Khairy sudah mula celupar di Parlimen  

Posted by Alam Fana'


Dewan Parlimen yang sepatutnya dihormati dan disegani telahpun dicemari dengan kata-kata yang kurang enak didengar oleh seluruh rakyat yang sentiasa mengikuti perkembangan perbahasan oleh wakil-wakil rakyat yang telah dipilih dalam PRU yang lalu.
Yang mengejutkan, KJ yang cepat panas dengan usikan dan cucukkan isu-isu semasa terus menerus mencetuskan kehangatan dewan rakyat dengan keceluparannya yang menimbulkan istilah PKR dengan mengaitkan projek penternakan babi secara mega tersebut. Apakah kebijaksanaan si KJ ini dalam menarik perhatian ahli dewan untuk menunjukkan bahawa beliau perlu menunjukkan intelektualnya sebagai seorang ahli parlimen yang berwibawa dengan mengungkapkan istilah yang tidak cerdik hanya semata-mata kerana hasad dengki dan iri hati dengan kemenangan besar yang dicapai oleh PR baru-baru ini.
KJ sepatutnya lebih merasa MALU dengan apa yang telah menimpa UMNO dan BN atas sebab yang berpunca dari beliau sendiri sehingga menyebabkan BN hampir-hampir tersungkur dalam PRU baru-baru ini. Tak perlulah untuk mencari publisiti murahan untuk menunjukkan si KJ sebagai HERO dalam isu babi ini sedangkan isu tersebut sudah lama berlalu.Kenapa nak dihangatkan semula?
KJ patut lebih sedar dan cuba menonjolkan hujjah-hujjah yang bernas dan berhemah supaya sesuai dengan taraf pendidikan yang diperolehi. Bukan cara membabi buta dalam berhujjah dan akhirnya terperangkap dengan jerat sendiri. Kerana keceluparan KJ terhadap PKR itulah maka serangan pantas oleh pihak PR juga telah memalukan BN sendiri dengan istilah yang lebih pedas....
Berfikirlah sebelum berkata kerana dewan rakyat bukannya kedai kopi.

This entry was posted on Isnin, 12 Mei 2008 at 11:29 PTG . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan