Husam wajar dilantik sebagai MB Kelantan  

Posted by Alam Fana'



Melihat kepada keperibadian dan karisma Husam ini, sememangnya akan ada pihak-pihak yang cuba ingin meminggirkan Husam dari arus peimpinan utama bagi negeri Kelantan kelak. Lebih-lebih lagi YAB Tuan Guru Dato' Nik Aziz ingin mengerjakan umrah tidak lama lagi, maka bakal pelapis kepimpinan bagi menggantikan Dato Nik Aziz itu adalah perlu diberi ruang dan peluang kepada Husam. Secara peribadinya, Husam bukan seorang yang 'terhegeh-hegeh' untuk mendapatkan jawatan tersebut kerana apa yang ditugaskan kepadanya, beliau sentiasa menyempurnakan dengan penuh bijaksana dan berdedikasi.
Banyak tugas kerja Husam ini dilakukan secara senyap dan tidak terlalu diberi publisiti kerana apa yang beliau lakukan itu bukanlah untuk menunjuk-nunjuk mahupun membangga diri. Jika adapun, ianya melibatkan soal pendapat dan pandangan beliau yang sering ditanya oleh para wartawan media massa dan elektronik. Karisma dan intelek yang dimiliki oleh Husam ini dapat dilihat dari segi pandangan dan pendapat beliau yang sentiasa mempunyai fakta yang tepat serta tidak mudah terperangkap dengan isu-isu yang dimainkan oleh pihak media.
Banyak perkara dari sudut pandangan, idea dan cetusan hatinya serta gerak kerja yang dilaksanakannya banyak membantu kerajaan Kelantan semakin disegani dan dihormati. Malah di pihak parti lawan sendiri melihat bahawa Husam bukanlah seorang yang mudah tunduk dan akur terhadap sesuatu keadaan sedangkan setiap apa yang timbul dalam apajua permasalahan, Husam tetap ada idea dan tindakan yang jelas dalam memastiakan permasalah itu dapat diatasi.
Mungkin sejak kebelakangan ini, wujud ura-ura mengatakan ada pihak yang tidak senang dengan Husam kerana dikhuatiri jika Husam menjadi orang nombor satu kelantan, maka tiada lagi elemen-elemen kepimpinan Ulama seperti yang ada pada Dato' Nik Aziz sekarang.
Bagi saya, anggapan sebegitu mempunyai sedikit unsur iri hati ataupun hasad dengki terhadap kepimpinan dan kelebihan Husam yang tidak ada pada pemimpin lain. Selagi Husam berpegang teguh pada 'tali' Allah ini, saya begitu yakin keinginan dan impian Husam untuk meneruskan kesinambungan kepimpinan Ulama ini akan terus diperkasakan oleh beliau. Sememangnya Husam layak menjadi bakal MB jika itu atas ketentuan dan kehendak Allah SWT....InsyaALLAH...

This entry was posted on Jumaat, 9 Mei 2008 at 9:02 PTG . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan