun tidaklah banyak beza sangat. Yang beza pun dari segi bumper dan beberapa perkara lain yang cuba disesuaikan dengan citarasa warga M'sia sahaja.
Perodua pun lebih kurang Naza sahaja yang banyak membuang kulit dan menampal kulit yang dicipta oleh warga tempatan. Sepatutnya Perudua perlu mencipta enjin dan beberapa komponen utama dalaman yang tersendiri sebagai perbezaan yang perlu dicetuskan untuk tidak dibayangi dengan hasil kenderaan import.
Apapun, diharapkan Perodua lebih perlu berani dalam mencetus revolusi baru penghasilan kenderaan mereka. Proton sendiri telah cuba menghasilkan camPro nya, bagaimanakah pula Perodua ?

Husam wajar dilantik sebagai MB Kelantan  

Posted by Alam Fana'



Melihat kepada keperibadian dan karisma Husam ini, sememangnya akan ada pihak-pihak yang cuba ingin meminggirkan Husam dari arus peimpinan utama bagi negeri Kelantan kelak. Lebih-lebih lagi YAB Tuan Guru Dato' Nik Aziz ingin mengerjakan umrah tidak lama lagi, maka bakal pelapis kepimpinan bagi menggantikan Dato Nik Aziz itu adalah perlu diberi ruang dan peluang kepada Husam. Secara peribadinya, Husam bukan seorang yang 'terhegeh-hegeh' untuk mendapatkan jawatan tersebut kerana apa yang ditugaskan kepadanya, beliau sentiasa menyempurnakan dengan penuh bijaksana dan berdedikasi.
Banyak tugas kerja Husam ini dilakukan secara senyap dan tidak terlalu diberi publisiti kerana apa yang beliau lakukan itu bukanlah untuk menunjuk-nunjuk mahupun membangga diri. Jika adapun, ianya melibatkan soal pendapat dan pandangan beliau yang sering ditanya oleh para wartawan media massa dan elektronik. Karisma dan intelek yang dimiliki oleh Husam ini dapat dilihat dari segi pandangan dan pendapat beliau yang sentiasa mempunyai fakta yang tepat serta tidak mudah terperangkap dengan isu-isu yang dimainkan oleh pihak media.
Banyak perkara dari sudut pandangan, idea dan cetusan hatinya serta gerak kerja yang dilaksanakannya banyak membantu kerajaan Kelantan semakin disegani dan dihormati. Malah di pihak parti lawan sendiri melihat bahawa Husam bukanlah seorang yang mudah tunduk dan akur terhadap sesuatu keadaan sedangkan setiap apa yang timbul dalam apajua permasalahan, Husam tetap ada idea dan tindakan yang jelas dalam memastiakan permasalah itu dapat diatasi.
Mungkin sejak kebelakangan ini, wujud ura-ura mengatakan ada pihak yang tidak senang dengan Husam kerana dikhuatiri jika Husam menjadi orang nombor satu kelantan, maka tiada lagi elemen-elemen kepimpinan Ulama seperti yang ada pada Dato' Nik Aziz sekarang.
Bagi saya, anggapan sebegitu mempunyai sedikit unsur iri hati ataupun hasad dengki terhadap kepimpinan dan kelebihan Husam yang tidak ada pada pemimpin lain. Selagi Husam berpegang teguh pada 'tali' Allah ini, saya begitu yakin keinginan dan impian Husam untuk meneruskan kesinambungan kepimpinan Ulama ini akan terus diperkasakan oleh beliau. Sememangnya Husam layak menjadi bakal MB jika itu atas ketentuan dan kehendak Allah SWT....InsyaALLAH...

Fahamilah RUKUN NEGARA kita !  

Posted by Alam Fana'


Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:


1) Kepercayaan kepada Tuhan
2) Kesetiaan kepada Raja dan Negara

3) Keluhuran Perlembagaan
4) Kedaulatan Undang-Undang
5) Kesopanan dan Kesusilaan


Ikrar rukun negara di atas adalah satu perkara yang mesti dilafazkan oleh setiap warganegara Malaysia sejak dibangku sekolah lagi. Amat malang sekali jikalau ada segelintir warganegara di tanah yang tercinta ini cuba memperlekehkan apa-apa yang terkandung di dalam rukun negara tersebut.

Dari kecil tidak tahu membaca, mengeja dan menulis seta mengenal erti hidup bermasyarakat yang berbagai kaum, namun apabila dewasa sudah menjadi golongan cerdik pandai, makin berani pula mempertikaikan perkara-perkara yang jelas tidak sepatutnya dilakukan oleh penduduk yang cintakan negara dan menghormati institusi raja serta mendokong perlembagaan dan perundangan negara.

Walaupun perkara ini telah dicabulkan sendiri oleh pihak-pihak tertentu yang memperjuangkan nasionalis, namun perkara itu sewajarnya diambil iktibar dengan menghormati Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Negara Malaysia ini.

Sehebat manapun ilmu dan kebijaksaan yang kita miliki, jika melangkaui batas sempatan yang tidak sepatutnya dilakukan, akhirnya ilmu dan karisma serta kebijaksaan itu tidak bermakna juga. Berpolitiklah...Berucaplah...Berpidatolah....namun BATASANnya WAJIB dipatuhi.

Rakyat benci kepada politik yang melampaui batasan sehingga memperlekehkan institusi raja tidak kiralah samada pihak BN ataupun di pihak PR sendiri.

JAGA BATAS POLITIK KALIAN...

DAULAT TUANKU ! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!


Hati Mahathir Sudah Dapat Rasa Bahang Peralihan Kerajaan Kepada Pakatan Rakyat  

Posted by Alam Fana'


Bernama melaporkan, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan persekutuan pimpinan Barisan Nasional (BN) memandang serius ancaman Penasihat Parti Keadilan Rakyat Dato' Seri Anwar Ibrahim bahawa Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan persekutuan dalam masa terdekat kerana ia telah menyakinkan lebih 30 anggota Parlimen BN untuk menyertai barisan pembangkang atau Pakatan Rakyat.


BN mempunyai 140 anggota Parlimen di Dewan Rakyat dan Pakatan Rakyat 82 daripada sejumlah 222 anggota Parlimen.
"Saya fikir ia serba berkemungkinan dan anda tidak boleh pandang ringan. Sekarang ini, ahli politik terbabit lebih berminat berapa banyak yang mereka dapat, mereka sebenarnya tidak berminat untuk berkhidmat kepada negara.
"Orang yang merasakan yang diri mereka tidak dapat apa yang mereka mahukan pada ketika ini dan mereka ditawarkan kedudukan, timbul keinginan untuk lompat parti lebih-lebih lagi bila tidak wujud kesetiaan kepada parti.


"Naluri saya kuat mengatakan (mengenainya), ia boleh benar-benar berlaku. Pada mulanya saya mahu menolak kemungkinan itu tetapi setelah mengkaji keadaan itu, saya rasa wujud ancaman besar. Sudah tentu, jika kerajaan sekarang hilang kuasa, ia tidak mempunyai kedudukan untuk mengagihkan pelbagai faedah kerana pada masa itu pengaruhnya sudah hilang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama mengenai "Kedaulatan Negara" pada Siri Syarahan Perdana Ke-7 di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini.


Dipetik dari Harakahdaily, "Media Siasah Utama Rakyat"


http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=14317&Itemid=28

Beras Oh Beras !!!  

Posted by Alam Fana'



Harga bagi sepinggan nasi ( separuh nasi+seketul ayam = RM 4 ) - sekitar kawasan Bdr Tun Hussien Onn, Cheras

Itulah realiti kos sara hidup kini yang terus meningkat dan meningkat naik tanpa mempedulikan golongan rakyat yang berpendapatan rendah mahupun yang tidak memunyai pendapatan yang tetap. Negara Malaysia yang kini turut sama dilanda isu kenaikan harga beras yang sudah beberapa kali naik harganya, kini sudah dirasai bahang kehangatan rakyat yang terus dihimpit dengan pelbagai kenaikan harga barangan keperluan semasa. Saya sendiri amat terkejut dengan harga nasi separuh berlaukkan seketul ayam telahpun mencecah RM4 bagi sepinggan. Mahu atau tidak nasi sememangnya makanan utama bagi kita masyarakat di negara ini. Jika dahulu nasi sebanyak itu hanya berharga RM 2.50 ke RM 3, tetapi kini tidak lagi. Kerajaan sendiri tidak mampu membendung kenaikan harga barangan yang terus melambung tinggi. Saya benar-benar hairan apabila YAB Perdana Menteri, Pak Lah mnyatakan bahawa rakyat yang berkemampuan lebih, berbelanjalah lebih, rakyat yang kurang berkemampuan, berblanjalah ikut kemampuan sahaja.

Kenataan tersebut seolah-olah beliau tidak nampak bahawa majoriti rakyat di negara ini sebenarnya telah dihimpit dan dibebani berbagai-bagai kenaikan kos barangan keperluan yang membuatkan mereka mula terpaksa mencari pekerjaan sampingan walaupun ada dikalangan mereka sendiri merupakan penjawat awam. Bagi mereka yang mempunyai pendapatan yang banyak, kenaikan kos sara hidup kini tidaklah sangat memberi kesan kepada mereka terutamanya mereka yang bergaji 4 ke 5 ribu keatas.

Sewajarnya kerajaan lebih serius membendung kenaikan harga seperti beras kerana rakyat ada kuasa dalam mengawal keadaan yang ada. Bukan setakat ada kuasa tapi tidak boleh berbuat apa-apa.

Jika tahun 2008 ini harga sepinggan nasi itu sebanyak RM 4 (gambar), bagaimanakah pula harga sepinggan nasi tersebut dalam tahun 2020 kelak....agak-agaknya sepinggan nasi dalam RM 10 kot.....renung-renungkan...

Kebijaksanaan Dakwah Tok Guru Nik Aziz  

Posted by Alam Fana'


Ini satu yang menarik terhadap sikap Tuan Guru Nik Aziz yang mempunyai tahap methodologi dakwah yang cukup tinggi walaupun ade sesetengah dikalangan ahli pas yang kurang senang dengan cara pendekatan Tok Guru terhadap para artis.
Secara peribadi, saya amat terharu atas sikap yang telah ditunjukkan dan diluar sangkaan saya bahawa Tok Guru Nik Aziz boleh menjenguk restoran milik penyanyi rock terkemuka M'sia iaitu Amy Seacrh.
Jika sebelum ini Penyanyi Rock dari D'riyadh telah menjadi pendakwah, adalah amat murni dan baik sekali jikalau Amy sendiri boleh menela'ah kitab2 karangan Tok Guru Nik Aziz sebagai langkah memasukkan elemen keagaam dan kerohanian didalam nyanyian tersebut. Apa yang paling penting, sememangnya tindakan yang dilakukan Tok Guru ini mempunyai niat yang murni walaupun mungkin ada yang memandang serong terhadapnya.
Sebenarnya majoriti artis di Malaysia ini memang 'salut' pada keperibadian Tok Guru yang sentiasa merendah diri. Walauapapun, diharapkan sementara usia Tok Guru masih ada, marilah kita warga M'sia menyokong apa yang diperjuangkan oleh beliau sebagai tanda kasih dan sayangnya kita kepada seorang Ulama' yang sukar dicari ganti jika ia dijemput menemui Ilahi....
Allahhu Akhbar !
Berkatilah perjuangan dan usia Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.