Hati Mahathir Sudah Dapat Rasa Bahang Peralihan Kerajaan Kepada Pakatan Rakyat  

Posted by Alam Fana'


Bernama melaporkan, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan persekutuan pimpinan Barisan Nasional (BN) memandang serius ancaman Penasihat Parti Keadilan Rakyat Dato' Seri Anwar Ibrahim bahawa Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan persekutuan dalam masa terdekat kerana ia telah menyakinkan lebih 30 anggota Parlimen BN untuk menyertai barisan pembangkang atau Pakatan Rakyat.


BN mempunyai 140 anggota Parlimen di Dewan Rakyat dan Pakatan Rakyat 82 daripada sejumlah 222 anggota Parlimen.
"Saya fikir ia serba berkemungkinan dan anda tidak boleh pandang ringan. Sekarang ini, ahli politik terbabit lebih berminat berapa banyak yang mereka dapat, mereka sebenarnya tidak berminat untuk berkhidmat kepada negara.
"Orang yang merasakan yang diri mereka tidak dapat apa yang mereka mahukan pada ketika ini dan mereka ditawarkan kedudukan, timbul keinginan untuk lompat parti lebih-lebih lagi bila tidak wujud kesetiaan kepada parti.


"Naluri saya kuat mengatakan (mengenainya), ia boleh benar-benar berlaku. Pada mulanya saya mahu menolak kemungkinan itu tetapi setelah mengkaji keadaan itu, saya rasa wujud ancaman besar. Sudah tentu, jika kerajaan sekarang hilang kuasa, ia tidak mempunyai kedudukan untuk mengagihkan pelbagai faedah kerana pada masa itu pengaruhnya sudah hilang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama mengenai "Kedaulatan Negara" pada Siri Syarahan Perdana Ke-7 di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini.


Dipetik dari Harakahdaily, "Media Siasah Utama Rakyat"


http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=14317&Itemid=28

This entry was posted on Rabu, 7 Mei 2008 at 7:55 PTG . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan