Bermacam-macam berita telah tersebar bahawa akan berlaku lompat melompat dikalangan MP Sabah dan Sarawak khususnya dari kalangan BN. Ia bermula apabila DSAI mengumumkan pada perhimpunan "Black14" tersebut kononnya jumlah MP daripada dua negeri tersebut telah cukup untuk Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan bagi kerajaan pusat yang sehingga kini masih lagi dikuasai oleh BN.
Apapun khabar dan info terkini berkenaan isu lompat tersebut hanyalah sekadar spekulasi yang sesiapapun boleh membuat telahan tentang sesuatu perkara. Mungkin untuk mencari publisiti? atau mungkin untuk mengganggu pemerintahan BN sendiri ? atau juga mungkin ianya adalah khabar yang benar-benar akan berlaku ? Cuma bak kata orang tua-tua, jangan gelojoh sangat... peralihan itu biarlah dengan cara bijaksana, bersopan dan mengikut kesesuaian keadaan dari pelbagai sudut agar kesannya peralihan tersebut tidak akan mengundang bencana pada ekonomi negara kelak.
Bagi rakyat, isu ini masih lagi menjadi perhatiannya kerana masing-masing sedang menantikan saat-saat yang telah diperkatakan oleh DSAI itu. Jika ia tidak berlaku, maka imej DSAI pasti akan tercalar akibat padah bermain dengan kata-kata yang palsu. Namun jika ianya berlaku, maka DSAI akan menjadi "HERO" kepada seluruh warga barisan PR yang kini berpaut pada kekuatan DSAI sahaja.
Apapun tempoh yang perlu kita tunggu setidak-tidaknya sehingga bulan september ini sahaja. Jika ia tidak berlaku, maka Pak Lah tidak perlu lagi melayan khabar-khabar yang hanya mengganggu tumpuan beliau untuk memperbaiki prestasi dan reputasi kerajaan dibawah parti BN ini.
Wait and see.......
This entry was posted
on Jumaat, 16 Mei 2008
at 11:34 PTG
. You can follow any responses to this entry through the
comments feed
.



