Beras Oh Beras !!!  

Posted by Alam Fana'



Harga bagi sepinggan nasi ( separuh nasi+seketul ayam = RM 4 ) - sekitar kawasan Bdr Tun Hussien Onn, Cheras

Itulah realiti kos sara hidup kini yang terus meningkat dan meningkat naik tanpa mempedulikan golongan rakyat yang berpendapatan rendah mahupun yang tidak memunyai pendapatan yang tetap. Negara Malaysia yang kini turut sama dilanda isu kenaikan harga beras yang sudah beberapa kali naik harganya, kini sudah dirasai bahang kehangatan rakyat yang terus dihimpit dengan pelbagai kenaikan harga barangan keperluan semasa. Saya sendiri amat terkejut dengan harga nasi separuh berlaukkan seketul ayam telahpun mencecah RM4 bagi sepinggan. Mahu atau tidak nasi sememangnya makanan utama bagi kita masyarakat di negara ini. Jika dahulu nasi sebanyak itu hanya berharga RM 2.50 ke RM 3, tetapi kini tidak lagi. Kerajaan sendiri tidak mampu membendung kenaikan harga barangan yang terus melambung tinggi. Saya benar-benar hairan apabila YAB Perdana Menteri, Pak Lah mnyatakan bahawa rakyat yang berkemampuan lebih, berbelanjalah lebih, rakyat yang kurang berkemampuan, berblanjalah ikut kemampuan sahaja.

Kenataan tersebut seolah-olah beliau tidak nampak bahawa majoriti rakyat di negara ini sebenarnya telah dihimpit dan dibebani berbagai-bagai kenaikan kos barangan keperluan yang membuatkan mereka mula terpaksa mencari pekerjaan sampingan walaupun ada dikalangan mereka sendiri merupakan penjawat awam. Bagi mereka yang mempunyai pendapatan yang banyak, kenaikan kos sara hidup kini tidaklah sangat memberi kesan kepada mereka terutamanya mereka yang bergaji 4 ke 5 ribu keatas.

Sewajarnya kerajaan lebih serius membendung kenaikan harga seperti beras kerana rakyat ada kuasa dalam mengawal keadaan yang ada. Bukan setakat ada kuasa tapi tidak boleh berbuat apa-apa.

Jika tahun 2008 ini harga sepinggan nasi itu sebanyak RM 4 (gambar), bagaimanakah pula harga sepinggan nasi tersebut dalam tahun 2020 kelak....agak-agaknya sepinggan nasi dalam RM 10 kot.....renung-renungkan...

This entry was posted on Selasa, 6 Mei 2008 at 7:45 PTG . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan